Tambahan

Komunikasi Sosial

Komunikasi sosial adalah interaksi yang berlaku antara kita dan manusia. Sememangnya kita adalah manusia, seringkali melakukan kesilapan tatkala berhubungan antara satu sama lain. Interaksi ini mungkin saja terjadi dengan sengaja tanpa disedari atau pun disegajakan. Tapi yang pasti interaksi mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. Justeru, kemahiran komunikasi sosial ini penting bagi menjaga perhubungan dan interaksi kita sesama insan agar dapat mencapai kebahagian yang azali dunia akhirat.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, komunikasi yang efektif perlu kepada 4 faktor, iaitu:
1.Penyampai.
-Verbal.
-Tak verbal.
-Penulisan.
2.Penerima.
3.Bahan yang disampaikan.
4.Medium perantara.

Jelas sekali, faktor-faktor ini lebih tertumpu kepada manusia. Manusia adalah faktor yang boleh merubah keadaan dalam komunikasi. Kita pahami bahawa manusia ini sering kali dipengaruhi dengan faktor emosi, ilmu, persekitaran, dan sebagainya. Maka jelas sekali, ini semua adalah faktor-faktor psikologi pemikiran manusia terhadap persepsi mereka ketika berkomunikasi.

Jam sekarang 1.44 pagi(setakat penulisan ini); ulasan topik: Komunikasi sosial; judul buku: Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial, tingkatkan diri anda dalam kerjaya, Tatacara diri & Etiket sosial, oleh Amin Hazya.

Ciri Psikologi 1: Memahami Manusia

Dalam interaksi harian, kita seharusnya lebih peka terhadap persekitaran di sekeliling kita. Tapi persekitaran yang lebih dinamik dalam kehidupan kita adalah manusia. Tidak mungkin manusia itu tidak berubah kecualilah dia ada seorang yang tinggal seorangan tanpa sebarang interaksi. Maka dalam keadaan kita berinteraksi dan bersosial dengan sekeliling, seharusnya kita memahami mereka sebelum memulakan interaksi yang efektif.

Kita seharusnya mengikut rentak dan kaedah yang selarian dengan mentaliti mereka. Mungkin mereka ini lebih cenderung akan sesuatu hal tapi terdapat juga perkara-perkara kontra yang semestinya dielak bagi mengelak daripada kita terlanjur bicara dan mengeruhkan keadaan.

Lebih baik diam daripada berkata. Diam itu lebih baik dalam situasi di mana kita tidak dapat mengikut rentak orang-orang yang kita berinteraksi. Dalam interaksi verbal yang bersemuka, seeloknya kita bersenyum dalam kalangan yang sama jantina bagi mengeratkan kemesraan, dan mendengar dengan penuh ketelitian, seolah-olah mengambil berat akan setiap tutur yang diperkatakan.

Manakala, yang menyampaikan maklumat itu seharusnya bersederhanalah dalam berbicara, kerana melampau dalam semua hal adalah dilarang kerana melanggar fitrah. Manusia lebih selesa dengan kesederhanaan, elakkan berlebihan.

Berakhlah dengan berbicara. Akhlak yang baik akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan orang lain. Akhlak yang baik ketika berbicara boleh merapatkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Emosi manusia boleh berubah ketika bersama dengan orang-orang tertentu, mereka mungkin lebih rimas ketika berada dengan orang yang melampau dan tidak tahu berakhlak dalam interaksi. Walaupun kita mampu untuk meneruskan perbicaraan dan interaksi itu, tapi interaksi sedemikiaan tidak akan kekal, kelak kita akan bersendiri dalam dunia sendiri.

Konklusinya, pilihlah topik perbualan yang sederhana, dan diketahui oleh semua orang. Agar mereka berasa selesa dalam emosi yang seronok bersama dengan kita. Jangan melampau dalan perbicaraan dan interaksi tersebut.

Ciri Psikologi 2: Kebebasan Manusia

Dalam buku ni, penulis membentangkan akan kelonggaran yang diberi untuk manusia supaya boleh memilih. Contohnya untuk memilih untuk menghadiri atau tidak ke majlis perkahwinan. Manusia yang diberi kebebasan ini dapat membebaskan emosinya daripada terdesak untuk melakukan sesuatu.

Cengkaman merupakan suatu ganggu psikologi, dimana manusia akan terasa terdesak jika mereka kesah dan juga jika sesuatu perkara tersebut mempunyai kepentingan terhadap diri mereka. Jika kepentingan ini semua dilanggar dan menyebabkan suatu yang tidak diingin dan tidak sukai, tekanan emosi akan berlaku seterusnya menganggu psikologi mereka.

Ganggu ini akan menyebabkan manusia lebih terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, maka akan menganggu rentak berinteraksi dan bersosial yang sepatutnya diutarakan ketika berada dalam satu perhubungan. Tambahan pula, jika perhubungan ini agak lama, ganggu emosi ini akan menganggu pemikiran seseorang untuk membebaskan diri daripada terus terseksa akan emosi tersebut.

Sebagai contoh Pak Abu terpaksa menambah makanan yang hampir habis dalam majlis tersebut, mahu tak mahu, Pak Abu terpaksa menambah jumlah makanan kerana bagi melaksanakan kepentingannya terhadap keperluan tetamu. Disini berlaku ganggu emosi, apabila dilihat makanan yang banyak telah dibazirkan oleh tetamu yang datang sedangkan makanan itu seeloknya diberikan kepada yang memerlukan, Pak Abu kecewa, inilah emosi yang timbul ketika itu.

Keterpaksaan menganggu emosi, tapi kalau mungkin makanan yang dibazirkan itu tiada, mungkin sekali Pak Abu akan berasa selesa untuk menambah makanan lagi. Lebih selamat dunia akhirat.

Ciri Psikologi 3: Fizikal Manusia

Dalam buku ini, membincangkan akan kelaparan, manusia yang lapar akan lebih agresif dalam tindakan. Permasalahan ini bukanlah masalah tidak cukup makanan, tapi mereka sebenarnya dicekam daripada makan makanan yang memang ada untuk mereka.

Cara bersosial yang baik ada dalam kesederhanaan. Jangan biarkan perut terlalu lapar biarpun makanan percuma akan terhidang untuk anda. Mungkin jika kita telah dipaksa untuk menunggu makanan percuma dalam perut yang lapar, akan menyebabkan kita merota-rota mengidamkan makanan tersebut. Manusia dalam keadaan ini terganggu emosi dan psikologinya. Seterusnya bertindak tanpa kewarasan yang sewajarnya.

Kewajaran manusia ini berbeza mengikut keadaan, mungkin pada pandangannya sesuatu itu wajar pada tika itu dan keadaan dirinya ketika itu, tapi orang lain akan berasa pelik akan keadaan ini. Tatkala itu, jika diberi peluang untuk berfikir kemudiaan dalam keadaan yang berbeza, kewajaran itu seolah-olah bertentangan dengan kewarasan dominan sejagat.

Oleh kerana itu, fizikal seseorang itu boleh mempengaruhi keputusan, emosi dan psikologi seseorang. Hanya orang yang tahu apa itu akhlak dalam kesabaran saja dapat mengharunginya.

Bersambungan ari sudah malam.. malam sudh tiba.. mata perlu tidur.. kerna esok ibadah lebh mulia.. doakan ku berjemaah.. klu baik .. tlg kejutkn dlm doa mu insyaAllah...

0 comments:

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template