Sambung daripada Komunikasi Sosial.
Perkaitan komunikasi sosial dengan isu-isu semasa dan perkaitannya dengan psikologi. Bila mana kita memperkatakan akan komunikasi mestilah merujuk kepada interaksi, manakala sosial berkaitan akan kemasyarakatan dan psikologi pula berkaitan tingkah laku, pemikiran, emosi dan apa-apa yang tertumpu kepada kemanusiaan dalam aspek ini.
Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa kepentingan komunikasi sosial akan lebih berkait rapat terhadap perkembangan psikologi manusia itu sendiri. Melihat kepada perkembangan isu-isu mutakhir, isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, keberkesanan sistem ini perlu dilihat daripada aspek komunikasi sosial, sebagai contoh psikologi yang tertumpu kepada individu-individu yang terlibat dalam sistem.
Manusia akan lebih terkesan dalam sesuatu perkara jika mereka lebih faham akan sesuatu, tetapi jika mereka kurang faham akan sesuatu, psikologi pemikiran mereka akan terbantut akibatnya mereka lebih cenderung untuk tidak memahami dan mengambil minat yang mendalam terhadap sesuatu. Begitulah kesan daripada pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, ramai pelajar-pelajar yang kurang mahir dalam bahasa inggeris tercundang, akibatnya, asas kepada ilmu sains dan matematik tidak dapat disampaikan dengan baik kerana psikologi mereka telah terganggu untuk menimbulkan minat serta usaha untuk memahaminya.
Selain itu, aspek komunikasi sosial juga penting dalam merapat hubungan antara kaum, penganut berlainan agama dan jurang politk dan sosial. Kebolehan komunikasi sosial boleh memain peranan sebagai dialog yang menerangkan perbezaan ini, seterusnya memain peranan dalam mengukuhkan aspek psikologi dalam masyarakat tersebut.
Sebagai contoh Malaysia, penggunaa satu bahasa, iaitu bahasa melayu dapat merapat hubungan antara kaum yang pelbagai dalam negara ini. Ini kerana komunikasi sosial yang berkesan adalah komunikasi yang boleh difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Jika komunikasi terjejas, semesti masyarakat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Hal ini, boleh menyebabkan psikologi yang buruk terhadap individu-individu tertentu apabila berhadapan dengan orang-orang di"luar" kefahaman dan kelompok mereka.
Jika hal ini terus berleluasa mereka akan cepat iri hati dan syak terhadap kolompok-kolompok yang berlainan ini sungguhpun mereka ini hidup dalam masyarakat. Namun ada juga perkara yang sukar difahami sungguhpun mereka berbahasa yang sama. Ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa yang seringkali di salah faham. Oleh itu, peranan komunikasi sosial ini penting dan seharusnya sesebuah masyarat lebih berperanan untuk menggunakan satu bahasa bagi mengurangkan salah sangka dalam masyarakat.
Namun keadaan dalam negara ini sejak kebelakangan ini lebih terjurus untuk berubah kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ibunda. Akibat bahasa melayu akan lenyap atau mungkin hanya sekadar subjek pelajaran bukan untuk tujuan praktikal, segolongan masyarakat dalam negara ini akan terpinggir dan normalisasi norma-norma sosial dalam masyarakat akan tergugat berikut akan terjadi pecahan dalam masyarakat yang membatasi kesepaduan pemikiran dan saling memahami. Seharusnya, punca-punca dibenteras bagi melindungi kesejahteraan sosial dalam negara ini.
seriously i had no idea things that i wrote T_T, seem as if i understood well, but the sentences ... seem in order but ahhh no its not T_T oh well.. nevermind.. thats what just who i am..
Tambahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hu hah. rupenya anda sdg berbicara tentang PPSMI?
penat ak bc dr KS 1 smpai KS 2; br ak paham point. haha. sori internet slow pulak minggu ni. :P
mengenai isu berbahasa, xyah tengok jauh2 la, br berbincang isu politik, isu parlimen, isu debat..bla2.
tu pun msih ramai yang 'tak paham bhs' -pdhl dlm bhs ibunda tuh-
apetah lg kalau bt perbincangan eksperimen sains dlm BI..agak2 boleh paham lebih kah?
lg 1..bidang sc luas
cth:
-sains politik
-sains matematik
-sains geografi
-sains komunikasi
-sains dlm al-quran
so..BM tanam sajelah buat kapsul masa depan..hmmm
isk2 ko ni.. yg PPSMI tu aku saja kaitkn ada takde idea sebenarnya nak tulis ape dlm topik review aku ni..
sebenarnya topik kami ialah psikologi.. lepas buku yg geng aku sorg pilih ni komunikasi sosial.. then aku pun jd bengong adeii mcmne nak kaitkan antara dua bende tu? adeiii last aku masuk je mana2 isu2 semasa .. mcm berkaitan.. tapi apa2 la.. keje last minit kn adeii
isk2 ko ni nape nak tanam dlm kapsul masa dpan plak isk2.. ok pe hee
ps sebenarnya aku saje post kat blog aku.. sbb ni keje group supaya diorg bleh ambil, cian ko baca panjang2 hehe
dah agak da asgmt. haha, klo x ape de hal jahh, injinier dok cerita psikologi pulak. hehehe
xde ah, tajuk menarik.. 2x bc br paham..hehe. ak ske gak bab psikologi ni, agknye sbb ske psiko org kot. hohoho.
oretla ni, kitorang dlu, merepek jauh, fatah hamas falujah sume nk masukkan.haha XD
baikk..
teruskan usaha anda. chaiyo2!
Post a Comment