Tambahan
Amalan saja tidak cukup untuk menyelamatkan kamu
Jangan Mudah Percaya
Posted by srzal Labels: Fahaman, Islam, Kajian, Pengalaman, Realiti, Tarbiya, Tazkirahkadang2 mungkin kelemahan orang lain lebih jelas daripada kelemahan kita.
Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana
huhu
Influenza A(H1N1) :
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Berikutan peningkatan mendadak kes-kes yang mempunyai simpton dan tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan jangkitan virus influenza A (H1N1) dikalangan pelajar-pelajar UMP sejak 27 Julai 2009, maka setiap staf perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan.
Oleh itu, semua staf UMP diminta mengisi Borang Pengishtiharan Kesihatan yang akan diedarkan melalui e-community. Tuan/puan diminta mencetak dan mengisi borang tersebut. Borang yang telah diisi hendakalah diserahkan kepada Ketua PTJ masing-masing dan seterusnya dihantar ke Jabatan Pendaftar pada 03/08/2009 sebelum jam 4.30 petang
Sekiranya tuan/puan berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), tuan/puan dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, tuan/puan dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
- Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
1. Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
3. Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.
C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
- Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing
thihh! thihh! isk2
kecek arab sikit ari ni wee :)
Posted by srzal Labels: Hidupku, Pemikiran, Pengalaman, Realiti, Sayahmn ni hj.. ni yg bnyk bini tu kn hehehehe adeiii
mari warnai kehidupan kita
Posted by srzal Labels: Pemikiran, Pengalaman, Realiti, Tarbiya, Tazkirahweeeeeee aiks... aku pening!!!
demi cinta suci? aiks~ hehe
hehe
Hehe guess what, I'm in love hehehe
Hari ni, ada pasar malam hehe, macam mahu pergi, dah rancang ni maw beli nasi ayam hehe, yum2 sedap2 hee laparnya, nak keropok sekali hehe, pastu beli cendol hee.. geramnya, isk2... tapi jauhla pasar malam tu, macam malas plak maw pergi situ hehe, dah la ari tu aku berjalan keluar, semata-mata maw menunggu bas yg akan masuk kedalam juga akhirnya hee sia2 adeii
dia milik ku ka? betulka aku memilikinya? isk2 ape ni isk2 tak kawen lg dah maw memiliki adei hehe, post ni timbul sbb kekecewa sesorg yg terlepas mjdi tunang org hahaha adeii men2 ja takde kene mengene pun.
aku rasa amat terkjut, klu ada org yg mengata "awek" dia tu mcm dia punya sungguhpun dia belum kawen pun dgn dia, aikh hairan aku manusia ni, tak sedar diri btl, tapi bkn tu yg aku nak citer.
betulkah, dia milik mu? ko punye ke tu? mcm ppuan tu barang berharga dia plak, senang2 je ckp mcm tu, dgn kata lain dia telah merendah martabat ppuan itu sendiri. aiks adui bkn ni aku nak citer, emosi menguasai diri aku lg T_T
apa yg aku terbayang dlm otak ketika ni, betulka kita memiliki sesorg hanya dgn berkapel, hanya dgn berkawen, hanya dgn beranak?, ketika nyawanya di hujung sakaratul maut, adakah kita memilikinya? benarkah?
siapa memiliki sape sebenarnya? dia milik kita? anak tu milik kita ke? sbb benih kita ka? awek tu, kita punya ke(kita? ko ja haha), sbb dia relakan dirinya terhadap ko? kucing tu ko punya ke, sbb dia suka cari mkn ngan ko haha? atau pun istri kita tu kita punya, sbb ko dah kawen dgnnya?
kita sbnarnya tidk memilik siapa2 ketika itu, sdng diri kita pun hanyalah pinjaman smata-mata, mati kita hanya ada Allah, insyaAllah.
oleh itu sedar2 la sikit siapa kita ni, jgn la duk bangga sgt dpt 4flat ke, dpt awek cun ke, dpt duit bnyk ke, dpt pangkat tnggi ke, dpt jd PM ke hehe, entah apa lg, tu semua bkn ko punya.
berpisahnya kita kelak dgn kematian... hmn aik ntahlah bgtu bnyk kematian yg ku rasai sjak akhir2ni kn, namun aku rasa mcm aku gagal utk mnginsafi diri dgn kematian ini, kenapa ya, ego ku terlalu tggi ka?
dlu sorg bdk ump, meninggal dunia kat dpn ump aksiden, tapi kta taknak sdar bahawa matinya kita itu tak kira usia dn masa,
cuba kita renung2kn diri ini, bajet2 skrg ni klu aku pergi dlu syurga ke neraka?
klu kata tak cukup amal bila nak start beramal? tggu tua? tak sdar ka ada org da mati muda2 lg kat dpn ump tu, nenek aku dah tua, ujian org tua2 ni bnyk, Allah bg peluang kat diorg ni, dgn penyakit2 tu Allah kurgkan dosa2 insyaAllah, tapi kita ni yakin ka kita mati tua kelak.. klu tak? aku taknak lah mendoakan agar ko mati tak smpat taubat, tapi Allah dah beri amaran dpn2 kita... adeii
sura sajadah ayat 12..
Hmn ari tu aku ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang(MTNP)(search kat google ada tu) bnyk aku dpt, cara2 hafal quran, buku, booklet dan bermacm lg hee, aku jg temui huffaz2 laki dan ppuan(hehe mmg calon istri ni hehe tapi sapa la sy kn), pastu ada makanan sedp tapi klu tak silap aku tak perna mkn pun, lupa dah apa tu klu tak bleh dijdkn syarat2 calon2 aku hehe adeiii,
so apa tggu lg bg sesapa yg berpeluang masuk maahad2 tahfiz.. masuk la, klu tak dpt cuba dpt DQ selepas ni, kita org perna plan g DQ tapi diorg dah cuti tym ni isk2.. tapi bukan tu yg kita nak kn.. kita nak redha Allah.. aku rasa sgt mnyesal dgn diri ku ni, tapi klu dpt hafal quran tu kan rezki, bersyukurla dgn apa yg ada Alhamdulillah.
pastu aku g ikut kem pemantapan ruhiyyah hee sini lg best walaupun bnyk yg aku pelajari tapi entahlah cabaran begitu tinggi bt diri ku ni, tak sempat abis smpai ptg sabtu je, sebb malam tu ada program titas, terasa rugi plak, tapi aku terasa mereka benar2 menghargai kami, utk pengtahuan kebnykkan yg join tu budk2 usrah gak, so diorg kata terpilihla.. tapi aku rasa diri ku ni pelik dripada yg lain, geng2 usrah aku takde, diorg2 la aku susah btl nak masuk waktu tym mula, agak terasing aiks..
ari tu gak ari jadi aku hehe, oh well, tak berkek tapi aku ok je la hehe(ceh ni mesti kecewa sgt ni haha) takpe la apa la sgt kewujudan aku ini, betapa bnyk sgt kesannya terhadap org lain, aku tetap sama seperti org lain, tiada yg lebih istimewa layak terhadp penghargaan tu.
pastu... nenek(merujuk pada atuk ku, aku pggil atuk ku nenek, jgn pelik).. perna suatu ketika dia menegur ku, kerana tdk pulang berari raya(aidfitri ari tu), aku pun terasa gak, rupa ada jg org mengharap aku berada di rumah, aku hidup berjauhan, memang payah lah dan la tiket mahal, mgkn ni la rasanya klu kita terkawen org jauh2 hehe adeiii.. tapi tu la topik perbualan yg terakhir aku ingat, nenek ku sudah tua, bermacam penyakit dia dapat, dgn redha itula pembebasan daripada dosa2 lampau..
dulu dia perna koma klu tak silap, tak sedarkan diri, dan tak dpt berkata-kata, pastu operation, pastu kira dah mmg sehat, insyaAllah sempat lg aku bertemu dgnnya, tak sngka plak 30 march merupakan ari terakhir dia di dunia..
rasanya terlalu sedikit kesempatan yang aku bersamanya, mmgkn aku dah patut balik ari tu, setakat rm600++ apa la sgt kn, aik sedey gak, ni la saat yg kritikal tu kn, tapi aku gagal melaksanakan dgn terbaiknya...
Ya Allah jdikanla mati itu sebagai asbab kepada kami agar senantiasa mengingati akannya, jgnla engkau jd kami lalai dripd tipu belaka dunia ni. Ya Allah jgn la jdikan dunia ini matlamat idup kami lebh dripada segala-segalanya.
Assalammualaikum and salam kesejahteraan sejagat.
Macam nak tulis sesuatu, entahlah.. sejak balik kl ni aku rasa tensen ntah kenapa. (ayat pun tak betul isk2)
aku rasa mcm nak tulis sesuatu lg, entahlah.. td baru seharian.. aku dah rasa mmg bnyk keja ku.(aih bese ar bdk U kn)
aku rasa sgt tak tertulis, entahlah.. aku baru perasan ati ku berubah, takut aku termakan ati.(iskkk susah btul nak jaga ati)
inikah yg ku tulis, entahlah.. dah hampir pagi ni, aku tetap maw meluahkan sesuatu.(hee nape nak bgtau seluruh dunia plak)
Bolehkah aku kembali kepada fitrah..(tlg doakan aku ya)
sama2 kita menjaga ati...
aih asaimen macm bnyk, tapi keje2 persatuan dan itu ini pun bnyk gak aih~~
mgknkah kita tensen sbb kita kesah tentang sesuatu? hee klu mcm ni aku nak kawen la hahaha adeii
ari tu aku gi kl sbb mak ayah aku dtg hee.. diorg beli2 barg utk kawen aku akak aku hehehe.. bnyk kitaorg beli.. cadar la.. baju isk2 (baju aku satu family, seragam taw), pastu cenderamata hee dn len2 .. smua bleh di dapati d jln TAR tu hee ada tu satu kedai murah2 je hehe
ps aku takde mood la nak upload gmbr tpi klu aku ada mood mmg aku dah plan nak upload gmbr hehe
pastu aih ntahlah.. tibanya aku nak balik phng smula hee.. berpisahla aku dgn makayah ku hee
pastu on way p phng.. nak lepas maran dah.. ada kete accident.. avanza terkopak.. serious aku bdk engineering pun tak paham mcmmana kete tu bleh terkopak.. tensile strength dia brapa.. mana fatigue occur.. factor of safety before failed smua aku pikirkn.. mmgkn takpaham la.. sbb aku tgk bahgian kat sebelah dia tu ok je.. taktau la yg kat sebelah sbb aku tak nmpk adeii
tapi tu klu aku tgk dri sgi engineering.. tapi yg bt aku sedey nya walaupun aku tak pasan darah kat kete tu..
ada org kata moto... mayat.. innalillahi wa illaihirojiun.. trus bulu roma aku naik ntahla mgknkah kematian tu suatu yg menakutkan aku .. sedangkan kematian itu boleh jdi hadiah kepd sorg mukmin... setakat mana iman aku ni bleh mengambil pengajaran dripd kematiaan org len,, ntahlah aku berharap ketemukan husnul khatimah.. dan begtu jgak org2 dsekeliling aku.. risau umat ini ramai yg tak taw idupnya akan kekal lama sedangkan idup ini bukanla milik kita..
jgn terpedaya dgn janji manis syaitan, semuanya dusta.. perna dgr janji manis syaitan? "muda lg, sok tua smpat lg taubat", "alah sikit je ni, bukan apa pun", "rilek ar, lama lg tu, nt bleh ar solat", "kita enjoy dlu sblm tua".. aik mcm plak aku perna dgr janji2 manis diorg ni isk2(aku bt2 je tu, taktaw la diorg ckp mcm tu hehe adeii.)
k la aku nak masuk tido.. mcm best je kn bab tido ni.. aih aku msh muda, tapi usaha ku seolah2 org tua yg lemah...
ingat ketika muda kita lah ketika kita dituntut untuk beribadah, kalau mungkin tua kita kelak sudah sukar untuk beribadah, ibadah ketika mudah inilah diambil kembali sebagai penanda aras amalan kita yang akan kekal sampai kita mati insyaAllah(aku dengar org ckp mcm tu, maaf klu silap) mean amalan pahala yang kita bt ketika sehat dlu, akan kekal dpt ketika kita sakit kelak taw..
banyak gak aku tulis tapi aku sebenarnya nak tido ni hee.. sudahlah.. bdk2 yg nak ambik result spm sok.. gudluck ye semoga Allah memberkati ilmu2 kita... bkn sijil yg dilihat dpt ilmu yg dimamfaatkan.. bkn dekan yg dilihat.. tapi ilmu yg diredhai.. bkn gelaran yg dikejr tapi keikhlasan yg dikecapi..
sukarkn kita mncapai ikhlas.. nak study kadng2.. teringat plak ngan exam, sdng kita study pattnya pada Allah.. aih inilah ujian Allah..
senantiasa la ingat Allah, senantiasala berzikir tak kira masa.... sehinggakan org tak sedar pun kita tgh berzikir..
ingat Allah dlm solat, rasai keajaiban solat... ikhlaskan diri sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara hambaNya.
k panjang plak aku tulis.. takut plak org skip je tulisan aku ni hehe.. alah besa la tu.. aku nampk tulisan kecik2 .. pastu bnyk lg tu.. mmg aku bt topic review saja la hehe adeii.. tapi kalau intro dia best mesti ada rasa terdorong utk baca dgn teliti.. bkn intro yg berunsur fitnah taw isk2..
kla.. doakan aku ya.. semoga diberi ketenangan.. ...jgn ingat pada aku ya hehe hee.. sama2 kita jg ati kita insyaAllah
Mari kita pelajari sejarah untuk perbetulkan kesilapan lampau dan akan datang.
Kalau gagal memain video tersebut, rujuk sini Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
Video tersebut banyak membuatkan Saya terfikir, entahlah mana silapnya, apa mungkin semangat kebangsaan, semangat perkauman, semangat nasionalism atau mungkin kekayaan dunia?
Banyak persoalan timbul, kesan-kesannya jelas, bentuk-bentuk kezaliman juga jelas. Sudah pasti, semua kita tidak ingin semua ini berulang. Tapi melihat kepada usaha kita pada hari, seolah-olah membenarkannya.
Zikir - Fikir - Amal
Mungkin benar perubahan perlukan pengorbanan, tapi bentuk perubahan yang macam mana perlu untuk pengorbanan? Sama2 kita pikir2kan.
Wallahu'alam
Dimanakah kita ketika ini disaat saudara kita dalam ketakutan? Sedapkah nasi yang kita makan di saat saudara kita kelaparan kedahagaan meniti hari malam dengan bedilan yang tak henti-henti.
Apa ada lagi harapan, disaat umat berpecah belah? Yang kaya buat tak tahu, mereka lebih gemar membuat bangunan tinggi mencecah langit, atau mungkin tasik di tengah padang pasir yang kering kontang.
Beginikah saudaraku? Napa gerak kaki ini begitu sukar melangkah keseberang, tatkala pintu masuk di hadapan. Apa mungkin kecintaan kita akan hidup lebih dari syurgaNya.
Inikah umat akhir zaman.
Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan , Iraq , Chechnya, selatan Thailand, selatan Philipine, barat China serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah kami, lindungilah kami.
Maklumat lanjut disini:
Aman Palestin
Palestin Kini
Palestine Info
Sedih gak, kenapa lah, muka2 ini punya cita2 esok ari yg penuh bermakna, tapi hayat mereka tak lama utk kecapi sesuatu, Allah berkehendak sesuatu untuk mereka, ini adalah yang terbaik, mungkin baru sekrng kita sedar, itulah nikmat keamanan, walpun kta prnah alpha seketika dn mgkn akan alpha kelak, ingat2la tntng nikmat ni, peringatan ini utk diri sndiri jgak.

