Hmn ari tu aku ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang(MTNP)(search kat google ada tu) bnyk aku dpt, cara2 hafal quran, buku, booklet dan bermacm lg hee, aku jg temui huffaz2 laki dan ppuan(hehe mmg calon istri ni hehe tapi sapa la sy kn), pastu ada makanan sedp tapi klu tak silap aku tak perna mkn pun, lupa dah apa tu klu tak bleh dijdkn syarat2 calon2 aku hehe adeiii,
so apa tggu lg bg sesapa yg berpeluang masuk maahad2 tahfiz.. masuk la, klu tak dpt cuba dpt DQ selepas ni, kita org perna plan g DQ tapi diorg dah cuti tym ni isk2.. tapi bukan tu yg kita nak kn.. kita nak redha Allah.. aku rasa sgt mnyesal dgn diri ku ni, tapi klu dpt hafal quran tu kan rezki, bersyukurla dgn apa yg ada Alhamdulillah.
pastu aku g ikut kem pemantapan ruhiyyah hee sini lg best walaupun bnyk yg aku pelajari tapi entahlah cabaran begitu tinggi bt diri ku ni, tak sempat abis smpai ptg sabtu je, sebb malam tu ada program titas, terasa rugi plak, tapi aku terasa mereka benar2 menghargai kami, utk pengtahuan kebnykkan yg join tu budk2 usrah gak, so diorg kata terpilihla.. tapi aku rasa diri ku ni pelik dripada yg lain, geng2 usrah aku takde, diorg2 la aku susah btl nak masuk waktu tym mula, agak terasing aiks..
ari tu gak ari jadi aku hehe, oh well, tak berkek tapi aku ok je la hehe(ceh ni mesti kecewa sgt ni haha) takpe la apa la sgt kewujudan aku ini, betapa bnyk sgt kesannya terhadap org lain, aku tetap sama seperti org lain, tiada yg lebih istimewa layak terhadp penghargaan tu.
pastu... nenek(merujuk pada atuk ku, aku pggil atuk ku nenek, jgn pelik).. perna suatu ketika dia menegur ku, kerana tdk pulang berari raya(aidfitri ari tu), aku pun terasa gak, rupa ada jg org mengharap aku berada di rumah, aku hidup berjauhan, memang payah lah dan la tiket mahal, mgkn ni la rasanya klu kita terkawen org jauh2 hehe adeiii.. tapi tu la topik perbualan yg terakhir aku ingat, nenek ku sudah tua, bermacam penyakit dia dapat, dgn redha itula pembebasan daripada dosa2 lampau..
dulu dia perna koma klu tak silap, tak sedarkan diri, dan tak dpt berkata-kata, pastu operation, pastu kira dah mmg sehat, insyaAllah sempat lg aku bertemu dgnnya, tak sngka plak 30 march merupakan ari terakhir dia di dunia..
rasanya terlalu sedikit kesempatan yang aku bersamanya, mmgkn aku dah patut balik ari tu, setakat rm600++ apa la sgt kn, aik sedey gak, ni la saat yg kritikal tu kn, tapi aku gagal melaksanakan dgn terbaiknya...
Ya Allah jdikanla mati itu sebagai asbab kepada kami agar senantiasa mengingati akannya, jgnla engkau jd kami lalai dripd tipu belaka dunia ni. Ya Allah jgn la jdikan dunia ini matlamat idup kami lebh dripada segala-segalanya.
Tambahan
Hidup ini perlukan perubahan. Komunikasi merupakan aktiviti wajib setiap yang hidup dalam masyarakat. Masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang boleh memahami antara satu sama lain dan boleh bertolak ansur antara satu sama yang lain. Inilah jenis masyarakat yang kita harap dalam masyarakat kita hari ini.
Komunikasi sosial inilah satu cara dimana kita boleh memupuk suatu masyarakat yang umumnya boleh memahami antara satu sama lain. Kalau kita sudah dapat memahami antara satu sama lain, maka khilaf boleh dikurangkan, kita akan dapat lebih peka terhadap satu sama lain, selain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Namun perlu difahami, adanya faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan dan interaksi ini. Kami melihat ini semua dari segi psikologi. Psikologi merujuk kepada perilaku manusia itu tersendiri. Maka apabila kita boleh membimbing psikologi yang membina dalam masyarakat. Masyarakat itu akan lebih terbuka dan membina dalam komunikasi sosial ini.
Justeru, manusia seharusnya mengelak daripada menimbulkan provokasi, pertelingkahan, bertikam lidah, dan cari perbezaan antara kita. Sesungguhnya manusia itu berbeza, memang perbezaan ini membezakan kita supaya kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain. Komunikasi sosial ini memberi ruang antara kita supaya lebih mengenali antara satu sama lain sungguhpun berbeza dari segi adat, budaya, agama dan sebagainya. Faktor-faktor psikologi yang negatif seharusnya dihakis daripada diri agar komunikasi sosial ini akan lebih efektif dalam membina sebuah masyarakat mahupun tamadun yang lebih sejahtera dan bahagia.
Sambung daripada Komunikasi Sosial.
Perkaitan komunikasi sosial dengan isu-isu semasa dan perkaitannya dengan psikologi. Bila mana kita memperkatakan akan komunikasi mestilah merujuk kepada interaksi, manakala sosial berkaitan akan kemasyarakatan dan psikologi pula berkaitan tingkah laku, pemikiran, emosi dan apa-apa yang tertumpu kepada kemanusiaan dalam aspek ini.
Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa kepentingan komunikasi sosial akan lebih berkait rapat terhadap perkembangan psikologi manusia itu sendiri. Melihat kepada perkembangan isu-isu mutakhir, isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, keberkesanan sistem ini perlu dilihat daripada aspek komunikasi sosial, sebagai contoh psikologi yang tertumpu kepada individu-individu yang terlibat dalam sistem.
Manusia akan lebih terkesan dalam sesuatu perkara jika mereka lebih faham akan sesuatu, tetapi jika mereka kurang faham akan sesuatu, psikologi pemikiran mereka akan terbantut akibatnya mereka lebih cenderung untuk tidak memahami dan mengambil minat yang mendalam terhadap sesuatu. Begitulah kesan daripada pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, ramai pelajar-pelajar yang kurang mahir dalam bahasa inggeris tercundang, akibatnya, asas kepada ilmu sains dan matematik tidak dapat disampaikan dengan baik kerana psikologi mereka telah terganggu untuk menimbulkan minat serta usaha untuk memahaminya.
Selain itu, aspek komunikasi sosial juga penting dalam merapat hubungan antara kaum, penganut berlainan agama dan jurang politk dan sosial. Kebolehan komunikasi sosial boleh memain peranan sebagai dialog yang menerangkan perbezaan ini, seterusnya memain peranan dalam mengukuhkan aspek psikologi dalam masyarakat tersebut.
Sebagai contoh Malaysia, penggunaa satu bahasa, iaitu bahasa melayu dapat merapat hubungan antara kaum yang pelbagai dalam negara ini. Ini kerana komunikasi sosial yang berkesan adalah komunikasi yang boleh difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Jika komunikasi terjejas, semesti masyarakat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Hal ini, boleh menyebabkan psikologi yang buruk terhadap individu-individu tertentu apabila berhadapan dengan orang-orang di"luar" kefahaman dan kelompok mereka.
Jika hal ini terus berleluasa mereka akan cepat iri hati dan syak terhadap kolompok-kolompok yang berlainan ini sungguhpun mereka ini hidup dalam masyarakat. Namun ada juga perkara yang sukar difahami sungguhpun mereka berbahasa yang sama. Ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa yang seringkali di salah faham. Oleh itu, peranan komunikasi sosial ini penting dan seharusnya sesebuah masyarat lebih berperanan untuk menggunakan satu bahasa bagi mengurangkan salah sangka dalam masyarakat.
Namun keadaan dalam negara ini sejak kebelakangan ini lebih terjurus untuk berubah kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ibunda. Akibat bahasa melayu akan lenyap atau mungkin hanya sekadar subjek pelajaran bukan untuk tujuan praktikal, segolongan masyarakat dalam negara ini akan terpinggir dan normalisasi norma-norma sosial dalam masyarakat akan tergugat berikut akan terjadi pecahan dalam masyarakat yang membatasi kesepaduan pemikiran dan saling memahami. Seharusnya, punca-punca dibenteras bagi melindungi kesejahteraan sosial dalam negara ini.
seriously i had no idea things that i wrote T_T, seem as if i understood well, but the sentences ... seem in order but ahhh no its not T_T oh well.. nevermind.. thats what just who i am..
Komunikasi sosial adalah interaksi yang berlaku antara kita dan manusia. Sememangnya kita adalah manusia, seringkali melakukan kesilapan tatkala berhubungan antara satu sama lain. Interaksi ini mungkin saja terjadi dengan sengaja tanpa disedari atau pun disegajakan. Tapi yang pasti interaksi mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. Justeru, kemahiran komunikasi sosial ini penting bagi menjaga perhubungan dan interaksi kita sesama insan agar dapat mencapai kebahagian yang azali dunia akhirat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, komunikasi yang efektif perlu kepada 4 faktor, iaitu:
1.Penyampai.
-Verbal.
-Tak verbal.
-Penulisan.
2.Penerima.
3.Bahan yang disampaikan.
4.Medium perantara.
Jelas sekali, faktor-faktor ini lebih tertumpu kepada manusia. Manusia adalah faktor yang boleh merubah keadaan dalam komunikasi. Kita pahami bahawa manusia ini sering kali dipengaruhi dengan faktor emosi, ilmu, persekitaran, dan sebagainya. Maka jelas sekali, ini semua adalah faktor-faktor psikologi pemikiran manusia terhadap persepsi mereka ketika berkomunikasi.
Jam sekarang 1.44 pagi(setakat penulisan ini); ulasan topik: Komunikasi sosial; judul buku: Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial, tingkatkan diri anda dalam kerjaya, Tatacara diri & Etiket sosial, oleh Amin Hazya.
Ciri Psikologi 1: Memahami Manusia
Dalam interaksi harian, kita seharusnya lebih peka terhadap persekitaran di sekeliling kita. Tapi persekitaran yang lebih dinamik dalam kehidupan kita adalah manusia. Tidak mungkin manusia itu tidak berubah kecualilah dia ada seorang yang tinggal seorangan tanpa sebarang interaksi. Maka dalam keadaan kita berinteraksi dan bersosial dengan sekeliling, seharusnya kita memahami mereka sebelum memulakan interaksi yang efektif.
Kita seharusnya mengikut rentak dan kaedah yang selarian dengan mentaliti mereka. Mungkin mereka ini lebih cenderung akan sesuatu hal tapi terdapat juga perkara-perkara kontra yang semestinya dielak bagi mengelak daripada kita terlanjur bicara dan mengeruhkan keadaan.
Lebih baik diam daripada berkata. Diam itu lebih baik dalam situasi di mana kita tidak dapat mengikut rentak orang-orang yang kita berinteraksi. Dalam interaksi verbal yang bersemuka, seeloknya kita bersenyum dalam kalangan yang sama jantina bagi mengeratkan kemesraan, dan mendengar dengan penuh ketelitian, seolah-olah mengambil berat akan setiap tutur yang diperkatakan.
Manakala, yang menyampaikan maklumat itu seharusnya bersederhanalah dalam berbicara, kerana melampau dalam semua hal adalah dilarang kerana melanggar fitrah. Manusia lebih selesa dengan kesederhanaan, elakkan berlebihan.
Berakhlah dengan berbicara. Akhlak yang baik akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan orang lain. Akhlak yang baik ketika berbicara boleh merapatkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Emosi manusia boleh berubah ketika bersama dengan orang-orang tertentu, mereka mungkin lebih rimas ketika berada dengan orang yang melampau dan tidak tahu berakhlak dalam interaksi. Walaupun kita mampu untuk meneruskan perbicaraan dan interaksi itu, tapi interaksi sedemikiaan tidak akan kekal, kelak kita akan bersendiri dalam dunia sendiri.
Konklusinya, pilihlah topik perbualan yang sederhana, dan diketahui oleh semua orang. Agar mereka berasa selesa dalam emosi yang seronok bersama dengan kita. Jangan melampau dalan perbicaraan dan interaksi tersebut.
Ciri Psikologi 2: Kebebasan Manusia
Dalam buku ni, penulis membentangkan akan kelonggaran yang diberi untuk manusia supaya boleh memilih. Contohnya untuk memilih untuk menghadiri atau tidak ke majlis perkahwinan. Manusia yang diberi kebebasan ini dapat membebaskan emosinya daripada terdesak untuk melakukan sesuatu.
Cengkaman merupakan suatu ganggu psikologi, dimana manusia akan terasa terdesak jika mereka kesah dan juga jika sesuatu perkara tersebut mempunyai kepentingan terhadap diri mereka. Jika kepentingan ini semua dilanggar dan menyebabkan suatu yang tidak diingin dan tidak sukai, tekanan emosi akan berlaku seterusnya menganggu psikologi mereka.
Ganggu ini akan menyebabkan manusia lebih terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, maka akan menganggu rentak berinteraksi dan bersosial yang sepatutnya diutarakan ketika berada dalam satu perhubungan. Tambahan pula, jika perhubungan ini agak lama, ganggu emosi ini akan menganggu pemikiran seseorang untuk membebaskan diri daripada terus terseksa akan emosi tersebut.
Sebagai contoh Pak Abu terpaksa menambah makanan yang hampir habis dalam majlis tersebut, mahu tak mahu, Pak Abu terpaksa menambah jumlah makanan kerana bagi melaksanakan kepentingannya terhadap keperluan tetamu. Disini berlaku ganggu emosi, apabila dilihat makanan yang banyak telah dibazirkan oleh tetamu yang datang sedangkan makanan itu seeloknya diberikan kepada yang memerlukan, Pak Abu kecewa, inilah emosi yang timbul ketika itu.
Keterpaksaan menganggu emosi, tapi kalau mungkin makanan yang dibazirkan itu tiada, mungkin sekali Pak Abu akan berasa selesa untuk menambah makanan lagi. Lebih selamat dunia akhirat.
Ciri Psikologi 3: Fizikal Manusia
Dalam buku ini, membincangkan akan kelaparan, manusia yang lapar akan lebih agresif dalam tindakan. Permasalahan ini bukanlah masalah tidak cukup makanan, tapi mereka sebenarnya dicekam daripada makan makanan yang memang ada untuk mereka.
Cara bersosial yang baik ada dalam kesederhanaan. Jangan biarkan perut terlalu lapar biarpun makanan percuma akan terhidang untuk anda. Mungkin jika kita telah dipaksa untuk menunggu makanan percuma dalam perut yang lapar, akan menyebabkan kita merota-rota mengidamkan makanan tersebut. Manusia dalam keadaan ini terganggu emosi dan psikologinya. Seterusnya bertindak tanpa kewarasan yang sewajarnya.
Kewajaran manusia ini berbeza mengikut keadaan, mungkin pada pandangannya sesuatu itu wajar pada tika itu dan keadaan dirinya ketika itu, tapi orang lain akan berasa pelik akan keadaan ini. Tatkala itu, jika diberi peluang untuk berfikir kemudiaan dalam keadaan yang berbeza, kewajaran itu seolah-olah bertentangan dengan kewarasan dominan sejagat.
Oleh kerana itu, fizikal seseorang itu boleh mempengaruhi keputusan, emosi dan psikologi seseorang. Hanya orang yang tahu apa itu akhlak dalam kesabaran saja dapat mengharunginya.
Bersambungan ari sudah malam.. malam sudh tiba.. mata perlu tidur.. kerna esok ibadah lebh mulia.. doakan ku berjemaah.. klu baik .. tlg kejutkn dlm doa mu insyaAllah...
pastu balik bilik hee terkunci.. adeii.. dah nasib badan.. selalunya saya gi mandi jap sblum solat isya'.. aik pastu balik bilik lg takde org lagi hee.. then tggu2.. pastu aik.. baik rehat2 kat masjd hee.. then jumpa bdk2 ni.. citer ar sikit pastu ada sorg sahabat ni ajak g makan hee.. terbaek hehe mkn benda yg sama gak isk2
pastu mkn2 di tepi tu.. citer2 sikit.. aik.. ramai plak org bt aktiviti kat sini mlm2 ni isk2.. ok la.. saya pun balik wee.. tgk2 alhamdulillah mereka dah balik.. masuk bilik cek msj.. isk2 call.. ni mesti kes titas ni hehe
kami akn membentangkn tajuk clash.. tapi bukan sebarang clash(tdk terkecuali clash kapel2 hehe) tak tu clash merepek isk2.. tak kawen lg dah clash2 isk2 dah kawen kelak mcmne la idup ye.. hee naudzubillahiminzalik
clash yg kami nak ceritakn ialah.. Pertembungan Ketamadunan.. ini lah clash antara tamadun.. persoalannya.. adakah clash ini suatu yg positive.. bila mana g#^%#$#(saya lupa nama dia) yg bt video "Fitnah" tu, dia menggambarkan seolah-olah Islam ini merupakan suatu halangan.. mungkin dasar dan intipati dalam Islam ini menghalang mereka dalam acuan2 mereka..
tapi pada hakikatnya.. Islam bukanlah halangan.. apa yg cuba dibawak oleh Islam adalah fitrah.. klu kita lihat sebenarnya fitrah ini adalah sifat, tingkahlaku, akhlak dan sebagainya akan kemanusiaan.. manusia itu wujud dlm fitrah tapi dicemari atas acuan yg dikenekn... bukankah.. bayi yg lahir itu suci seperti sehelai kain putih.. tapi ibubapa atau org disekitarnya la yg mecorakkannya..
jd Islam sebenarnya bukn la halangan kepada kemajuan.. halangan kepada agama lain, tamadun lain.. hubungan ini adalah interaksi yg positif kearah melahirkan manusia yg berjiwa murni dn bahagia dunia akhirat..
kenapa perlu Islam? kenapa tidak? agama2 lain.. Islam adala agama yg boleh bertolak ansur terhadap agama2 lain selagi mana mereka ini tidak melanggar fitrah, fitrah juga merupakan ajaran nabi2 yg terdahulu... perlu ditekankan bahawa setiap agama ini tidak sama.. sebb tu IFD (interfaith dialog, sabtu ni di UMP jgn lupa dtg.. tpi yuran mahal la hehe kedekut btl) di anjurkan bagi menjelaskan agama2 ini, kerana tidak mungkin agama2 ini sama.
aik aku ni dah lebih, sebenarnya aku nak tulis pasal "kewujudan" tapi lain kali la kan hehe
sebenarnya dah pukul 4.50 pagi(setakat penulis ketika ini) ni isk2.. aku rasa sgt rugi sejak kebelakangan ni.. aku tak nak rugi lg.. biarla aku rugi dunia.. jgn la aku rugi akhirat.. sungguhpun begitu bukanla dunia ini dbuang begitu sedangkan dunia ini jugakla mgkn jln aku ke akhirat.. bkn bgtu sahabat2 ku?
but why do I struggle fighting a lossing battle? its useless.. what a sad end for those who strive for world which would end by his own dead..
Terima kasih semua yg sudi dtg dn menjenguk blog sy yg daif ni.
Klu ada kesilapan maafkn sy.. sy sedng cuba melakukn yg terbaik.
Buat ms terdekat ni... sesungguhnya idup ni pendek dn singkat,
sy tak mampu merubah keadaan, semoga Allah memberi kemudahan kepada kita.
sebenar nak renovate blog ni.. tapi tak ada masa plak.. tu yg mcm bnyk yg tak complete rasa nya adei
kla.. tlg sy menjaga ati ini ye.. sejak kebelakangan ni.. sy sering terlena.. pastu ati pun mcm bermasalah ja.. takut plak sy terlalai dgn dunia..
Assalammualaikum and salam kesejahteraan sejagat.
Macam nak tulis sesuatu, entahlah.. sejak balik kl ni aku rasa tensen ntah kenapa. (ayat pun tak betul isk2)
aku rasa mcm nak tulis sesuatu lg, entahlah.. td baru seharian.. aku dah rasa mmg bnyk keja ku.(aih bese ar bdk U kn)
aku rasa sgt tak tertulis, entahlah.. aku baru perasan ati ku berubah, takut aku termakan ati.(iskkk susah btul nak jaga ati)
inikah yg ku tulis, entahlah.. dah hampir pagi ni, aku tetap maw meluahkan sesuatu.(hee nape nak bgtau seluruh dunia plak)
Bolehkah aku kembali kepada fitrah..(tlg doakan aku ya)
sama2 kita menjaga ati...
aih asaimen macm bnyk, tapi keje2 persatuan dan itu ini pun bnyk gak aih~~
mgknkah kita tensen sbb kita kesah tentang sesuatu? hee klu mcm ni aku nak kawen la hahaha adeii
ari tu aku gi kl sbb mak ayah aku dtg hee.. diorg beli2 barg utk kawen aku akak aku hehehe.. bnyk kitaorg beli.. cadar la.. baju isk2 (baju aku satu family, seragam taw), pastu cenderamata hee dn len2 .. smua bleh di dapati d jln TAR tu hee ada tu satu kedai murah2 je hehe
ps aku takde mood la nak upload gmbr tpi klu aku ada mood mmg aku dah plan nak upload gmbr hehe
pastu aih ntahlah.. tibanya aku nak balik phng smula hee.. berpisahla aku dgn makayah ku hee
pastu on way p phng.. nak lepas maran dah.. ada kete accident.. avanza terkopak.. serious aku bdk engineering pun tak paham mcmmana kete tu bleh terkopak.. tensile strength dia brapa.. mana fatigue occur.. factor of safety before failed smua aku pikirkn.. mmgkn takpaham la.. sbb aku tgk bahgian kat sebelah dia tu ok je.. taktau la yg kat sebelah sbb aku tak nmpk adeii
tapi tu klu aku tgk dri sgi engineering.. tapi yg bt aku sedey nya walaupun aku tak pasan darah kat kete tu..
ada org kata moto... mayat.. innalillahi wa illaihirojiun.. trus bulu roma aku naik ntahla mgknkah kematian tu suatu yg menakutkan aku .. sedangkan kematian itu boleh jdi hadiah kepd sorg mukmin... setakat mana iman aku ni bleh mengambil pengajaran dripd kematiaan org len,, ntahlah aku berharap ketemukan husnul khatimah.. dan begtu jgak org2 dsekeliling aku.. risau umat ini ramai yg tak taw idupnya akan kekal lama sedangkan idup ini bukanla milik kita..
jgn terpedaya dgn janji manis syaitan, semuanya dusta.. perna dgr janji manis syaitan? "muda lg, sok tua smpat lg taubat", "alah sikit je ni, bukan apa pun", "rilek ar, lama lg tu, nt bleh ar solat", "kita enjoy dlu sblm tua".. aik mcm plak aku perna dgr janji2 manis diorg ni isk2(aku bt2 je tu, taktaw la diorg ckp mcm tu hehe adeii.)
k la aku nak masuk tido.. mcm best je kn bab tido ni.. aih aku msh muda, tapi usaha ku seolah2 org tua yg lemah...
ingat ketika muda kita lah ketika kita dituntut untuk beribadah, kalau mungkin tua kita kelak sudah sukar untuk beribadah, ibadah ketika mudah inilah diambil kembali sebagai penanda aras amalan kita yang akan kekal sampai kita mati insyaAllah(aku dengar org ckp mcm tu, maaf klu silap) mean amalan pahala yang kita bt ketika sehat dlu, akan kekal dpt ketika kita sakit kelak taw..
banyak gak aku tulis tapi aku sebenarnya nak tido ni hee.. sudahlah.. bdk2 yg nak ambik result spm sok.. gudluck ye semoga Allah memberkati ilmu2 kita... bkn sijil yg dilihat dpt ilmu yg dimamfaatkan.. bkn dekan yg dilihat.. tapi ilmu yg diredhai.. bkn gelaran yg dikejr tapi keikhlasan yg dikecapi..
sukarkn kita mncapai ikhlas.. nak study kadng2.. teringat plak ngan exam, sdng kita study pattnya pada Allah.. aih inilah ujian Allah..
senantiasa la ingat Allah, senantiasala berzikir tak kira masa.... sehinggakan org tak sedar pun kita tgh berzikir..
ingat Allah dlm solat, rasai keajaiban solat... ikhlaskan diri sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara hambaNya.
k panjang plak aku tulis.. takut plak org skip je tulisan aku ni hehe.. alah besa la tu.. aku nampk tulisan kecik2 .. pastu bnyk lg tu.. mmg aku bt topic review saja la hehe adeii.. tapi kalau intro dia best mesti ada rasa terdorong utk baca dgn teliti.. bkn intro yg berunsur fitnah taw isk2..
kla.. doakan aku ya.. semoga diberi ketenangan.. ...jgn ingat pada aku ya hehe hee.. sama2 kita jg ati kita insyaAllah
Prinsip-prinsip bloggingku
Posted by srzal Labels: Fahaman, Ideology, Islam, Life, Pemikiran, PengenalanSudah lama saya tak menulis dengan skemanya hehe, terutama sekali saya ingin meminta maaf atas apa2 yang telah saya lakukan yang menyebab semua orang rasa tidak berpuas hati dengan penulisan, tingkah laku, akhlak, pergaulan, perhubungan yang diantarakan oleh saya kepada orang perorangan dan masyarakat umum.
Atas kesedaraan yang dinikmati ini, saya telah mengorak langkah sehaluan, demi untuk mencapai cita2 murni ini. Dengan nikmat kefahaman dan kesedaran yang dimiliki, saya sesekali tidak ingin menjadikan hidup ini musnah tanpa sebarang pengorbanan.
Apakah? Okay to be direct, I would like to state the principle of my blog. Its an occordance which bestow upon me, thus implimented the rightful direction in an appropiate assurance that would gurentee all my writing are in right direction far from the astray.
Pengenalan Kawaid Fiqh.
Setelah mengikuti kelas fardhu ain pada hari rabu, saya telah diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang, cara-cara untuk berhukum. Pada dapatan saya, kita boleh berhukum dalam perkara-perkara furuk(cabang/ranting), dalam keadaan dimana tiada orang yang lebih arif ketika itu selain kita, tiadanya sumber rujukan terbaik atau teks-teks ulama yang boleh dicapai ketika itu, ataupun keadaan yang amat2 terdesak. Tetapi setelah terdapat sesuatu yang lebih syumul dan tepat tentang sesuatu maka hendaklah kita bertaubat dengan nasuha, kalau mungkin kita sudah berbuat kesilapan besar. Hukum ni hanya pada diri sendiri, maka terserahlah jika ada orang lain hendak mengikutinya.
ps saya bukanlah orang yang mahir dalam hal fiqh ni, tapi bukankah kita semua patut tahu hal-hal asas dalam Islam? fikir2kan.
Prinsip-prinsip Kawaid Fiqh dalam berblog pada pemahaman saya
1.Setiap Perkara datang dengan Niat.
Saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam penulisan ini, sungguhpun begitu, ikhlas itu bukanlah dari mulut tapi daripada hati tiap2 yang bernyawa, maka tidaklah layak para manusia menghukum keikhlasan seseorang atas dasar perbuatan dan percakapanya, kerana ikhlas ini adalah rahsia antara hambaNya dengan Allah.
2.Tiada Kemudhratan, tidak dibalas dengan kemudharatan.
Kemudhratan ini, bermaksud sesuatu yang dapat mengancam diri ku dan orang lain, atas prinsip ini jika sesuatu itu tidak mendatangkan kemudhratan, maka seharusnya dibiarkan. Tersebut juga disitu, tidak dibalas dengan kemudharatan, jika sesuatu yang mudharat telah ditujukan kepada sesuatu pihak, maka tidak seharusnya dibalas dengan kemudharatan, hal ini menggambarkan kerosakkan kita sendiri, seharusnya cara berhikmah perlu diambil disamping menyalurkannya ke saluran-saluran yang sepatutnya
3.Yakin tidak dapat dihapus dengan syak.
Keyakinan kita terhadap sesuatu seharusnya tidak berbela bahagi, biarlah bertambah utuh apabila dicabar.
4.Adat boleh menjadi hukum.
Adat dalam blogging pada dapatan saya adalah bebas tetapi biarlah bersyariat kerana walau siapa kita di dunia ini, kita hanyalah hamba, tetap dengan watak seorang hamba.
5.Kesusahan boleh membawa kelonggaran.
Apa-apa yang membawa kesusahan, seharusnya boleh diberi kelonggaran, kerana Islam bukanlah agama yang rigid sehinggakan menyusahkan ummatnya beribadah. Akan ada terdapatnya suatu kemudahan dimana memudahkan kita beribadah. Dalam hal blogging mungkin dalam hal, informasi yang terhad, atau mungkin apa2 yang bakal menganggu yang tidak bisa dikawal dengan cepat perlukan masa dan kefaham yang terdahulu.
ps mungkin berlaku kesilapan disini, semua diskripsi tu saya yang buat atas pemahaman saya sendiri, harap ada yang boleh mengkomenkan saya insyaAllah.
Prinsip-prinsip lain daripada pemahaman pembacaan lalu
1.Islam bukanlah agama yang suka menghukum, tapi berhikmahlah.
Maafkan saya terhadap pos-pos terdahulu, ketelanjuran saya menulis sesuatu diluar fahaman saya yang jitu, akibatnya saya lebih cenderung menghukum, ini hanya akan menimbulkan ketidakpuasan dalam hati ramai pihak, seharusnya saya patutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhikmah dalam penulisan, serta menghakis sikap ego dan takabbur(meninggi diri, sombong, dan yang lain berkaitan, sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t). Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ni.
2.Pendekatan berlembut.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam, seharusnya cuba menyelamat umat ini daripada bahaya api neraka, bukankah berhikmah itu lebih baik? Mungkin ni sajalah dapat membimbing kita yang kurang fakih akan ugama ini ke jalan yang di RidhoiNya.
3.Memahami situasi semasa.
Fahamkan dulu diri kan situasi semasa, melihat pada perubahan ini kita seharusnya lebih fasih dalam menilai keadaan, elakkan daripada terjerat dalam situasi-situasi ini. Kita mungkin akan lebih sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri kita, maruah umat Islam, dilema umat Islam, isu-isu hak-hak umat Islam dan sejagat, tetapi AWAS, jangan dilihat pada dasarnya, tapi lihatlah dengan teliti apa yang disampaikan, jangan sampai kita terjerat dalamnya, akhirnya menjadi medium penyebar fitnah dan dakyah-dakyah golongan-golongan tertentu.
4.Niat yang baik tidak akan menghalalkan cara.
Ini prinsip umum, semua orang Islam seharusnya lebih fasih dengan hal ini, tapi mungkin juga dalam keadaan darurat ada sesuatu hal boleh melonggarkan sesuatu untuk memudahkan dan menyelamatkan kita jadi, bergembiralah.
5.Peka terhadap perasaan dan komen orang.
Kalau ada yang berkomen, bermakna ada isi hati yang hendak disampaikan, kalau tiada, makanya sukar baginya untuk menterjemah isi hatinya hehe.
OKla itu sajalah daripada saya, InsyaAllah akan ada update seterusnya jika terdapat sebarang perubahan. Mengapa perlukan perubahan? Bukankah mereka tidak sedarkan tindakkan mereka itu menyeleweng(yang dianggap baik oleh mereka)? Tapi mereka tetap juga lakukan, pada dapatan mereka, merekalah yang lebih hak. Sesekali tidak, kerana kedegilan mereka itulah, mereka sesekali tidak dalam landasan yang benar sesudah dirinya ditegur dan diperbetulkan. Maka itulah prinsip yang keenam.
Oleh itu berubahlah sahabat-sahabatku :), sesungguhnya yang berhak itu hanyalah pada Allah.
ps siap juga pos aku untuk ari ni, semoga diberkati Allah dan dapat dijadikan barakah yang berkekalan. Amin.