Sudah lama saya tak menulis dengan skemanya hehe, terutama sekali saya ingin meminta maaf atas apa2 yang telah saya lakukan yang menyebab semua orang rasa tidak berpuas hati dengan penulisan, tingkah laku, akhlak, pergaulan, perhubungan yang diantarakan oleh saya kepada orang perorangan dan masyarakat umum.
Atas kesedaraan yang dinikmati ini, saya telah mengorak langkah sehaluan, demi untuk mencapai cita2 murni ini. Dengan nikmat kefahaman dan kesedaran yang dimiliki, saya sesekali tidak ingin menjadikan hidup ini musnah tanpa sebarang pengorbanan.
Apakah? Okay to be direct, I would like to state the principle of my blog. Its an occordance which bestow upon me, thus implimented the rightful direction in an appropiate assurance that would gurentee all my writing are in right direction far from the astray.
Pengenalan Kawaid Fiqh.
Setelah mengikuti kelas fardhu ain pada hari rabu, saya telah diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang, cara-cara untuk berhukum. Pada dapatan saya, kita boleh berhukum dalam perkara-perkara furuk(cabang/ranting), dalam keadaan dimana tiada orang yang lebih arif ketika itu selain kita, tiadanya sumber rujukan terbaik atau teks-teks ulama yang boleh dicapai ketika itu, ataupun keadaan yang amat2 terdesak. Tetapi setelah terdapat sesuatu yang lebih syumul dan tepat tentang sesuatu maka hendaklah kita bertaubat dengan nasuha, kalau mungkin kita sudah berbuat kesilapan besar. Hukum ni hanya pada diri sendiri, maka terserahlah jika ada orang lain hendak mengikutinya.
ps saya bukanlah orang yang mahir dalam hal fiqh ni, tapi bukankah kita semua patut tahu hal-hal asas dalam Islam? fikir2kan.
Prinsip-prinsip Kawaid Fiqh dalam berblog pada pemahaman saya
1.Setiap Perkara datang dengan Niat.
Saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam penulisan ini, sungguhpun begitu, ikhlas itu bukanlah dari mulut tapi daripada hati tiap2 yang bernyawa, maka tidaklah layak para manusia menghukum keikhlasan seseorang atas dasar perbuatan dan percakapanya, kerana ikhlas ini adalah rahsia antara hambaNya dengan Allah.
2.Tiada Kemudhratan, tidak dibalas dengan kemudharatan.
Kemudhratan ini, bermaksud sesuatu yang dapat mengancam diri ku dan orang lain, atas prinsip ini jika sesuatu itu tidak mendatangkan kemudhratan, maka seharusnya dibiarkan. Tersebut juga disitu, tidak dibalas dengan kemudharatan, jika sesuatu yang mudharat telah ditujukan kepada sesuatu pihak, maka tidak seharusnya dibalas dengan kemudharatan, hal ini menggambarkan kerosakkan kita sendiri, seharusnya cara berhikmah perlu diambil disamping menyalurkannya ke saluran-saluran yang sepatutnya
3.Yakin tidak dapat dihapus dengan syak.
Keyakinan kita terhadap sesuatu seharusnya tidak berbela bahagi, biarlah bertambah utuh apabila dicabar.
4.Adat boleh menjadi hukum.
Adat dalam blogging pada dapatan saya adalah bebas tetapi biarlah bersyariat kerana walau siapa kita di dunia ini, kita hanyalah hamba, tetap dengan watak seorang hamba.
5.Kesusahan boleh membawa kelonggaran.
Apa-apa yang membawa kesusahan, seharusnya boleh diberi kelonggaran, kerana Islam bukanlah agama yang rigid sehinggakan menyusahkan ummatnya beribadah. Akan ada terdapatnya suatu kemudahan dimana memudahkan kita beribadah. Dalam hal blogging mungkin dalam hal, informasi yang terhad, atau mungkin apa2 yang bakal menganggu yang tidak bisa dikawal dengan cepat perlukan masa dan kefaham yang terdahulu.
ps mungkin berlaku kesilapan disini, semua diskripsi tu saya yang buat atas pemahaman saya sendiri, harap ada yang boleh mengkomenkan saya insyaAllah.
Prinsip-prinsip lain daripada pemahaman pembacaan lalu
1.Islam bukanlah agama yang suka menghukum, tapi berhikmahlah.
Maafkan saya terhadap pos-pos terdahulu, ketelanjuran saya menulis sesuatu diluar fahaman saya yang jitu, akibatnya saya lebih cenderung menghukum, ini hanya akan menimbulkan ketidakpuasan dalam hati ramai pihak, seharusnya saya patutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhikmah dalam penulisan, serta menghakis sikap ego dan takabbur(meninggi diri, sombong, dan yang lain berkaitan, sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t). Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ni.
2.Pendekatan berlembut.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam, seharusnya cuba menyelamat umat ini daripada bahaya api neraka, bukankah berhikmah itu lebih baik? Mungkin ni sajalah dapat membimbing kita yang kurang fakih akan ugama ini ke jalan yang di RidhoiNya.
3.Memahami situasi semasa.
Fahamkan dulu diri kan situasi semasa, melihat pada perubahan ini kita seharusnya lebih fasih dalam menilai keadaan, elakkan daripada terjerat dalam situasi-situasi ini. Kita mungkin akan lebih sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri kita, maruah umat Islam, dilema umat Islam, isu-isu hak-hak umat Islam dan sejagat, tetapi AWAS, jangan dilihat pada dasarnya, tapi lihatlah dengan teliti apa yang disampaikan, jangan sampai kita terjerat dalamnya, akhirnya menjadi medium penyebar fitnah dan dakyah-dakyah golongan-golongan tertentu.
4.Niat yang baik tidak akan menghalalkan cara.
Ini prinsip umum, semua orang Islam seharusnya lebih fasih dengan hal ini, tapi mungkin juga dalam keadaan darurat ada sesuatu hal boleh melonggarkan sesuatu untuk memudahkan dan menyelamatkan kita jadi, bergembiralah.
5.Peka terhadap perasaan dan komen orang.
Kalau ada yang berkomen, bermakna ada isi hati yang hendak disampaikan, kalau tiada, makanya sukar baginya untuk menterjemah isi hatinya hehe.
OKla itu sajalah daripada saya, InsyaAllah akan ada update seterusnya jika terdapat sebarang perubahan. Mengapa perlukan perubahan? Bukankah mereka tidak sedarkan tindakkan mereka itu menyeleweng(yang dianggap baik oleh mereka)? Tapi mereka tetap juga lakukan, pada dapatan mereka, merekalah yang lebih hak. Sesekali tidak, kerana kedegilan mereka itulah, mereka sesekali tidak dalam landasan yang benar sesudah dirinya ditegur dan diperbetulkan. Maka itulah prinsip yang keenam.
Oleh itu berubahlah sahabat-sahabatku :), sesungguhnya yang berhak itu hanyalah pada Allah.
ps siap juga pos aku untuk ari ni, semoga diberkati Allah dan dapat dijadikan barakah yang berkekalan. Amin.
Tambahan
Prinsip-prinsip bloggingku
Posted by srzal Labels: Fahaman, Ideology, Islam, Life, Pemikiran, Pengenalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment