Tambahan

Showing posts with label Fahaman. Show all posts
Showing posts with label Fahaman. Show all posts

Jangan Mudah Percaya

kadang2 mungkin kelemahan orang lain lebih jelas daripada kelemahan kita.


aiks.. susah manusia ni kan.

aku teringat semalam, akan makanan hati. Ingat itu makanan hati. Ingat apa pula? Zikrullah. Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat Nikmat.

mungkin aku selalu lupa...

kawen tak selesai lagi ni hehehe adeii
ayah aku tanya, bila maw balik ni? 28 ke 21? 26 tu maulid kan ke silap, tapi cuti start dari 13 hingga 21, dan 26 tu insyaAllah abg aku kawen hehe, ntahlah diorg, aku taktaw sgt hehe adeii.

aku tak kesah pun ponteng haha, tapi klu ade test mcmne? klu ade quiz? ade project? aiks tambah lagi dgn aktiviti underground kami hehehe adeiii

start januari, dah sibuk, mgkn sibuk PRK hehehe, pastu sibuk dgn hmn....
adeii aku syllabus usrah dan buku2 tak baca lagi ni adeii... 24 ni insyaAllah terbang dah... hee

mcmne fiqh haraki boleh jana muslim yang mantap?
adeii

aku nak kongsi sikit msj yg aku dpt smlm huhu
kenape antar kat aku plak? adeii aku bkn ustaz hehe

"salam shahrizal, aku ade terbace pasal dentuman kuat yg berkaitan dgn ngauman dajjal baru2 ni, ulama kiaskn betul ke cite ni?"

erkk? cite pe ni? aku tak pernah jumpa pun hoho.
first things first, seperti biasa aku buka pakcik google hehe klu nak guna imhalal.com pun bleh promote sikit hehe

search lah, dentuman kuat dajjal, keluar cite gempa bumi huhu
ooh ini plak citenya, ada jgk kaitan dgn surat berantai, pastu cite2 yg berkaitan.

daripada pahaman aku, sungguhpun aku bukan ustaz, aku balas jg lah msj tu,

"Wassalam, secara jujur aku tak pasti, tapi, klu dikata ulama, ulama mna pula yg kiaskan benda ni, lepas tu, beliau kiaskan dgn apa pula, sahih ka, pndpt aku, slalunya hal ini sering dkaitkan dgn kejadian yg benar brlaku, d situ kita kdng2 trtipu, kena rujuk hadis tntg dajjal blk."

entahlah weh, dari dulu sampai sekarang, banyak saja penipuan berlaku, pasal benda ni aku tak pasti, aku tak jumpa lagi cerita yang sebenar dan hadis yang mana yg dikiaskan oleh ulama tersebut.

apa yang aku kesal, selalunya hal2 ini sering kali dijadikan modal oleh kelompok2 yg bertopengkan agama, mereka mengunakan nama2, kejadian2 tertentu ataupun ayat2 tertentu untuk tujuan mereka.

benda ini bukanlah perkara baru, penipuan atas agama sudah pun berlaku sejak.. sejak bile ye? hehe, isk2 seyes2. Apa yang paling obvious ialah penipuan terhadap Allah dan Rasulullah, kalau mereka guna nama Allah dengan mudah saja kita mencari bukti daripada Al-Quran. tapi dalam permasalahan mengunakan nama Rasulullah, aku sukar sikit, sebab bukan semua orang khatam hadis, dan jumlah hadis amat lah banyak. Alhamdulillah ramai ulama telah membongkar penyelewengan yang berlaku serta dibukukan.

kadang2 kita boleh guna Al-Quran untuk detect penyelewengan hadis. sebab Al-Quran dan hadis yang Sahih tidak mungkin bercanggahan. tapi klu rujuk Al-Quran, bukan hanya terjemahan, malahan syarahan oleh para ulama muktabar, bukan syarahan kita sendiri, boleh jadi syarahan kita itu nafsu je lebih, kenapa nafsu je lebih? mudah je sbb kita bukanlah ahli, bayangkan berapa banyak disiplin ilmu yang ulama perlu kuasai untuk menjadi ahli fiqh? ingat senang ke? sampai kene belajar kesusasteraan Arab(klu aku tak silap), kita plak tengok terjemaah Quran, ooh dah paham dah, ni salah tu pun salah, blah, itu lah nafsu, pada pendapat aku.

Tapi sekarang agak sukar sedikit, ada orang nak berugama tapi jahil, apabila orang (dengan kepentingan) yang memberitakan sesuatu semacam ancaman dan kebaikan, golongan yang nak berugama ini terasa hati lalu tersungkur kepada orang2 yg berkepentingan ini.

kebanyakkan orang2 yg berkepenting ini kemungkinan jahil atau berkepentingan.

Jahil? ini disebabkan mereka mengikut orang2 tertentu secara membuta tuli tanpa menyelidik, mengkaji kebenarannya.

Berkepentingan? cara selalu merahsiakan kebenaran yang menafikan mereka, selalunya menutup yang bathil dgn yang haq. sebab tu kadang2 orang tak perasan penyelewengan yang berlaku.

contohnya: kebanyakkan surat berantai, ceramah dan mcm2 lg yang aku temui/sedari, terdapatnya 2 benda ni jahil atau berkepentingan ataupun keduanya sekali. atau lagi teruk aku yang jahil dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya.

apa2pun kita balik semula mencari kebenaran dari Al-Quran dan Hadis.

aku sedari bukan setakat itu, malah lebih licik lg kalau hal ini dilakukan secara brainwash atau mind control, ini ada hypothesis aku saja, aku tak pasti, tapi benda ni mungkin benar berlaku dan mungkin juga pernah dialami anda semua, mungkin kita berbeza pendapat, inilah pendapat saya.

Nak tahu macam mana?
brainwash, kalau kita dalam suatu perbincangan, orang yang ingin mem"brainwash"kan kita akan menyoalkan sesuatu dan meminta diberi pendapat, setelah pendapat itu diberi, mereka aku cuba mengunakan ayat2 mereka, seolah2 pendapat mereka lagi betul dalam keadaan ini mahu tak mahu kita aku terima pendapat mereka. hal ini bertambah teruk kalau dilakukan dalam keadaan ekstrim dimana kita keliru dan buntu, tak mampu berfikir dengan betul.

mind control pula, berlaku dalam banyak keadaan.
1. dalam keadaan mana kita adalah minoriti, kita terpaksa memilih untuk mengikut majoriti. adanya kriteria2 tertentu yang membuat kita begitu sunguhpun fikrah kita kukuh sebelum ini. aku teringat drama jepun liar game, tgk citer tu best, penuh informasi hehe (mcm) tapi seyes memang baru aku sedar rupa2 benda2 ni sudah ni kaji oleh orang lain kita saja yang tertipu.

2. dalam kes surat berantai, macam contoh dikatakan situ si fulan bin fulan tidak mengantar surat ini, keesokan harinya semua ahli keluarga si fulan bin fulan telah terlibat dengan kemalangan ngeri, dan kemalangan ini dilaporkan dikhabar tempatan, maka kita dalam mindset kita terasa seakan-akan takut dan mempercayai benda ni, padahal si fulan bin fulan mungkin tidak pernah menerima surat ini, si pengirim dengan licik mengunakan kejadiaan yang benar untuk menutup penyelewengan surat tersebut. hal ini ada kaitannya dengan akidah kita, hati2.

3. pengunaan nama Allah, Rasulullah, pangkat kedudukan keturunan dan orang2 kenamaan(boleh jd jg ulama dan sbg), kita pun dengan kejahilan percaya 100% tanpa berbelah bahagi. Boleh jadi disebabkan ketaksuban kita terhadap mana2 tokoh. Kalau kes Abu bakar dan Rasulullah boleh. Dalam ke manusia berbeza, mereka ulama sekalipun, mereka bukan maksum. Ataupun jg semua tu fitnah yang dikaitkan pada penama2 tersebut untuk meraih sekongan.

saya pernah terbaca cerita pasal imam syafie dan muridnya, muridnya membaca kitab karangan imam syafie dan menemui banyak kesilapan didalamnya, tiada kitab yang sempurna dari cacat cela melain Al-Quran, cerita ni saya terbaca kat ust zaharuddin.com kalau tak silap. ada lagi satu cerita seorang ulama yang ditegur kerana berlebih-lebihan dalam berugama, cerita ni saya terbaca dlm artikel dr asri kalau saya tak silap ingat.if i were mistaken, forgive me.

ps semua itu contoh, kita dah faham akan larangan taksub, dan semua manusia berbuat silap kecuali Rasulullah yang maksum. Saya tak pasti sangat cerita tersebut.

Maka perlulah kita selidik dulu apa yang dibicara seseorang itu, sekalipun kita kenal hati budinya, boleh jadi dia betul kita silap ataupun sebaliknya, tapi bukanlah kita orang2 yang mengikut membuta tuli biarlah BERHUJAH!

Sekali lagi saya ingin tegaskan, carilah ilmu akan benda yang tak pasti, dan jangan taksub.
Jangan mudah percaya akan kata2 orang sehingga sampai bukti dan hujah yang jelas.

maka golongan2 sufaha(aku paham, pengertiannya belum sempurna akal, bukan pada golongan2 tertentu tapi atas dasar keadaan mereka) sepatutnya lebih berhati2, mereka ini menjadi target kebanyakkan orang2 berkepentingan, sebab mudah dibentuk seterusnya lahirlah golongan taksub membuta tuli naudzubillahiminzalik.

insyaAllah kita boleh mengubahnya. harap maaf sebarang kesilapan yang aku tidak sedari atas kejahilan aku sendiri.

wala' membuta tuli, Im not alone :)

Pagi Aidil Adha

Berat2 beratlah hehe
masalah kawen, masalah pointer, masalah keluarga, masalah surau, masalah masyarakat,
berat2 sape nak bahagi2 tugas tuk ni? hehe

adeii tapi masalah kawen ni berat jg hehe adeii
bersempena dengan aidil adha ni aku nak kongsi sikit hehe

bukan citer kawen, aku ilang mood nak kawen hehehe (mustahil:hehe)
gelak2 je taw isk2
kang klu ada tiba2 ada ajak kawen(kononnya hehe) terblur plak memikirkan masalah,

abang aku tak jadi kawen bulan ni, taktaw lah pe hal ni, aku malas nak pikir,

penyelesaiannya: Aku Kena Kawen hehehehe adeii


pernah seorang kawan bertazkirah,
maklumlah sek2 diorg ni klu pas tadarus mesti buat tadabbur atau sedikit pengisian,
hehe aku pula blur terus ahh? nak tadabbur surah td?
biar betol? ahh dah la bahasa Arab tak pas2 adeii tak ambik pun lg, insyaAllah ambik

tapi ada sekali ni, abang seorang ni terperangkap dengan hujan hehe
tu ar nak balik sangat hehe men2 je
so nampk kitaorg tgh tadarus hehe bkn tadarus pun macam tasmi' je pun

pastu seperti biasa,
then sahabat sy ni suh ar abg tu bg pengisian sedikit,
dia pun ambik la satu ayat dr surah al-hajj,

apa yang ditadabbur tu, klu tak silap ayatnya,
berkaitan sembelihan dan taqwa, aku tak pasti, cari2 tak jumpa,
maklumlah waktu hujan, dengar2 mcm tu je la isk2, mungkin masih ada hijab adei,

dalam pengisian tu, abang tu bg personifika(betul ke ni?) yang hebat akan, ramadhan dan taqwa,
dalam ramadhan ni la kita kena menjahit baju2 taqwa kita, utk dipakai utk hari2 yg mendatang,

pastu.... jeng2 aku dah lupa hehe
tapi apa kaitan dengan aidil adha? hehehe

sahabat aku kata dah seratus hari ramadhan meningalkan kita brulah kita sampai pada aidil adha,

so di sini sy ingin mengajak teman2 sahabat2 seperjuangan merenung kembali baju2 taqwa yg dijahit kita ketika ramadhan tu,

elok tak lagi? almaklum, kita sudah hampir ke penghujung tahun, dah abis se sem hehe
maka perlu kepada penilaian semula, muhasabah diri, sebgaimana juru akaun(aka akauntan) perlu meneliti akaunnya.

macam bagi tazkirah plak hehe mungkin aku rindu majlis2 di ump yg tiada di sini (hampeh!!)

hidup macam kambing, dikelilingi serigala2 isk2...
aku nak kawen hehehe men2 je hehe

dah la panjang sngt2 ni, dahla takde gambar hehe, baik bt sinopsis je hehe

salam aidil adha, hee renungi balik 3 pengorbanan... fikir2kan la hehe

eeh kejap, aidil? bkn Nur Kasih ke tu, apa2 la hehehehe

Tangan Ini Kah?

hehe


aku dah tergelak hehe... seperti yg dijanjikan aku tak nak citer kawen hehe

tapi aku nak citer pasal baitul muslim hehe

ape itu baitul muslim? ntah aku pun tak tahu hehe

tapi isi je la borang tu... pastu klu dah ada calon letak nama kat situ haha...

senang2 tak perlu malu2 kucing... klu mmg kucing pun tak perlu malu2..

nt ade la org yg uruskan hehehe adeiii

waktu aku pikir2 balik.. erk aku dah sedia kah ni?
aku dah nmpk dah calon2nya ni hehe..
tapi erk...
ikut fitrah dan harakah bleh lah.. tapi hee
aku pikir2 balik isk2... berat jg... dlu bleh ar bt lawak.. skrg adeii
baru aku tahu... aku belum lagi bersedia adeiiii hampeh

semoga Allah memberi aku petunjuk....
aku tak ingin selalu dalam fitnah...
ingin aku mencari yg fitrah buat diriku dan dia...

hehe adeii ape dah aku merepek besar ni hee

k2 dah abis... tu sekadar mukadimah di hari yang nyaman dengan hujan2 ni hahaha... hampeh...
tak tahu lah... kadang2 memang aku tak suka dengan hujan, tapi hujan tu kan rahmat... tapi tak tahu lah...

hari ni aku kat pekan, dalam ramai2 yang mmg tiada di Pekan, aku pula menyibukkan diri di Pekan.

A: Korang semua balik kul brape ni?
B: Kul 4????
A: Bukan kul 11????
C: aaa??

A: ko sorg balik awal...
C: ....

dulu aku pernah cakap pada diri aku, bt je... tak perlu pikir sgt, klu bnyk pikir mmg tak siap2 keje kita ni...

tu yg tak kawen2 lagi ni haha adeiii
bukan apa.... cuma nak memelihara diri dari fitnah... salahkah aku?
rasanya orang yang memelihara diri dari fitnah lebih perform dalam kehidupan...

aik... entahlah.. mungkinkah aku ni selalu meletakkan nasib sendiri di tangan sendiri? atau salahkah konsep ini?
baru aku sedar bahawa kurangnya sikap kebergantungan aku terhadap Allah... semoga Allah memimpin kita.

Sudah dibincangkan dalam mesyuarat sosialis mahasiswa haha bahawa pentingnya solat istikharah, kenapa perlu solat istikharah? sebab nak tentukan calon yang paling sesuai haha.... bleh jg..
tapi...
solat sunat istikharah, sebenarnya, pentingnya, dalam menentukan hala tuju hidup kita, walau sekuat serapi sehebat mana perancang kita, tapi lebih baik hebat kuat rapi etc pimpinan Allah...
tak kesah lah, nak cari bakal isteri/suami ke hehe, atau nak tido petang ke, makan ayam ke, bermain2 ke hehe..

tapi walaupun saya kata macam ni, tapi saya pun macam lama dah tinggalkannya, ni lah masalah saya, tahu tapi tak faham adeiii...


sepanjang 22 mei

thihh! thihh! isk2

bisingnya, tapi itulah bunyi hon2 kete, orang nak p kawen hehe... 
aku taktawlah, sbb ni aku nampak jiran taman setempat aku, diorang ni cina kut klu aku tak silap,

ramainya orang kawen cuti2 ni hee.. jeles hahaha adeiii

seperti biasa, itu bukan topik ari ni hehe adeii hampehh..

ternyata, penulis blog sudah keabisan modal hehehe :P

hee

pernah dgr cite smlm? smlm? patutnya pukul 3.30 hee, smenjak aku duk sabah ni, hehe aku mmg orang sabah, tapi selepas aku tinggal di UMp(hehe) pahang tu, aku seakan lupa akan waktu solat, aiks.. 3.30 aik.. lama lg ni.. asar kan 4.30 hee ade kah patut, 3.30 dah hampir asar kat sini, maghrib, kul 6.20 mcm tu, pastu, subuh 4.00 dkat2 kul 5.00, so klu ternampk budk2 sabah selalu bertahajud duk kat semenanjung tu, hmn besela tu .. kat sini subuh awal hehehe.. takde lah men2 je

ps waktu tersebut kurang tepat sila cek disini.

merepek la aku ni, adeiii

utk tdk mengeruhkan keadaan, seeloknya kita menganalisa keadaan sekrg ni, huhu, bukan mencari pro dn con, tapi mencari satu pendekatan strategik(chee yakin je ckp hee bt pun belum adeii hehe), tapi sebenarnya aku memikirkn, apa ada penyelesaian sekarang ni? mgkn benar sudah ternampak satu bentuk penyelesaian, tapi ada pendekatan itu wajar? dimana kewajarannya? apakah, kesan susulan seterusnya?

mungkin sy bukanlah org yg paling layak akan keadaan ini, mungkin lebih ramai mereka2 yg fakih di luar sana, namun sebagai seorang yg bergelar mahasiswa, seharusnya kita lebih peka terhadap persekitaran kita, yg mana kelak kita akan warisi, jgn biar anak2 kita muntah hijau, seperti yg diramalkn oleh cik anin hee :D

apa2pun sy tidak ingin mengulas panjang, takut2 sy menzalimi saudara sy yg tdk bersalah.. kta tunggu dn lihat sj, langkah2 proaktif dr pemimpin kita kelak, apakah melalui rakyat? apakah melalui pemimpin? bukankah mandat pemimpin demokrasi melalui rakyat? dri mana plak mandat tertinggi itu dtg? adakah melalui keturunan? taksedarkah kita, mandat sedemikianlah yg telah menghacurkn keutuhan kekhalifahan isk2.. 

maklumat lanjut, sila rujuk akhbar pilihan rakyat.

ps aku tak citer politik.. nt korg boring hehe adeii
pps smlm iz bday, jgn lupa bg dia adiah taw hehe

Jangan Terasa Hati

demi cinta suci? aiks~ hehe




kebenaran akan kelak menjelmakan dirinya sungguhpun dinafikan. semalam, mungkin bukti terbaik, kita doa agar berkekalan, insyaAllah.

Plan cuti sebenarnya nak belajar memandu siap dgn lesen ye, cara halal segaris dengan peraturan jln raya hehe, tapi.. akak ku kawen, maka aku terpaksa membatalkn niat murni, hee susah jg kawen ni kn, bnyk betul perbelanjaan, takpa la bkn aku perlu sgt pun guna kete ni hehe (yeke? hehehe) takde la, lbh baik begini, lagi pun aku kat sabah ni tak susah pun jln2 nek bas, hehe tu pun klu aku terajin sikit hehe.

aiks... bosan nak wat pe ni??? makan? minum? aiks asyik mkn minum je.. klu kawen aikss tmbh lg satu masalah hehehehehe adeii.. takde lah.. aku tengah berfikir ni.. mcmne nak ubah diri aku ni, aku rasa lah, aku ada mslh bnyk tul dgn hati ni, adeii..

walaupun aku dah nampk benda2 yg aku patut bt, tapi tu semua sgt2 abstrak.. aku tak dpt melihatnya pd realiti.. mgknkah? aku ni terlalu lemah, aiks.. umur dah lewat ni, aku mash dlm kelompok sedemikian, bilakah aku bleh berubah? kelak insyaAllah klu aku kawen hehehe.. 

ingat kawen ni mcm makan kacang ke? hehehehe btl gak, semua maw kawen org yg baik.. tapi adakah kta cukup baik?

aiks nape citer kawen ni... hehe adeiii

sebenarnya aku terpikir pasal sesuatu, laki ni berfikiran pendek, betulkah? aku klu bt apa2, bt ja, fikir kemudian, sbb ikut pengalaman aku, klu aku bnyk fikir, mmg banyk masalah, pastu, mmg aku taknak bt, sbb aku terpikir bnyk btl halangan2, tapi klu aku tak pikir apa2, insyaAllah aku dah setapak, dan mungkin dah pun berjaya.. iya ke? insyaAllah..

tapi mgkn pndek jauh pemikiran tu ikut org kn hehe, tapi tak kesah lah, asalkn kita berfikiran positif.

skadar tmbhan, sbb sy "pernah" terlibat dlm organisasi, kita kena fikir dlu sbelum kta bt sesuatu, kita kene sensor dlu kata2 kta, atur baik, pikir baik buruknya, sbb dlm organisasi, kta sering berhubungan dgn manusia, manusia ni mudah pecah hehe, kadng2 kta men suke ati mulut dn perbuatan je, tak pikir org len, bahaya taw, nt kta bawak ni ke akhirat, kene tagih hutang plak isk2

tapi apa yg pntng, ialah keikhlasan tu, jgn segan utk meminta maaf, jgn risau diperlekekan dan dizalimi, anggap ja tu salah kta, dan yg paling pentng, kata en.fazullah, Jangan Terasa Hati, hehe, pntng ni, bleh menyelamatkn keadaan, selamat dunia akhirat.

Payung Ummah

9 mei 09 pwtc - konvensyen berakhirnya agenda zionis
http://kbaz.net
ps mgkn dah agak lewat ni.. konvensyen pattnya start kul 8 kn..

Diriku sesat entah kemana...
aku mula membawa diri..
entah agaknya, atiku tergerak utk kesitu..
tiba2..

...aik.. tersempak..
ati ni terasyik katakan ya..
tapi bila plak peluang ada dihadapan..
pikiran mnjadi celaru...
apa yg diingin selama ini palsu?
atau mgkn ikutan kata ati ku..
sedang diriku belum bersedia...

aik.. inikah idupku?

ohh tidakkkkk... ntah sape punya citer la kat atas tu hehe
tiada kene mengena idup dn yg mati hehe rekaan semata-mata..

bgtu la manusiakn.. kadng2 kta ni, pikir faham tahu jelas fakih.. tapi bila keadaan sebenar berlaku, kerapkali dipentasi dgn ketidakjangkaan kta... hee

nape ya? 

dlu aku pernah pergi, pengajiaan, hmn mungkin tu la.. tapi citernya sebenarnya, adalah kuliah kitab, kitab yg dikaji ialah kitab fekah, kitab Azkar oleh imam Nawawi(yg 40 hadis tu) klu tak silap, ada gak kitab len gak aku terlupa, tapi ni, sy dpt pngajian dripd syeikh yg belajar di mekah kut(lupa dah adei), jd kiranya ilmu sy dpt ni insyaAllah sahih, sungguhpun gtu, dlu kat matrik, ustaz sy ada membentangkan kitab Azkar ni, samela tu kn, sbb kandungannya pun sama.. so apa bezanya? ntahlah saya bukanlah org yg layak utk menilai seseorg

tapi sebenarnya, pandangan sy pada mulanya, tentang org yg berugama, bukanla kta ni tak berugama, cuma waktu sy terbaca tentang latar belakang syeikh ni, hmn sy sebenar terasa takut pun ada, takut2 tersinggung ati nya, sy pun paham, bahawa sy "seringkali" bukanla org yg baik pun, inikan pulak mendekati sorg ulama ataupun org yg sy kira baik, masyaAllah, sungguh besar nikmat Allah terhadap org yg berilmu dan beramal soleh.

"Di muliakan seseorg dgn kefakihannya dalam agama"

yg buat sy teringat sgt, syeikh ni membentangkan kuliahnya, bkn sekadar apa yg dlm kitab, malahan citer2 disekeliling kta, isu2 semasa, sampai citer peminat bola sepak kelantan hehe alah yg aritu kelantan selangor hehe (seriusly aku taktaw pun apa berlaku, tapi syeikh ni perjelaskan), aiks.. mengapa sukar sungguh manusia utk gembira ya, apa harga sebiji bola lebh mahal dari sebutir(hehe) kete ke? aikh.. hehe itula sedikit sebnyk penjelasan syeikh.. sbb waktu klu tak silap syeikh ni tengh bt kuliah gak.. tapi ramai tak dtg.. ternyata ramai lebh asyik akan bola dripd taman2 syurga kn ..aiks naudzubillahimin zalik..

pastu diciter lagi skit pasal, kesatuan ummah di malaysia.. sungguhpun dia buknla org malaysia kut(aku rasalah sbb dilahir dtempat len), dlu rasanya, zaman ketika Rasulullah mash idup, mmg masyarakat arab ketika itu bertelingkah, tiadanya persatuan, itu ketika, semua berbeza, darjatnya berbeza2, harta, keturunan, semualah... tapi sekarang kta di malaysia, perbezaan tidak bgtu bnyk, klu mgkn berbeza pun sedikit sj.. mgkn dlm sesuatu hal, kenapa begitu susah utk kta bersatu padu sekrng? cuba fikirkn.. bgtu ramai ustaz/ah, org pakar2 agama lahir dr bumi bertuah ni... kenapa mash lg kta berpecah ya? apa mereka tdk pkir utk satukn kta smua?

keadaan dlm negara agak kucar kacir skrg ni, apa yg terpikir skrg, sbb suatu insiden terjadi, akibatnya bnyk lagi aspek len turut terjejas, kenapa syariat diturunkn? sebab 5 perkara: Agama, Nyawa, Jiwa, Maruah, dan Harta.. ni apa yg sy pahamlah dn dengar sebelum ni..

misal kata maruah dicabul, jgn kata maruah sj yg ilang.. malahan, 4 perkara len jugak turut terkesan. (ini berdasarkan kefahaman sy dn pengalaman semasa, bukan pendapat mana2 ulama).

Begitu la apa yg saya nampak sekrg ni, keadaan ini akan terkesan keseluruh negara, jika keadaan ini tak dibendung kelak negara ni akan binasa, semesti mereka yg tdk menghormati undang2 dibenteras abis2an...

aiks mcm mana masa depan kta kelak ya.. klu bgini la.. baru skrg rasanya kta perlukn kuasa, sy sbenarnya tak paham kenapa wujudnya manusia sedemikian, bukankah kta boleh mengembirakan semua org tanpa persengketaan? aikhs.. yeke? bolehkah kta mengembirakan semua org? taktaw lah

mkn minum smuanya mahal

hehe


asyik2 mkn2 ja.. mcm tiada kerja isk2 hehe

weee aku mcm maw tulis sesuatu tapi.. entahla bnyk sngt yg terlintas di fikiran ku skrg ne, ntah mana stu pioriti idup skrg, 

mmgkn, klu kta bnyk merantau ni bnyk kta nmpk, sbb mgkn org yg merantau, bleh nmpk bnyk perbezaan ataupun kelainan2 di sesuatu tempat, fikiran lbh terbuka la, potensi lbh nmpk, idea mulai tampak, tapi kadang2 tersungkur, tak bermaya, jatuh hanyut begitu sj...

"a person heart go back to his homeland"

mgkn benar kata2 itu, tak kira petapa jauh kta, ati kta sesekali mgkn ingin kembali jua, tapi di manakah kampung halaman kta tersebut? lupa ka kta dulu kta perna berada di suatu tempat yg indah, kekal abadi, itula kampung halaman kta...

aku jln2 la di pudu aritu, ahad 3 mei 09, hehe, jln2 ada plak tiba2 org maw bg free simkad celcom, aik pelik aku, mula2 tanya mana aku maw pergi pastu, maw bg free simkad celcom ni, isk2 ada juga org baik zaman skrg, tapi.. kebaikan dia tu sebenarnya bersyarat...

pastu smalam aku jln2 di giant, maw beli brg pastu, dtg plak sale men ni, katanya maw bg free gift la, so suruh kami pi isi borg la dn mcm2 lgi, tapi sbenarnya ini jgak bersyarat...

baru ku sedar, smuanya bersyaratkan skrg, nape sukar sungguh manusia utk ikhlas skrg ya? perlukah kta mbalas kebaikan? bolehkah kta mendapat kebaikan tanpa syarat? aik dunia2

waktu di lcct, aku gi la mkn, ada foodcourt pe kat tepi dia tu, ada sorg foreigner ni mmg tak fasih langsung engrish la.. hehe.. tapi sebenarnya bukan masalah fasih ke tak fasih disini, adeiii, klu kta bleh memahami antara stu sama len, masalah bahasa bukanlah masalah sebenar, smuanya masalah attitude, sikap itula yg menentukan hala tuju situasi tersebut, sama ada berakhir dgn baik atau tidk kan...

pengajaran yg aku ingat spanjng perjlnan tu, kaunter kuning star shuttle kat bawah pudu tu mmg underground adeii, jgn lupa tanya di kaunter pertanyaan, pendengaran biar jelas adeii

tiadalah, klu kta duk sorg2, jln sorg2, sebenar mningkatkan lg mental stress seseorg, mgkn kurg biasa dgn keadaaan sekitar, memudahkan kta ditipu, oleh tu hindari org yg tak sepatutnya d sekitar anda.

nak taw? sbb dulu selalu ikut kem, baru tahu skrg, ada jgak kepentingan, penderaan dlm kem ni sebenarnya hehehe, kem pumpingla katakan hehehe

satu: meletakkan peserta dalam keadaan yang tidak selesa.
dua: akal peserta akan tidak stabil dan tidak selesa dgn keadaan sekitar.
tiga: menyukarkan peserta berfikir secara rational dalam definisi yg selesa dulu.
mpat: rationaliti peserta sudah pun berubah, keadaan yang baru mengubah rationalitinya.
lima: mudah utk peserta dia zalimi.
enam: peserta tak sedar dia tertipu.

sebb tu penting utk kta, melatih akal dalam keadaan yang sngt2 tidak selesa, kerna keselesaaan tu mengajar idup utk lebh alpha...

dlm dunia sebenar, seseorg akan mengambil peluang ini utk menipu, akal perlu dilatih dlm keadaan rational keadaan sudah berubah, mgkn kta bleh menangkis keadaan2 ini bila berkumpulan, tapi percayala suatu hari nt kamu akan keseorgan, malah kene plak idup keseorgan, mgkn nt belajar luar negara ka, atau pun diletakkan dimana2 didunia kta akan mudah terjerumus dalam mentas stress yg tnggi sampai sukar mencari jawapan yg rational pada pengamatan yg normal.

tambahan, mgkn mental stress ni sudah pun terbentuk, disebbkn persekitaran, yalah, mgkn sbb terlalu ramai org, penat berjalan, terlalu lapar, kaki sakit, badan lenguh ke sebagainya,

cara juru jual yg sy nmpk ketara, ialah cuba melahirkan simpati dlm diri kta, dlm keadaan itu mgkn kta rasa aik.. kecian plak dia ni.. mcm tu la,.. mgkn dia dah puas menjelaskan akan produk2nya.. smua ni bleh effect diri kita taw, oleh tu sblum apa2 kta tetapkn dulu sesuatu dlm hati kta, mahu ke tak mahu, 

kdng2 benda2 yg dijual tu semua tu tak penting pun, kurang sgt mamfaatnya, kta mgkn tdk mggunakannya, akhirnya rugi sj begitu kn..

Komunikasi Sosial

Komunikasi sosial adalah interaksi yang berlaku antara kita dan manusia. Sememangnya kita adalah manusia, seringkali melakukan kesilapan tatkala berhubungan antara satu sama lain. Interaksi ini mungkin saja terjadi dengan sengaja tanpa disedari atau pun disegajakan. Tapi yang pasti interaksi mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. Justeru, kemahiran komunikasi sosial ini penting bagi menjaga perhubungan dan interaksi kita sesama insan agar dapat mencapai kebahagian yang azali dunia akhirat.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, komunikasi yang efektif perlu kepada 4 faktor, iaitu:
1.Penyampai.
-Verbal.
-Tak verbal.
-Penulisan.
2.Penerima.
3.Bahan yang disampaikan.
4.Medium perantara.

Jelas sekali, faktor-faktor ini lebih tertumpu kepada manusia. Manusia adalah faktor yang boleh merubah keadaan dalam komunikasi. Kita pahami bahawa manusia ini sering kali dipengaruhi dengan faktor emosi, ilmu, persekitaran, dan sebagainya. Maka jelas sekali, ini semua adalah faktor-faktor psikologi pemikiran manusia terhadap persepsi mereka ketika berkomunikasi.

Jam sekarang 1.44 pagi(setakat penulisan ini); ulasan topik: Komunikasi sosial; judul buku: Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial, tingkatkan diri anda dalam kerjaya, Tatacara diri & Etiket sosial, oleh Amin Hazya.

Ciri Psikologi 1: Memahami Manusia

Dalam interaksi harian, kita seharusnya lebih peka terhadap persekitaran di sekeliling kita. Tapi persekitaran yang lebih dinamik dalam kehidupan kita adalah manusia. Tidak mungkin manusia itu tidak berubah kecualilah dia ada seorang yang tinggal seorangan tanpa sebarang interaksi. Maka dalam keadaan kita berinteraksi dan bersosial dengan sekeliling, seharusnya kita memahami mereka sebelum memulakan interaksi yang efektif.

Kita seharusnya mengikut rentak dan kaedah yang selarian dengan mentaliti mereka. Mungkin mereka ini lebih cenderung akan sesuatu hal tapi terdapat juga perkara-perkara kontra yang semestinya dielak bagi mengelak daripada kita terlanjur bicara dan mengeruhkan keadaan.

Lebih baik diam daripada berkata. Diam itu lebih baik dalam situasi di mana kita tidak dapat mengikut rentak orang-orang yang kita berinteraksi. Dalam interaksi verbal yang bersemuka, seeloknya kita bersenyum dalam kalangan yang sama jantina bagi mengeratkan kemesraan, dan mendengar dengan penuh ketelitian, seolah-olah mengambil berat akan setiap tutur yang diperkatakan.

Manakala, yang menyampaikan maklumat itu seharusnya bersederhanalah dalam berbicara, kerana melampau dalam semua hal adalah dilarang kerana melanggar fitrah. Manusia lebih selesa dengan kesederhanaan, elakkan berlebihan.

Berakhlah dengan berbicara. Akhlak yang baik akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan orang lain. Akhlak yang baik ketika berbicara boleh merapatkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Emosi manusia boleh berubah ketika bersama dengan orang-orang tertentu, mereka mungkin lebih rimas ketika berada dengan orang yang melampau dan tidak tahu berakhlak dalam interaksi. Walaupun kita mampu untuk meneruskan perbicaraan dan interaksi itu, tapi interaksi sedemikiaan tidak akan kekal, kelak kita akan bersendiri dalam dunia sendiri.

Konklusinya, pilihlah topik perbualan yang sederhana, dan diketahui oleh semua orang. Agar mereka berasa selesa dalam emosi yang seronok bersama dengan kita. Jangan melampau dalan perbicaraan dan interaksi tersebut.

Ciri Psikologi 2: Kebebasan Manusia

Dalam buku ni, penulis membentangkan akan kelonggaran yang diberi untuk manusia supaya boleh memilih. Contohnya untuk memilih untuk menghadiri atau tidak ke majlis perkahwinan. Manusia yang diberi kebebasan ini dapat membebaskan emosinya daripada terdesak untuk melakukan sesuatu.

Cengkaman merupakan suatu ganggu psikologi, dimana manusia akan terasa terdesak jika mereka kesah dan juga jika sesuatu perkara tersebut mempunyai kepentingan terhadap diri mereka. Jika kepentingan ini semua dilanggar dan menyebabkan suatu yang tidak diingin dan tidak sukai, tekanan emosi akan berlaku seterusnya menganggu psikologi mereka.

Ganggu ini akan menyebabkan manusia lebih terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, maka akan menganggu rentak berinteraksi dan bersosial yang sepatutnya diutarakan ketika berada dalam satu perhubungan. Tambahan pula, jika perhubungan ini agak lama, ganggu emosi ini akan menganggu pemikiran seseorang untuk membebaskan diri daripada terus terseksa akan emosi tersebut.

Sebagai contoh Pak Abu terpaksa menambah makanan yang hampir habis dalam majlis tersebut, mahu tak mahu, Pak Abu terpaksa menambah jumlah makanan kerana bagi melaksanakan kepentingannya terhadap keperluan tetamu. Disini berlaku ganggu emosi, apabila dilihat makanan yang banyak telah dibazirkan oleh tetamu yang datang sedangkan makanan itu seeloknya diberikan kepada yang memerlukan, Pak Abu kecewa, inilah emosi yang timbul ketika itu.

Keterpaksaan menganggu emosi, tapi kalau mungkin makanan yang dibazirkan itu tiada, mungkin sekali Pak Abu akan berasa selesa untuk menambah makanan lagi. Lebih selamat dunia akhirat.

Ciri Psikologi 3: Fizikal Manusia

Dalam buku ini, membincangkan akan kelaparan, manusia yang lapar akan lebih agresif dalam tindakan. Permasalahan ini bukanlah masalah tidak cukup makanan, tapi mereka sebenarnya dicekam daripada makan makanan yang memang ada untuk mereka.

Cara bersosial yang baik ada dalam kesederhanaan. Jangan biarkan perut terlalu lapar biarpun makanan percuma akan terhidang untuk anda. Mungkin jika kita telah dipaksa untuk menunggu makanan percuma dalam perut yang lapar, akan menyebabkan kita merota-rota mengidamkan makanan tersebut. Manusia dalam keadaan ini terganggu emosi dan psikologinya. Seterusnya bertindak tanpa kewarasan yang sewajarnya.

Kewajaran manusia ini berbeza mengikut keadaan, mungkin pada pandangannya sesuatu itu wajar pada tika itu dan keadaan dirinya ketika itu, tapi orang lain akan berasa pelik akan keadaan ini. Tatkala itu, jika diberi peluang untuk berfikir kemudiaan dalam keadaan yang berbeza, kewajaran itu seolah-olah bertentangan dengan kewarasan dominan sejagat.

Oleh kerana itu, fizikal seseorang itu boleh mempengaruhi keputusan, emosi dan psikologi seseorang. Hanya orang yang tahu apa itu akhlak dalam kesabaran saja dapat mengharunginya.

Bersambungan ari sudah malam.. malam sudh tiba.. mata perlu tidur.. kerna esok ibadah lebh mulia.. doakan ku berjemaah.. klu baik .. tlg kejutkn dlm doa mu insyaAllah...

Prinsip-prinsip bloggingku

Sudah lama saya tak menulis dengan skemanya hehe, terutama sekali saya ingin meminta maaf atas apa2 yang telah saya lakukan yang menyebab semua orang rasa tidak berpuas hati dengan penulisan, tingkah laku, akhlak, pergaulan, perhubungan yang diantarakan oleh saya kepada orang perorangan dan masyarakat umum.

Atas kesedaraan yang dinikmati ini, saya telah mengorak langkah sehaluan, demi untuk mencapai cita2 murni ini. Dengan nikmat kefahaman dan kesedaran yang dimiliki, saya sesekali tidak ingin menjadikan hidup ini musnah tanpa sebarang pengorbanan.

Apakah? Okay to be direct, I would like to state the principle of my blog. Its an occordance which bestow upon me, thus implimented the rightful direction in an appropiate assurance that would gurentee all my writing are in right direction far from the astray.

Pengenalan Kawaid Fiqh.

Setelah mengikuti kelas fardhu ain pada hari rabu, saya telah diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang, cara-cara untuk berhukum. Pada dapatan saya, kita boleh berhukum dalam perkara-perkara furuk(cabang/ranting), dalam keadaan dimana tiada orang yang lebih arif ketika itu selain kita, tiadanya sumber rujukan terbaik atau teks-teks ulama yang boleh dicapai ketika itu, ataupun keadaan yang amat2 terdesak. Tetapi setelah terdapat sesuatu yang lebih syumul dan tepat tentang sesuatu maka hendaklah kita bertaubat dengan nasuha, kalau mungkin kita sudah berbuat kesilapan besar. Hukum ni hanya pada diri sendiri, maka terserahlah jika ada orang lain hendak mengikutinya.

ps saya bukanlah orang yang mahir dalam hal fiqh ni, tapi bukankah kita semua patut tahu hal-hal asas dalam Islam? fikir2kan.


Prinsip-prinsip Kawaid Fiqh dalam berblog pada pemahaman saya

1.Setiap Perkara datang dengan Niat.
Saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam penulisan ini, sungguhpun begitu, ikhlas itu bukanlah dari mulut tapi daripada hati tiap2 yang bernyawa, maka tidaklah layak para manusia menghukum keikhlasan seseorang atas dasar perbuatan dan percakapanya, kerana ikhlas ini adalah rahsia antara hambaNya dengan Allah.

2.Tiada Kemudhratan, tidak dibalas dengan kemudharatan.
Kemudhratan ini, bermaksud sesuatu yang dapat mengancam diri ku dan orang lain, atas prinsip ini jika sesuatu itu tidak mendatangkan kemudhratan, maka seharusnya dibiarkan. Tersebut juga disitu, tidak dibalas dengan kemudharatan, jika sesuatu yang mudharat telah ditujukan kepada sesuatu pihak, maka tidak seharusnya dibalas dengan kemudharatan, hal ini menggambarkan kerosakkan kita sendiri, seharusnya cara berhikmah perlu diambil disamping menyalurkannya ke saluran-saluran yang sepatutnya

3.Yakin tidak dapat dihapus dengan syak.
Keyakinan kita terhadap sesuatu seharusnya tidak berbela bahagi, biarlah bertambah utuh apabila dicabar.

4.Adat boleh menjadi hukum.
Adat dalam blogging pada dapatan saya adalah bebas tetapi biarlah bersyariat kerana walau siapa kita di dunia ini, kita hanyalah hamba, tetap dengan watak seorang hamba.

5.Kesusahan boleh membawa kelonggaran.
Apa-apa yang membawa kesusahan, seharusnya boleh diberi kelonggaran, kerana Islam bukanlah agama yang rigid sehinggakan menyusahkan ummatnya beribadah. Akan ada terdapatnya suatu kemudahan dimana memudahkan kita beribadah. Dalam hal blogging mungkin dalam hal, informasi yang terhad, atau mungkin apa2 yang bakal menganggu yang tidak bisa dikawal dengan cepat perlukan masa dan kefaham yang terdahulu.

ps mungkin berlaku kesilapan disini, semua diskripsi tu saya yang buat atas pemahaman saya sendiri, harap ada yang boleh mengkomenkan saya insyaAllah.

Prinsip-prinsip lain daripada pemahaman pembacaan lalu

1.Islam bukanlah agama yang suka menghukum, tapi berhikmahlah.
Maafkan saya terhadap pos-pos terdahulu, ketelanjuran saya menulis sesuatu diluar fahaman saya yang jitu, akibatnya saya lebih cenderung menghukum, ini hanya akan menimbulkan ketidakpuasan dalam hati ramai pihak, seharusnya saya patutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhikmah dalam penulisan, serta menghakis sikap ego dan takabbur(meninggi diri, sombong, dan yang lain berkaitan, sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t). Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ni.

2.Pendekatan berlembut.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam, seharusnya cuba menyelamat umat ini daripada bahaya api neraka, bukankah berhikmah itu lebih baik? Mungkin ni sajalah dapat membimbing kita yang kurang fakih akan ugama ini ke jalan yang di RidhoiNya.

3.Memahami situasi semasa.
Fahamkan dulu diri kan situasi semasa, melihat pada perubahan ini kita seharusnya lebih fasih dalam menilai keadaan, elakkan daripada terjerat dalam situasi-situasi ini. Kita mungkin akan lebih sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri kita, maruah umat Islam, dilema umat Islam, isu-isu hak-hak umat Islam dan sejagat, tetapi AWAS, jangan dilihat pada dasarnya, tapi lihatlah dengan teliti apa yang disampaikan, jangan sampai kita terjerat dalamnya, akhirnya menjadi medium penyebar fitnah dan dakyah-dakyah golongan-golongan tertentu.

4.Niat yang baik tidak akan menghalalkan cara.
Ini prinsip umum, semua orang Islam seharusnya lebih fasih dengan hal ini, tapi mungkin juga dalam keadaan darurat ada sesuatu hal boleh melonggarkan sesuatu untuk memudahkan dan menyelamatkan kita jadi, bergembiralah.

5.Peka terhadap perasaan dan komen orang.
Kalau ada yang berkomen, bermakna ada isi hati yang hendak disampaikan, kalau tiada, makanya sukar baginya untuk menterjemah isi hatinya hehe.

OKla itu sajalah daripada saya, InsyaAllah akan ada update seterusnya jika terdapat sebarang perubahan. Mengapa perlukan perubahan? Bukankah mereka tidak sedarkan tindakkan mereka itu menyeleweng(yang dianggap baik oleh mereka)? Tapi mereka tetap juga lakukan, pada dapatan mereka, merekalah yang lebih hak. Sesekali tidak, kerana kedegilan mereka itulah, mereka sesekali tidak dalam landasan yang benar sesudah dirinya ditegur dan diperbetulkan. Maka itulah prinsip yang keenam.

Oleh itu berubahlah sahabat-sahabatku :), sesungguhnya yang berhak itu hanyalah pada Allah.

ps siap juga pos aku untuk ari ni, semoga diberkati Allah dan dapat dijadikan barakah yang berkekalan. Amin.

Mahasiswa/i?

Tertarik sedikit dlm hati ini mndgr tazkirah subh drpd MPP kitaorg isk2.

Dlm tazkirah tu, beliau mengajak kami sebagai mahasiswa/i berfikir sejenak akan kedudukan kita pd hari ini. Kita bukannya student sekolah menengah yang hanya fikir lulus dan A, Kita mahasiswa yang berfikir lebih dr itu, apa mungkin dapat lontarkan idea kepada sesuatu perubahan di dunia ini.

Kewarasan, berstrategi, bercakap dgn fakta, dn perpandangan jauh. Memuliakan Rasulullah sebagai seorang rasul yg mesti dicontohi. Inilah kita sebagai Umat Islam dimana kita mulia kerana Islam dan hina kerna meninggalkan Islam.

Pagi ni, dato' khoo kay kim dtg sini tapi kaki ku ni sedikit payah bergerak ke dwn bankuet tu isk2 bkn apa .. entahla mgkn aku ni malas btl bah. benar kata mereka ilmu tu klu susah dapat lebh bernilailahnya.

Fikir2kanlah.

p/s Maw cuti sudah hehe, tapi aku ada 2 kertas(material dn static) lagi, tensen2 hehe tak der lah hidup biar dgn senyum.

Perbnykkn selawat dn istighfar.

Salam Eidulfitri

Teringat plak idup ini...

rasanya aku telah gagal.
mungkin aku mewarisi kegagalan dalam diri.
dulu kini dan selamanya.
bukanku berdoa untuk gagal,
inilah yang aku rasa selama ini.

But the whenever failure come to me,
Well I JUST hope for the best.
Its was nothing though, after it's life, right?
DEFINITELY nothing is easy.
Thats totally true, yet I believe its not.

A day of celebration, I taste defeat a day before, I'm a failure.
A day of celebration, I taste the suffering of minor, the are major in the world.
Now I know, life isnt easy.
Why not given up?

Its easy to say, but get it done is hard, right?
LOL philisophical talk wont change the world.
INVAIN in life, nah its just my life.
Why? I failed the test!

I wonder how I would walks my life,
I just cant see a clear path.
Which path should I take?
I had chosen one, but still, I failed.

What are the other options?

Ya Allah jika hidupku ini baik untukku, panjangkanlah umurku,
Ya Allah jika matiku ini baik untukku, matikanlah aku.
Ya Allah matikanlah aku dalam iman, akhirkannya dengan Husnul Khatimah.

Jari-jari sukses

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Isk2 skema betul, Okay lah kita mulakan.... ini blog... bukan pertama tapi entah keberapa sudah sya buat.. Saya cuba buat yg terbaik untuk blog ini, insyaAllah. Untuk pengetahuan.. dalam blog sia akan tulis sebarangan aja... tak kira bahasa apa.. slang apa... sia campur aja.. klu sia rajin sia tulis bhasa inggeris... tapi kebiasaannya sia malas hehe... bh terlebih sudah tu isk2 hehe.. mcm sia pernah dgr haha

bolog ini untuk semua ndak kira bangsa dan agama dan kepercayaan... atau pun bahsa.. maupun bahsa yang diguna kebanyakkan rosak.. tapi kan entahlah... tetap ugak mau diperbetul.. yang mau guna english boleh aja kemukakan permohonan.. adapun aku ini mencerita kan pasal agama.. agama lain pun bulih baca untuk tau menahu.. bukang bagitu.. aku bukun berjuang demi bangsa ka nagara ka... .tapi bisa sj untuk Allah, insyaAllah...

pemikiran dan pengaruh idup sia...

Saya beragama Islam... dan cuba menjadi muslim yang terbaik dan terbaik-baik, insyaAllah... namun cuba duniawi... memaksa sy jatuh dan jatuh sentiasa jatuh-jatuh entah kedaerah mana, naudzubillahminzalik... tapi aku tetap berpendirian agar mencapai keredhaanNya.

Akidah ku Ibadah ku adalah ahlul sunnah wal jamaah.. tetap menolak penambahan dan penolakan dalam agama... tiadanya bidaah... namun berlembut dalam penerima terhadap pembaharuan... yang dikatakan bidaah hasanah (sebenar pembaharuan ini adalah terdapat dlm agama jika dilihat dengan qias dan ijtihad, insyaAllah)

Pembacaan... penulisan dr mazhab syafie, sheikh yusuf qardawi, moderate, ulama2 yang dikata wahabbi (walaupun ndak wujudnya wahabbi, sebab korang kanalkan kau dicakap wahabbi), tabligh, ikhwan muslimin, science, philosophy... aku pun bukan suka membaca... sekadar sekelip pandang gitu..atau cari yang kuminati aja.. isk2

taqlid? aku ikut aja.... isk2 bukang begitu kawang.. klu ikut perlu berfikir juga.. jgn main ikut mesti berdasarkan syariat bukan berfikir ngan logik akal tentu sekali sesat kita nanti.. itu dalam hal2 agama... tapi tidak salah kita lakukan bidaah dalam hal2 keduniaan... contoh dalam mengejar pencapaian ilmu, mencipta sesuatu yang baru...klu gw ngak silaplah..... yang salahnya bidaah dalam Islam, gi rujuk penulisan sheikh Utsaimin (itu cara tulis nama beliau, sy mcm lupa pulak).

ape agi ah? oh yeah.. sia jarang sekali tonton tv... setelah kuar dari matrik.. mimang boring sy rasa.. sia lebih suka streaming tinguk anime di veoh kah youtube kah.. berita? ngak percaya ngan media semasa.. baca aja harakah daily kah... tapi kadang2 bukak juga thestar itu mau tau juga kadang.. klu ada isu hangat takut nanti jadi katak dibawah tampurung isk2... kecian2.. baca juga surat khabar klu berkesempatan, insyaAllah...

pandangan terhadap politik..? sia ingat itu parti zalim... yg ini baik kunun bah, tapikan mengapa kita ngak perbetulkan parti yg zalim... dan memupuk kesatuan ummah.. kan bulih mengembirakan seluruh ummah?

cita2? mau buat kapal tarbang bah sia.. tapi ngak tau lah.. idup ini ... satu dugaan.. kita minta itu.. hanya Allah aja yang maha Berkuasa.... sia rs baik aja sia idup asal bulih makang dan minum.. tapi susah bh sekarang ini ngak bulih gitu... idup kita pun ngak lama... mungkin sebentar agi esok, lusa atau akan datang insyaAllah.. semua nya sudah ditentukan.. sy perlu ambil bahagian dalam perjalan idup ini.. kerana Allah semata-mata, bukun bangsa, bukun nagara.

pasal idup.... klu gw mampu utk menyara isteri... insyaAllah gw kahwin awal.. tapi ngak mampu... mau meminang urang pun pikir sejuta kali (terlalu hyperbola ya donk), lok ngak mengapa... itu bulih pikir kemudian ya... jangan diusah.. kerna jodoh bisa ketemuan..iyakah? insyaAllah, klu ngak pun itu juga jodoh, bukan kah? ah yelah tu

kawang? kawan lah...

aku mau makang eh.. lapar betul bh..ngapa kamu ini...hairan aku... eh mengapanya asal aja ugi... aku boleh aja terpikat ye.. pelik aku ini suluk/tausug..pure agi dari bapaku mamaku sampai datuk nenek aku semua suluk... namun bukan pilak... pilak itu duit ya(klu ngak silap), datuk ku udah keja sini sebelum merdaka lagi di pejabat pos klu ngak silap di kudat... ko paham maksud ku kami ini memang ori sabah... walaupun asal usul kedatang urang suluk sabah itu dari kepulauan sulu.. kenapa satu silap dlm sekolompok dipersalahkan satu kolompok itu... bukankah itu zalim...

aku mau tidur.. aku cinta kan tanah air.. itu tanah dan air... merejuk kepada manusia.. tanah dan air merepukan element pembentukan manusia.. daging dan darah... ah udah merepek kawu ini haha...

bh akhir kata.. semoga kita sentiasa sukses.. dan mencapai keredhaanNya.. dan Khusnul Khatimah insyaAllah.. Illa liqa

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template