Tambahan

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Jangan Mudah Percaya

kadang2 mungkin kelemahan orang lain lebih jelas daripada kelemahan kita.


aiks.. susah manusia ni kan.

aku teringat semalam, akan makanan hati. Ingat itu makanan hati. Ingat apa pula? Zikrullah. Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat Nikmat.

mungkin aku selalu lupa...

kawen tak selesai lagi ni hehehe adeii
ayah aku tanya, bila maw balik ni? 28 ke 21? 26 tu maulid kan ke silap, tapi cuti start dari 13 hingga 21, dan 26 tu insyaAllah abg aku kawen hehe, ntahlah diorg, aku taktaw sgt hehe adeii.

aku tak kesah pun ponteng haha, tapi klu ade test mcmne? klu ade quiz? ade project? aiks tambah lagi dgn aktiviti underground kami hehehe adeiii

start januari, dah sibuk, mgkn sibuk PRK hehehe, pastu sibuk dgn hmn....
adeii aku syllabus usrah dan buku2 tak baca lagi ni adeii... 24 ni insyaAllah terbang dah... hee

mcmne fiqh haraki boleh jana muslim yang mantap?
adeii

aku nak kongsi sikit msj yg aku dpt smlm huhu
kenape antar kat aku plak? adeii aku bkn ustaz hehe

"salam shahrizal, aku ade terbace pasal dentuman kuat yg berkaitan dgn ngauman dajjal baru2 ni, ulama kiaskn betul ke cite ni?"

erkk? cite pe ni? aku tak pernah jumpa pun hoho.
first things first, seperti biasa aku buka pakcik google hehe klu nak guna imhalal.com pun bleh promote sikit hehe

search lah, dentuman kuat dajjal, keluar cite gempa bumi huhu
ooh ini plak citenya, ada jgk kaitan dgn surat berantai, pastu cite2 yg berkaitan.

daripada pahaman aku, sungguhpun aku bukan ustaz, aku balas jg lah msj tu,

"Wassalam, secara jujur aku tak pasti, tapi, klu dikata ulama, ulama mna pula yg kiaskan benda ni, lepas tu, beliau kiaskan dgn apa pula, sahih ka, pndpt aku, slalunya hal ini sering dkaitkan dgn kejadian yg benar brlaku, d situ kita kdng2 trtipu, kena rujuk hadis tntg dajjal blk."

entahlah weh, dari dulu sampai sekarang, banyak saja penipuan berlaku, pasal benda ni aku tak pasti, aku tak jumpa lagi cerita yang sebenar dan hadis yang mana yg dikiaskan oleh ulama tersebut.

apa yang aku kesal, selalunya hal2 ini sering kali dijadikan modal oleh kelompok2 yg bertopengkan agama, mereka mengunakan nama2, kejadian2 tertentu ataupun ayat2 tertentu untuk tujuan mereka.

benda ini bukanlah perkara baru, penipuan atas agama sudah pun berlaku sejak.. sejak bile ye? hehe, isk2 seyes2. Apa yang paling obvious ialah penipuan terhadap Allah dan Rasulullah, kalau mereka guna nama Allah dengan mudah saja kita mencari bukti daripada Al-Quran. tapi dalam permasalahan mengunakan nama Rasulullah, aku sukar sikit, sebab bukan semua orang khatam hadis, dan jumlah hadis amat lah banyak. Alhamdulillah ramai ulama telah membongkar penyelewengan yang berlaku serta dibukukan.

kadang2 kita boleh guna Al-Quran untuk detect penyelewengan hadis. sebab Al-Quran dan hadis yang Sahih tidak mungkin bercanggahan. tapi klu rujuk Al-Quran, bukan hanya terjemahan, malahan syarahan oleh para ulama muktabar, bukan syarahan kita sendiri, boleh jadi syarahan kita itu nafsu je lebih, kenapa nafsu je lebih? mudah je sbb kita bukanlah ahli, bayangkan berapa banyak disiplin ilmu yang ulama perlu kuasai untuk menjadi ahli fiqh? ingat senang ke? sampai kene belajar kesusasteraan Arab(klu aku tak silap), kita plak tengok terjemaah Quran, ooh dah paham dah, ni salah tu pun salah, blah, itu lah nafsu, pada pendapat aku.

Tapi sekarang agak sukar sedikit, ada orang nak berugama tapi jahil, apabila orang (dengan kepentingan) yang memberitakan sesuatu semacam ancaman dan kebaikan, golongan yang nak berugama ini terasa hati lalu tersungkur kepada orang2 yg berkepentingan ini.

kebanyakkan orang2 yg berkepenting ini kemungkinan jahil atau berkepentingan.

Jahil? ini disebabkan mereka mengikut orang2 tertentu secara membuta tuli tanpa menyelidik, mengkaji kebenarannya.

Berkepentingan? cara selalu merahsiakan kebenaran yang menafikan mereka, selalunya menutup yang bathil dgn yang haq. sebab tu kadang2 orang tak perasan penyelewengan yang berlaku.

contohnya: kebanyakkan surat berantai, ceramah dan mcm2 lg yang aku temui/sedari, terdapatnya 2 benda ni jahil atau berkepentingan ataupun keduanya sekali. atau lagi teruk aku yang jahil dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya.

apa2pun kita balik semula mencari kebenaran dari Al-Quran dan Hadis.

aku sedari bukan setakat itu, malah lebih licik lg kalau hal ini dilakukan secara brainwash atau mind control, ini ada hypothesis aku saja, aku tak pasti, tapi benda ni mungkin benar berlaku dan mungkin juga pernah dialami anda semua, mungkin kita berbeza pendapat, inilah pendapat saya.

Nak tahu macam mana?
brainwash, kalau kita dalam suatu perbincangan, orang yang ingin mem"brainwash"kan kita akan menyoalkan sesuatu dan meminta diberi pendapat, setelah pendapat itu diberi, mereka aku cuba mengunakan ayat2 mereka, seolah2 pendapat mereka lagi betul dalam keadaan ini mahu tak mahu kita aku terima pendapat mereka. hal ini bertambah teruk kalau dilakukan dalam keadaan ekstrim dimana kita keliru dan buntu, tak mampu berfikir dengan betul.

mind control pula, berlaku dalam banyak keadaan.
1. dalam keadaan mana kita adalah minoriti, kita terpaksa memilih untuk mengikut majoriti. adanya kriteria2 tertentu yang membuat kita begitu sunguhpun fikrah kita kukuh sebelum ini. aku teringat drama jepun liar game, tgk citer tu best, penuh informasi hehe (mcm) tapi seyes memang baru aku sedar rupa2 benda2 ni sudah ni kaji oleh orang lain kita saja yang tertipu.

2. dalam kes surat berantai, macam contoh dikatakan situ si fulan bin fulan tidak mengantar surat ini, keesokan harinya semua ahli keluarga si fulan bin fulan telah terlibat dengan kemalangan ngeri, dan kemalangan ini dilaporkan dikhabar tempatan, maka kita dalam mindset kita terasa seakan-akan takut dan mempercayai benda ni, padahal si fulan bin fulan mungkin tidak pernah menerima surat ini, si pengirim dengan licik mengunakan kejadiaan yang benar untuk menutup penyelewengan surat tersebut. hal ini ada kaitannya dengan akidah kita, hati2.

3. pengunaan nama Allah, Rasulullah, pangkat kedudukan keturunan dan orang2 kenamaan(boleh jd jg ulama dan sbg), kita pun dengan kejahilan percaya 100% tanpa berbelah bahagi. Boleh jadi disebabkan ketaksuban kita terhadap mana2 tokoh. Kalau kes Abu bakar dan Rasulullah boleh. Dalam ke manusia berbeza, mereka ulama sekalipun, mereka bukan maksum. Ataupun jg semua tu fitnah yang dikaitkan pada penama2 tersebut untuk meraih sekongan.

saya pernah terbaca cerita pasal imam syafie dan muridnya, muridnya membaca kitab karangan imam syafie dan menemui banyak kesilapan didalamnya, tiada kitab yang sempurna dari cacat cela melain Al-Quran, cerita ni saya terbaca kat ust zaharuddin.com kalau tak silap. ada lagi satu cerita seorang ulama yang ditegur kerana berlebih-lebihan dalam berugama, cerita ni saya terbaca dlm artikel dr asri kalau saya tak silap ingat.if i were mistaken, forgive me.

ps semua itu contoh, kita dah faham akan larangan taksub, dan semua manusia berbuat silap kecuali Rasulullah yang maksum. Saya tak pasti sangat cerita tersebut.

Maka perlulah kita selidik dulu apa yang dibicara seseorang itu, sekalipun kita kenal hati budinya, boleh jadi dia betul kita silap ataupun sebaliknya, tapi bukanlah kita orang2 yang mengikut membuta tuli biarlah BERHUJAH!

Sekali lagi saya ingin tegaskan, carilah ilmu akan benda yang tak pasti, dan jangan taksub.
Jangan mudah percaya akan kata2 orang sehingga sampai bukti dan hujah yang jelas.

maka golongan2 sufaha(aku paham, pengertiannya belum sempurna akal, bukan pada golongan2 tertentu tapi atas dasar keadaan mereka) sepatutnya lebih berhati2, mereka ini menjadi target kebanyakkan orang2 berkepentingan, sebab mudah dibentuk seterusnya lahirlah golongan taksub membuta tuli naudzubillahiminzalik.

insyaAllah kita boleh mengubahnya. harap maaf sebarang kesilapan yang aku tidak sedari atas kejahilan aku sendiri.

wala' membuta tuli, Im not alone :)

Cerita orang tua2 ehem2

[amaran: jangan baca hehe]

hehe aku melarikan diri daripada dikahwinkan hehehehe
takde la... tak perlu lari pun, aku dah ada calon, jodoh je takde hahaha
men2 jgn ambik serious.. hehe

actually, its been a stressful life today haha,
i guess my family was too emotional, or i guess it was just me,(was that a proper grammar? haha)
i donno la, life was always been like this at home,
its probably my attachment to them i could feel something,

this is family, if we were in usrah, it were the same thing,
whenever we were attached to someone or some organization,
our feeling get mix up, the color, the sound, most importantly the emotion.
life could never be the same and lonely, err really?

i know something, i have to get married hehehe just kidding...

err whenever thing goes wrong i always wanting to get away, running away...
aahhh why it has to be like this...
this world really need political reform haha,
not la, lets go something basic, like family..

first thing first, choosing a wife hahaha
choose la, or let someone do the arrangement hehe
but remember, good start arent insurance for good end.
theres must always be a feed back by time, correction of mistake, and practice of conduct.

the problem, start because we lack of knowledge,
what kind of knowledge?
i had no idea,
i have to fill this 4th line hehe(ps i have no idea what to write here)

arhhhhhhhhhhhhakh
whenever im tension, i have tendency to do ridiculous thing in life ahhh
bek dgr lagu meher zain hehe insyaAllah gi ar blog SF

kan best klu generasi kita ni generasi yang sudah ditarbiyyah
and i dont mean our generation only, but also two generation before and after us,
everyone understand the need for Islam,

the problem rise, because theres occurrence of conflict between the generation that understand and that dint understand, i dont mean they dont understand but the level of knowledgeable are prone to start a conflict between the two generation.

but still, i dont get it, when someone had gone through the training, but still the failed? are the test is too difficult? is it mean for failing?

from the JDorama Jin, ...God give us test, so we can overcome them... this japanese people understand it(this is merely philosophical then theoretical). i think it is clearly that we should have overcome them not to fail it, but even if we failed, God knows better, maybe its better for us.

i think, i missed the important point here aduii -.-
macam dulu aku bercakap, mesti ada ja tertinggal, tgk je muka2 para sahabat hilang terus haha
mungkin sebab aku tak pernah serious, tiba2 aku nak cakap benda yang serious, mereka pula tak boleh nak percaya ini aku haha just kidding la

sapa la aku ingin menegurkan. itulah jihad dan pengorbanan bukan? melakukan sesuatu yang kita tak upaya dengan bersungguh tatkala itu kita sendiri pun tak kuat lakukan. Bagi tazkirah tegur orang, tentang perkara2 yang kita sendiri terkapai-kapai untuk menanggungnya... surah as saff:3

berat2 ni... aku sebenarnya nak citer masalah keluar, keluar plak benda2 pelik isk2... abaikan lah yang bahasa inggeris di atas tu haha... baca yang melayu sudah haha

waktu jamuan akhir sem batch sek2 kami ni,
ade ar sorg akak di suruh bagi ucapan, ukhti sebenarnya bagi peringatan hehe tazkirah,

saya ingat lagi dia cakap banyak kut, tapi akhi tadi bagi lagi banyk hehe

tapi saya nak highlight tazkirah ukhti kita ni, sebab malam tu aku tak tido pun haha
sebab esoknya exam fluid mechanic haha isk2 bukan pasal exam tapi pasal attitude aku
kata cikgu BI aku, tidak apa apa attitude, mmg sikap aku pun dari dulu, tidak suka memeningkan kepala,
tapi ukhti ni memperingatkan balik kami.

surah yusuf ayat 87:
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai
Yusuf dan saudaranya, dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat serta pertolongan Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

terus aku terasa sedikit, adui... aku give ke ngan kertas ni? hee sebab tiada hints la,
tu yg aku study giler2 sikit haha bengong tul, rupanya, tanpa hints lagi tenang hidup aku dripada ada hints.

aku study giler2 malam tu, aku teringat macam tym aku spm dlu haha,
malam macam seluruh hidup aku bergantung pada kertas tu isk2 astaghfirullah
aku study banyak mana pun, klu Allah yang Maha Pemberi tidak menghidayahkan aku kefahaman, tak berguna langsung usaha aku sehari semalam,
alhamdulillah, apa yang aku study semuanya kluar, tapi ada slack la, semua rumus aku hafal tapi ada jg yg aku tak paham, tapi yg penting aku berasa puas dengan kertas tu, berbeza dengan kertas thermodynamic hahaha, rumus aku ingat2 lupa, tapi aku tak faham cara mengaplikasikan rumus haha adeii tapi exam kali ni kire lebih baik daripada sem2 sebelum ni alhamdulillah, aku rasa macam tu lah... harap2 pointer aku naik aminnn

ayat kedua, tazkirah kedua, tazkirah dua hari sebelum aku balik,
dari surah at tahriim ayat 6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu
(berhala);...
kata akhi tu, aku tak tahu la tadabbur ayat ni betul ke tak, pada ayat ni Allah mencabar, siapa2 yang beriman, kalau benar kamu beriman maka laksanakanlah perintahNya.

marhalah 2 kedua ni, selepas diri kita, orang yang paling dekat dgn diri kita... aiks2 ni yg buat aku tensen di bilik, menulis lah aku panjang hahahaha adeiii

dah la panjang sgt dah ni, semoga bermanfaat.

ps ukhwah? mana ukhwah antum? adeiii... tak jelas fikrah kut hahaha adeiii antar balik haha

ta'aruf... tafahum... tafakul... sound familiar?

Pagi Aidil Adha

Berat2 beratlah hehe
masalah kawen, masalah pointer, masalah keluarga, masalah surau, masalah masyarakat,
berat2 sape nak bahagi2 tugas tuk ni? hehe

adeii tapi masalah kawen ni berat jg hehe adeii
bersempena dengan aidil adha ni aku nak kongsi sikit hehe

bukan citer kawen, aku ilang mood nak kawen hehehe (mustahil:hehe)
gelak2 je taw isk2
kang klu ada tiba2 ada ajak kawen(kononnya hehe) terblur plak memikirkan masalah,

abang aku tak jadi kawen bulan ni, taktaw lah pe hal ni, aku malas nak pikir,

penyelesaiannya: Aku Kena Kawen hehehehe adeii


pernah seorang kawan bertazkirah,
maklumlah sek2 diorg ni klu pas tadarus mesti buat tadabbur atau sedikit pengisian,
hehe aku pula blur terus ahh? nak tadabbur surah td?
biar betol? ahh dah la bahasa Arab tak pas2 adeii tak ambik pun lg, insyaAllah ambik

tapi ada sekali ni, abang seorang ni terperangkap dengan hujan hehe
tu ar nak balik sangat hehe men2 je
so nampk kitaorg tgh tadarus hehe bkn tadarus pun macam tasmi' je pun

pastu seperti biasa,
then sahabat sy ni suh ar abg tu bg pengisian sedikit,
dia pun ambik la satu ayat dr surah al-hajj,

apa yang ditadabbur tu, klu tak silap ayatnya,
berkaitan sembelihan dan taqwa, aku tak pasti, cari2 tak jumpa,
maklumlah waktu hujan, dengar2 mcm tu je la isk2, mungkin masih ada hijab adei,

dalam pengisian tu, abang tu bg personifika(betul ke ni?) yang hebat akan, ramadhan dan taqwa,
dalam ramadhan ni la kita kena menjahit baju2 taqwa kita, utk dipakai utk hari2 yg mendatang,

pastu.... jeng2 aku dah lupa hehe
tapi apa kaitan dengan aidil adha? hehehe

sahabat aku kata dah seratus hari ramadhan meningalkan kita brulah kita sampai pada aidil adha,

so di sini sy ingin mengajak teman2 sahabat2 seperjuangan merenung kembali baju2 taqwa yg dijahit kita ketika ramadhan tu,

elok tak lagi? almaklum, kita sudah hampir ke penghujung tahun, dah abis se sem hehe
maka perlu kepada penilaian semula, muhasabah diri, sebgaimana juru akaun(aka akauntan) perlu meneliti akaunnya.

macam bagi tazkirah plak hehe mungkin aku rindu majlis2 di ump yg tiada di sini (hampeh!!)

hidup macam kambing, dikelilingi serigala2 isk2...
aku nak kawen hehehe men2 je hehe

dah la panjang sngt2 ni, dahla takde gambar hehe, baik bt sinopsis je hehe

salam aidil adha, hee renungi balik 3 pengorbanan... fikir2kan la hehe

eeh kejap, aidil? bkn Nur Kasih ke tu, apa2 la hehehehe

Mimpi Ku?

sy dtg lagi hehe... isk2 adeiii


dah la taknak ar citer baitul muslim hehehe dah bosan hehe

takde la... sbb sy nak citer hal pelik2 sikit

sbb smlm sy bermimpi benda yg amat pelik dlm kehidupan kut
tapi sejak bile plak kehidupan aku ni normal? hehe

agak serious gak... tapi aku tak pasti maksudnya

aku melihat ramai orang, mereka ni, punya perwatakan dan pemakaian sebagai seorang muslim,
aku melihat mereka seperti sedang membuat sesuatu, membangunkan sesuatu....

apa yg mereka bangunkan semua bercangah dengan keIslaman....
aku tak nak citer lebih2, ngeri jg apa yg aku nampak ni,

aku terpikir2 suatu perkara, sebelum ni, adakah aku ini dipihak yang benar...
mungkinkah ini permainan syaitan...
justifikasi apa yg kita lakukan selama ini, adakah benar2 mengikut landasanNya,
yakni Islam...

pelik...
selama ni klu pikir kita ikut2 maka kita tak paham lg...

mimpi tersebut mengajak aku untuk lebih memahami setiap tindakan yang aku lakukan di masa akan datang, dan masa silam aku dan sekarang...

takut2 aku ini sebenarnya bukan pada landasanNya...
yaitu jalan yang lurus,
jalan yang diredhaiNya....

mungkin mimpi hanya mainan tidur kan... biar la... tapi beringatlah.. mgknkah ini peringatan daripada Allah.... waallahu'alam

Tangan Ini Kah?

hehe


aku dah tergelak hehe... seperti yg dijanjikan aku tak nak citer kawen hehe

tapi aku nak citer pasal baitul muslim hehe

ape itu baitul muslim? ntah aku pun tak tahu hehe

tapi isi je la borang tu... pastu klu dah ada calon letak nama kat situ haha...

senang2 tak perlu malu2 kucing... klu mmg kucing pun tak perlu malu2..

nt ade la org yg uruskan hehehe adeiii

waktu aku pikir2 balik.. erk aku dah sedia kah ni?
aku dah nmpk dah calon2nya ni hehe..
tapi erk...
ikut fitrah dan harakah bleh lah.. tapi hee
aku pikir2 balik isk2... berat jg... dlu bleh ar bt lawak.. skrg adeii
baru aku tahu... aku belum lagi bersedia adeiiii hampeh

semoga Allah memberi aku petunjuk....
aku tak ingin selalu dalam fitnah...
ingin aku mencari yg fitrah buat diriku dan dia...

hehe adeii ape dah aku merepek besar ni hee

k2 dah abis... tu sekadar mukadimah di hari yang nyaman dengan hujan2 ni hahaha... hampeh...
tak tahu lah... kadang2 memang aku tak suka dengan hujan, tapi hujan tu kan rahmat... tapi tak tahu lah...

hari ni aku kat pekan, dalam ramai2 yang mmg tiada di Pekan, aku pula menyibukkan diri di Pekan.

A: Korang semua balik kul brape ni?
B: Kul 4????
A: Bukan kul 11????
C: aaa??

A: ko sorg balik awal...
C: ....

dulu aku pernah cakap pada diri aku, bt je... tak perlu pikir sgt, klu bnyk pikir mmg tak siap2 keje kita ni...

tu yg tak kawen2 lagi ni haha adeiii
bukan apa.... cuma nak memelihara diri dari fitnah... salahkah aku?
rasanya orang yang memelihara diri dari fitnah lebih perform dalam kehidupan...

aik... entahlah.. mungkinkah aku ni selalu meletakkan nasib sendiri di tangan sendiri? atau salahkah konsep ini?
baru aku sedar bahawa kurangnya sikap kebergantungan aku terhadap Allah... semoga Allah memimpin kita.

Sudah dibincangkan dalam mesyuarat sosialis mahasiswa haha bahawa pentingnya solat istikharah, kenapa perlu solat istikharah? sebab nak tentukan calon yang paling sesuai haha.... bleh jg..
tapi...
solat sunat istikharah, sebenarnya, pentingnya, dalam menentukan hala tuju hidup kita, walau sekuat serapi sehebat mana perancang kita, tapi lebih baik hebat kuat rapi etc pimpinan Allah...
tak kesah lah, nak cari bakal isteri/suami ke hehe, atau nak tido petang ke, makan ayam ke, bermain2 ke hehe..

tapi walaupun saya kata macam ni, tapi saya pun macam lama dah tinggalkannya, ni lah masalah saya, tahu tapi tak faham adeiii...


Puasa Ku? Puasa Kita?

3 jenis puasa:

  • puasa orang awam: menahan lapar dan dahaga sahaja.
  • puasa khusus: menjaga penglihatan pendengaran percakapan dan perbuatannya daripada maksiat serta menahan daripada perkara2 membatalkan puasanya.
  • puasa khususul khusus: menjaga hatinya, yakni menjaga keinginan dan kemahuannya yang tak sepatutnya semasa berpuasa.
Macam mana jaga ati? ati2 dengan syaitan yg dibelenggu... mereka masih dapat membisikkan kamu!?! (hmn aku paham macam tu la kat masjd tadi)

10 cara geng2 syaitan ni masuk:

  • Was2, alah di bt kta was dgn amalan kta ni
  • Dendam, diorg kasih tambah panas la gtu hehe
  • Sombong, mengalihkan pipi?
  • Angkuh, cara jalan kta jgk bleh jd mcm gtu? tapi jgn terlalu tunduk nt jatuh isk2
  • Riak, alah mcm biasa... suke kene puji... sticker pun nak dpuji hehe adeii
Selebihnya macam ustaz tu tak citer pun hee... taktahu la mungkin aku silap paham kut hee

hmn... tu apa yg sy pahm huhu.. tak taktahu la.. tapi apa yang penting kita cuba yg sebaiknya, walaupun bukan yg terbaik tapi sekurang2nya ada usaha kearah itu.. kan?

hee baru 1 hari kita berpuasa... tahu pasal 21 ogos? hee aku pun baru sedar gak.. sbb ada perhimpunan di dataran mahasiswa UMP hee

hmn tak pa.. la spnjng ramadhan ni.. mgkn kurng2 skit nak berintenet.. hee study lebh.. mgkn boikot bazaar hehe.. sbb ada makn free d masjd hehe.. pastu kurg2 berckp lagho isk2.. pergaulan yg tak patut.. ptt dikurg kn..

stu lg nasihat... kta tgk la.. prioriti kita ya.. bagi yg ada exam.. kene tgk mana lebh penting.. lebh aula..(erk ni kata2 abg azmi ka? hoho) hee teringat plak zaman spm dlu.. kwan kata.. belajar lg pentng hehe.. so ada yg tak nak pergi tarawih... ni mesti sbb pengaruh tv hehe.. alah kan forum kat tv tu.. berstesen di semenanjng.. mmg la lewat klu g tarawih... d tambh dgn tadarus lg, pastu usrah2 pe lg isk2.. tpi klu di sabah... standard abis kul 9 gtu.. bleh lg study hehe tu pun klu study isk2 hehe

alah sama ja.. yg penting pengurusan masa taw... kta bt yg sebaiknya di bulan ramadhan ni walaupun tak sebaiknya.

k la.. sedikit pengisian berguna hari ni..

Antara Amalan2 Sunat d Bulan Ramadhan Al Mubarak
  1. Solat berjemaah
  2. Solat Taraweh
  3. Tadarus, Membaca, atau Menghafal Al-Quran
  4. Ikut Majlis Ilmu/Tazkirah
  5. Istighfar
  6. Muhasabah
  7. Solat Sunat Tahajud
  8. Solat Sunat Witir
  9. Bersahur, Makan lewat2 bkn 12 tgh malam isk2
  10. Zikir dan Doa hingga Subuh
  11. Qiamulai
  12. Berdoa sebelum berbuka
  13. Berbuka dengan kurma
  14. Iktikaf
hmn ada lagi.. tapi sy lupa hukumnya hee.. adeii sebab dengar2 mcm tu je..

bak kata kawan ku, klu tak bleh semua jgn tinggalkan semua hehe.. kta cuba yg terbaik hehe :)

mari warnai kehidupan kita

weeeeeee aiks... aku pening!!!


semenjak duamenjak ni... erkk???? APAKAH???

aku macam maw tulis sesuatu tapi... aku mmg tak dpt nak tulis apa2 ni hee peningnya.. aiks.. jdilah aku mahasiswa yg layu lemas dn hanyut adeii..

tapi aku masih lg ada sesuatu maw di kongsikn, wee alhamdulillah..

"sesungguhnya aku bukanlah hamba yang layak terhadap nikmat2Mu"

sob3

dlu aku teringat kawanku, cian kat dia, adeii kecian jgk kat aku, bila la aku nak berubah ni,

kitaorg jln2 d kuantan kut hehe.. nak g megamall ke? hehe beee hehe

pastu ternampk sorg ppuan, tapi ppuan tu.. mmg pakaian agak tak senonoh.. tapi yg rasanya tak bleh diterima dri segi syariat tapi mgkin budaya "mereka" bleh dterimala (maklumlah kn masyrkat kta da kearah tu) ... naudzubillahiminzalik

tapi bukan tu aku nak citer ni, apa yg aku terkejut kata2 yg selamba dn bersahaja dikuarkn oleh kawan aku ni, walaupun bukan secara direct terhadap dia, dia kata mcm... erk.. aku pun dah lupa.. tapi ni seolah2 memfitnah ppuan tu sebagai pelacur, maafkan sy dgn kekasaran bahasa ni.

benda ni penting, kerana mulut badan binasa bukan? sbb lebh ramai kawan2 sy ikut suka mulut diorg ja, luahkan sesuatu, gejala ni bahaya, sgt2 bahaya, sungguhpun pemakaian ppuan tersebut, mungkin bleh membawa fitnah, tapi itu tidak pernah memberi isyarat hijau untuk kita memfitnah mereka.

hmn rasanya tu je kut.. kta sma2 jg mulut, nmpk org tak senonoh sikit, ingat kita bukan PENGHUKUM, pendakwah pun kena didakwah jugak, berdakwah dgn tingkahlaku yg baik2.

ps aimi tgh sakit kat hospital tlg doakn kesihatan die ye

oh air .. air!

Hehe guess what, I'm in love hehehe


mandi tak basah,
makan tak kenyang,
tidur tak lena hehe,

betul2 lah.. aku dah jatuh cinta ni hehe

tapi sebenarnya... mandi tak basah sbb .. tak de air T_T, pastu makan tak kenyang sbb takut takde air utk bersuci heeeee, tidur tak lena sbb dah dkat sgt dah exam isk2 adei..

takpe lah, inila halangan2 menuju jlnMu, biasa la, klu bukan ksusahan, maka itu bukan ujian, ujian idup ini berterusan, smpaila kta pergi bt selama2nya, tapi ada yg melihat mati ni, mati bgtu sjla, bunnal(benar hehe) tapi.. yeke.. bgtu sj? 

aku terpikir td, mcm mana la aku mati, klu subuhnya aku terlewat dsbb kelalaian smlm, bgamana plak, klu aku mati setelah melakukan maksiat tanpa smpat bertaubat, bgaimana plak mati di meja peperiksaan dan tak smpat menunaikan solat, atau mgkn kta lebh cpat menghadirkn diri dgn kuliah sdng solat fardhu itu lbh utama...

khusnul khatimah ka tu?

aik2 pening aku.. kadng2 idup kita ni dunia je lebih.. kata mawi, world! hehehe dynamic tu, dunya tul  hee

apa2 la kan.. kta doakan agar seluruh umat ini mati dalam khusnul khatimah.. mcm mana rasanya rakyat palestin idup tanpa air, elektrik dn mknan... klu kta kat ump ni takde air je mcm dah takleh idup.. aiks entahla.. idup kta terlalu mewah..

terkenangkan kehidupan ini

Hari ni, ada pasar malam hehe, macam mahu pergi, dah rancang ni maw beli nasi ayam hehe, yum2 sedap2 hee laparnya, nak keropok sekali hehe, pastu beli cendol hee.. geramnya, isk2... tapi jauhla pasar malam tu, macam malas plak maw pergi situ hehe, dah la ari tu aku berjalan keluar, semata-mata maw menunggu bas yg akan masuk kedalam juga akhirnya hee sia2 adeii


tapi ptg tu hehe sorg bdk tu, din namanya(bukan nama sebenar hehe) ajak pergi pasar hehe, dapat jgk aku beli keropok pastu nasi ayam dan rasanya tu je kut hehe.. takpe la sedap gak hehe walaupun takde cendol hehe..

malamnya.. maghrib tu kitaorg ada solat hajat perdana.. mmg perdana la hehe.. adeii tahpape la diorg ni.., pastu ada ceramah hmn.. ceramah ni bleh ar tahan hee terasa gak sedikit di hati, pasal jati diri kita, aku tak ingat sgt tapi bnyk bende yg aku terasa tym tu, mgkn aku tak perlu ingat sebenarnya, aku hanya perlu berubah dari sekarang.

mgkn ni la hakikat hidup kan, kita semua akan mati kelak, motivator, kaunselor, raja ismail bin raja sulaiman, kut nama dia, aku dah lupa, merupkan pengerusi rumah anak yatim tungku ampuan fatimah kuantan.

dlm ceramah tuaku terasa sikit pasal surat yang seorg anak yatim anta kat beliau, aku ni, dah ada emak bapa, tapi bt macam bese je, diorg ni takde mak ayah, teringin sgt, aiks.. ntahlah.. mgkn susahkan sbb kita tak merasai ssuatu apa yg diorg rasa. perluka kta ilang sgalanya baru utk menghargai?

yg aku sedey lg seorg anak yatim tu(beliau citer ar), dia pengidap hiv, pastu.. menyerah kerana kecewa, disbb seolah2 dirinya tak dperlukn, mgkn dia agak kurg matang, maklumla dia kecik lg, ntahlah umur 12 gtu kut klu aku tak silap, dkat2 umur tu ar, pastu.. dia pergi,..inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

aku teringat dlu, ustaz hasrizal kut yg citer, tym bengkel dakwah, bagamana sorg pemuda beralih kpd jalan Allah, hanya dgn merasa diri mereka seolah2 disayangi, seolah2 diperlukan, mgkn manusia ni suke akan penghargaan, mungkin inila jln terbaik utk berdakwah, kita tak boleh paksa manusia utk beriman, tu semua hidayah Allah, apa yg penting kita berusaha, semampu mgkn, sekecil mgkn.

oleh tu hargailah org2 disekeliling kita, jangan tinggalkan mereka, mana taw suatu ari nt Allah akan buka pintu ati mereka, insyaAllah.

pastu dia citer pasal, umur, atau mgkn ni citer terdahulu, aku dah tak ingat urutannya, adeii.. tapi yang penting isi yang dia nak sampaikan, begini, kta ambil pita pengukur(klu tu ar nama dia), yg pembaris tapi bukan pembaris, macam kain lurus je hee,

kat situ korg ambik umur korang, macam saya dah 20 thn, pastu ambik umur wafat nabi Muhammad s.a.w. bajet2 60 la,(sumber yg lbh sahih 63), tgk sj.. klu umur kita gtu la, insyaAllah, maka umur sy yg tinggal hanya 40 thn lg, sekejap je tu, mcm dah nak abis dah, pergi bgtu sj, tak perna ada apa2 perubahan besar dlm keidupn ini kn..

aiks.. aku tak dpt tido la, dah dkt subuh dah ni 5.30 pg, bila aku terpikir2 umur ku dah lewat mcm, mash tak nak berubah, mmg rugi la, mgkn pasni aku nak beli tali, boleh dijdikn alat utk mgingat mati, sungguhpun mati ku takpasti hanya Allah sahaja yang tahu. namun, apa tindakan aku seterusnya? ntahlah, betulka idup ku yg sekrng ini? aiks.. tak sedap tido aku ari ni... 

okla tu je kut, nt insyaAllah aku smbng

wallahu'alam bishawwab

Dia Milik ku?

dia milik ku ka? betulka aku memilikinya? isk2 ape ni isk2 tak kawen lg dah maw memiliki adei hehe, post ni timbul sbb kekecewa sesorg yg terlepas mjdi tunang org hahaha adeii men2 ja takde kene mengene pun.

aku rasa amat terkjut, klu ada org yg mengata "awek" dia tu mcm dia punya sungguhpun dia belum kawen pun dgn dia, aikh hairan aku manusia ni, tak sedar diri btl, tapi bkn tu yg aku nak citer.

betulkah, dia milik mu? ko punye ke tu? mcm ppuan tu barang berharga dia plak, senang2 je ckp mcm tu, dgn kata lain dia telah merendah martabat ppuan itu sendiri. aiks adui bkn ni aku nak citer, emosi menguasai diri aku lg T_T

apa yg aku terbayang dlm otak ketika ni, betulka kita memiliki sesorg hanya dgn berkapel, hanya dgn berkawen, hanya dgn beranak?, ketika nyawanya di hujung sakaratul maut, adakah kita memilikinya? benarkah?

siapa memiliki sape sebenarnya? dia milik kita? anak tu milik kita ke? sbb benih kita ka? awek tu, kita punya ke(kita? ko ja haha), sbb dia relakan dirinya terhadap ko? kucing tu ko punya ke, sbb dia suka cari mkn ngan ko haha? atau pun istri kita tu kita punya, sbb ko dah kawen dgnnya?

kita sbnarnya tidk memilik siapa2 ketika itu, sdng diri kita pun hanyalah pinjaman smata-mata, mati kita hanya ada Allah, insyaAllah.

oleh itu sedar2 la sikit siapa kita ni, jgn la duk bangga sgt dpt 4flat ke, dpt awek cun ke, dpt duit bnyk ke, dpt pangkat tnggi ke, dpt jd PM ke hehe, entah apa lg, tu semua bkn ko punya.

berpisahnya kita kelak dgn kematian... hmn aik ntahlah bgtu bnyk kematian yg ku rasai sjak akhir2ni kn, namun aku rasa mcm aku gagal utk mnginsafi diri dgn kematian ini, kenapa ya, ego ku terlalu tggi ka?

dlu sorg bdk ump, meninggal dunia kat dpn ump aksiden, tapi kta taknak sdar bahawa matinya kita itu tak kira usia dn masa,

cuba kita renung2kn diri ini, bajet2 skrg ni klu aku pergi dlu syurga ke neraka?

klu kata tak cukup amal bila nak start beramal? tggu tua? tak sdar ka ada org da mati muda2 lg kat dpn ump tu, nenek aku dah tua, ujian org tua2 ni bnyk, Allah bg peluang kat diorg ni, dgn penyakit2 tu Allah kurgkan dosa2 insyaAllah, tapi kita ni yakin ka kita mati tua kelak.. klu tak? aku taknak lah mendoakan agar ko mati tak smpat taubat, tapi Allah dah beri amaran dpn2 kita... adeii

sura sajadah ayat 12..

Perginya Selamanya

Hmn ari tu aku ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang(MTNP)(search kat google ada tu) bnyk aku dpt, cara2 hafal quran, buku, booklet dan bermacm lg hee, aku jg temui huffaz2 laki dan ppuan(hehe mmg calon istri ni hehe tapi sapa la sy kn), pastu ada makanan sedp tapi klu tak silap aku tak perna mkn pun, lupa dah apa tu klu tak bleh dijdkn syarat2 calon2 aku hehe adeiii,

so apa tggu lg bg sesapa yg berpeluang masuk maahad2 tahfiz.. masuk la, klu tak dpt cuba dpt DQ selepas ni, kita org perna plan g DQ tapi diorg dah cuti tym ni isk2.. tapi bukan tu yg kita nak kn.. kita nak redha Allah.. aku rasa sgt mnyesal dgn diri ku ni, tapi klu dpt hafal quran tu kan rezki, bersyukurla dgn apa yg ada Alhamdulillah.

pastu aku g ikut kem pemantapan ruhiyyah hee sini lg best walaupun bnyk yg aku pelajari tapi entahlah cabaran begitu tinggi bt diri ku ni, tak sempat abis smpai ptg sabtu je, sebb malam tu ada program titas, terasa rugi plak, tapi aku terasa mereka benar2 menghargai kami, utk pengtahuan kebnykkan yg join tu budk2 usrah gak, so diorg kata terpilihla.. tapi aku rasa diri ku ni pelik dripada yg lain, geng2 usrah aku takde, diorg2 la aku susah btl nak masuk waktu tym mula, agak terasing aiks..

ari tu gak ari jadi aku hehe, oh well, tak berkek tapi aku ok je la hehe(ceh ni mesti kecewa sgt ni haha) takpe la apa la sgt kewujudan aku ini, betapa bnyk sgt kesannya terhadap org lain, aku tetap sama seperti org lain, tiada yg lebih istimewa layak terhadp penghargaan tu.

pastu... nenek(merujuk pada atuk ku, aku pggil atuk ku nenek, jgn pelik).. perna suatu ketika dia menegur ku, kerana tdk pulang berari raya(aidfitri ari tu), aku pun terasa gak, rupa ada jg org mengharap aku berada di rumah, aku hidup berjauhan, memang payah lah dan la tiket mahal, mgkn ni la rasanya klu kita terkawen org jauh2 hehe adeiii.. tapi tu la topik perbualan yg terakhir aku ingat, nenek ku sudah tua, bermacam penyakit dia dapat, dgn redha itula pembebasan daripada dosa2 lampau..

dulu dia perna koma klu tak silap, tak sedarkan diri, dan tak dpt berkata-kata, pastu operation, pastu kira dah mmg sehat, insyaAllah sempat lg aku bertemu dgnnya, tak sngka plak 30 march merupakan ari terakhir dia di dunia..

rasanya terlalu sedikit kesempatan yang aku bersamanya, mmgkn aku dah patut balik ari tu, setakat rm600++ apa la sgt kn, aik sedey gak, ni la saat yg kritikal tu kn, tapi aku gagal melaksanakan dgn terbaiknya...

Ya Allah jdikanla mati itu sebagai asbab kepada kami agar senantiasa mengingati akannya, jgnla engkau jd kami lalai dripd tipu belaka dunia ni. Ya Allah jgn la jdikan dunia ini matlamat idup kami lebh dripada segala-segalanya.

al-fatihah utk nenek ku tersayang

Seronoknya idup kta


Sedapnya udara pagi ni, ntahla aku tertidur awal sgt2 semalam, mgkn tersebab oleh minyak yang bnyk dlm makanan ku smlm, pasar mlm oh pasar malam hehe.. sungguh idup ari ni kan.. tebaek.

tapi.. sedeynya.. mgkin btl kn.. amanah akan dicabut sedekit demi sedekit.. tatkala kiamat smakin hmpr..

tgk ja ar sapa yang memegang amanah akhir2 ini..
yg berjawatan? tapi..
yg dibebankn? tapi..
yg berilmu? tapi..
yg tahu? tapi..
yg nampak? tapi..
yg terpaksa? tapi..

yg aku sedey sekali.. nampk sgt golongan berilmu agama ni smakin susah nak cari dah..

tadi puas aku cari ustaz utk di jdikan pengadil dlm prtndngan tilawah, hafazan, dan azan.. tapi sedeynya aku tak jumpa.. dahla ari ahad ni.. kami sgt2 perlukn khidmat mereka..

aikh... aku jd pengadil la hehehe adeii sapa la aku kn 

golongan agama ni smakin ari smakin pupus.. aih.. kelak? golongan artis la yg paling ramai haha adeii mmg tebaek la dunia tym tu kn..

aku bru ja tgk ni team medical dragon.. inika org yg berilmu.. mmg benar kata ustaz ku.. keadilan itu pada org mukmim.. rujuk awal2 sura albaqarah..

selamat lg ka dunia ini? tgk sj la bakal2 graduan yg keluar dn akan keluar insyaAllah..

itula mereka.. pewaris dunia yg ... bakal kelak.. adeii

dri UTM smpai UMS isk2.. termasuk sy sendiri..

bilala kita dijemput balik pulang ke "kampung halaman" kita ni, rindunya~ aiks layakkah kepada akhirat kelak?

Ati ini pERlu dijag@

Assalammualaikum and salam kesejahteraan sejagat.

Macam nak tulis sesuatu, entahlah.. sejak balik kl ni aku rasa tensen ntah kenapa. (ayat pun tak betul isk2)
aku rasa mcm nak tulis sesuatu lg, entahlah.. td baru seharian.. aku dah rasa mmg bnyk keja ku.(aih bese ar bdk U kn)
aku rasa sgt tak tertulis, entahlah.. aku baru perasan ati ku berubah, takut aku termakan ati.(iskkk susah btul nak jaga ati)
inikah yg ku tulis, entahlah.. dah hampir pagi ni, aku tetap maw meluahkan sesuatu.(hee nape nak bgtau seluruh dunia plak)

Bolehkah aku kembali kepada fitrah..(tlg doakan aku ya)

sama2 kita menjaga ati...

aih asaimen macm bnyk, tapi keje2 persatuan dan itu ini pun bnyk gak aih~~

mgknkah kita tensen sbb kita kesah tentang sesuatu? hee klu mcm ni aku nak kawen la hahaha adeii

ari tu aku gi kl sbb mak ayah aku dtg hee.. diorg beli2 barg utk kawen aku akak aku hehehe.. bnyk kitaorg beli.. cadar la.. baju isk2 (baju aku satu family, seragam taw), pastu cenderamata hee dn len2 .. smua bleh di dapati d jln TAR tu hee ada tu satu kedai murah2 je hehe

ps aku takde mood la nak upload gmbr tpi klu aku ada mood mmg aku dah plan nak upload gmbr hehe

pastu aih ntahlah.. tibanya aku nak balik phng smula hee.. berpisahla aku dgn makayah ku hee

pastu on way p phng.. nak lepas maran dah.. ada kete accident.. avanza terkopak.. serious aku bdk engineering pun tak paham mcmmana kete tu bleh terkopak.. tensile strength dia brapa.. mana fatigue occur.. factor of safety before failed smua aku pikirkn.. mmgkn takpaham la.. sbb aku tgk bahgian kat sebelah dia tu ok je.. taktau la yg kat sebelah sbb aku tak nmpk adeii

tapi tu klu aku tgk dri sgi engineering.. tapi yg bt aku sedey nya walaupun aku tak pasan darah kat kete tu..

ada org kata moto... mayat.. innalillahi wa illaihirojiun.. trus bulu roma aku naik ntahla mgknkah kematian tu suatu yg menakutkan aku .. sedangkan kematian itu boleh jdi hadiah kepd sorg mukmin... setakat mana iman aku ni bleh mengambil pengajaran dripd kematiaan org len,, ntahlah aku berharap ketemukan husnul khatimah.. dan begtu jgak org2 dsekeliling aku.. risau umat ini ramai yg tak taw idupnya akan kekal lama sedangkan idup ini bukanla milik kita..

jgn terpedaya dgn janji manis syaitan, semuanya dusta.. perna dgr janji manis syaitan? "muda lg, sok tua smpat lg taubat", "alah sikit je ni, bukan apa pun", "rilek ar, lama lg tu, nt bleh ar solat", "kita enjoy dlu sblm tua".. aik mcm plak aku perna dgr janji2 manis diorg ni isk2(aku bt2 je tu, taktaw la diorg ckp mcm tu hehe adeii.)

k la aku nak masuk tido.. mcm best je kn bab tido ni.. aih aku msh muda, tapi usaha ku seolah2 org tua yg lemah...

ingat ketika muda kita lah ketika kita dituntut untuk beribadah, kalau mungkin tua kita kelak sudah sukar untuk beribadah, ibadah ketika mudah inilah diambil kembali sebagai penanda aras amalan kita yang akan kekal sampai kita mati insyaAllah(aku dengar org ckp mcm tu, maaf klu silap) mean amalan pahala yang kita bt ketika sehat dlu, akan kekal dpt ketika kita sakit kelak taw..

banyak gak aku tulis tapi aku sebenarnya nak tido ni hee.. sudahlah.. bdk2 yg nak ambik result spm sok.. gudluck ye semoga Allah memberkati ilmu2 kita... bkn sijil yg dilihat dpt ilmu yg dimamfaatkan.. bkn dekan yg dilihat.. tapi ilmu yg diredhai.. bkn gelaran yg dikejr tapi keikhlasan yg dikecapi..

sukarkn kita mncapai ikhlas.. nak study kadng2.. teringat plak ngan exam, sdng kita study pattnya pada Allah.. aih inilah ujian Allah..

senantiasa la ingat Allah, senantiasala berzikir tak kira masa.... sehinggakan org tak sedar pun kita tgh berzikir..

ingat Allah dlm solat, rasai keajaiban solat... ikhlaskan diri sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara hambaNya.

k panjang plak aku tulis.. takut plak org skip je tulisan aku ni hehe.. alah besa la tu.. aku nampk tulisan kecik2 .. pastu bnyk lg tu.. mmg aku bt topic review saja la hehe adeii.. tapi kalau intro dia best mesti ada rasa terdorong utk baca dgn teliti.. bkn intro yg berunsur fitnah taw isk2..

kla.. doakan aku ya.. semoga diberi ketenangan.. ...jgn ingat pada aku ya hehe hee.. sama2 kita jg ati kita insyaAllah

Lemahnya...diriku ni

<UPDATED2.0>

its getting harder for me to think wise as time goes by... ergh..

lala... singing might be nice, but erkh .. oh well

mari kita recap skrg, ya sy taw sy mmg lemah,

"Ya Allah tolonglah hambaMu ni dalam menghadapi ujian hidup yg tidak berkesudahan."

ada sape nak kawen ngan sy tak? hehehehehe arghh

setaw sy la.. klu ada sorg lelaki yg sekufu.. melamar sorg ppuan, maka jika tidak punya halangan, maka seharusnya dipercepatkan perkahwinan itu, jika tidak maka fitnah dn kerosakkan yg besar akan berlaku??? (mcm tu ar yg sy ingt)

so skrg ni kn, zmn fitnah... tgk sjlah bermaksiat tu lg mudah dripd bt benda2 halal... kawen pun susah tapi klu maw berkapel2 hari2 pun bleh tukar2.. mcm tiada maruah sj diorg ni, tapi mmg pun bukanka berkapel tu tak bermaruah sdngkan berkapel tu mendedahkan mereka kepada bahaya zina yg bleh merosakkan masyarakat. sedngkn menetapkn cinta kita kpd sesuatu yg blum tentu dn tidak halal bg kita, kemana seharusnya cinta ini pergi dlu? so fikir2kn sjlah... klu gatal sgt kawen sjlah.. biar la nikah gntung(kawen dlu .. nt ada duit bru bt wali, bkn susah kn??? klu korg serioud ttng si dia ;p)

sebgai tmbhan, sekufu disini, merujuk kpd persamaan2 yg jelas lagi telus, dimana satu titik persamaan antara kedua2 pasangan, dimana sesuatu persamaan yg mengikat kedua2 pasangan dripd tidak sealiran, sefikrah..

persoalan tentang sekufu ni, bnyk sgt dihuraikan oleh ulama, boleh jd dlm hal2 manhaj, mazhab, keturunan, kekayaan, akhlak dan sebgainya.
ataupun ada jgk mengata tentang kafaah, jgk merujuk kepd sesuatu persmaan tertentu dlm segnap aspek2 tertentu agar terjalinnya hubungan yg lebh harmoni... insyaAllah.
walaupun terdpt dalil sekufu ka atau kafaah ka, atau sekurng2nya merujuk kpd dua perkara ni, namun ini bukanlah syarat sah nikah tu, tapi cuma skdr pertimbngan yg wajar..

dtmbh lg, kafaah ni, jgk merupakn hak sorg wanita dn wali, sama hendk atau tdk dinikahkn kepd sorg lelaki, yg mgkn tdk sekafaah, iaitu tidak bersesuaian dgnnya.

tapi berbalik pd persoalan diatas, mgapa perlu menolak lamaaran? atau mgkn terdpt agenda2 lain? .. sharusnya lebh awal lbh bgs, tapi seeloknya yg ingin melamar ni pikir2la dlu sblm melamar isk2, bt penyelidikn(chewaah mcm r&d plak hehe) jgn bt benda2 terburu2... nt sperti yg sy fahami.. fitnah dan kerosakkan besar akn berlaku... itu pun sy tak pasti hee sy dah lupa mana sumber benda2 mcm ni..

perlu diingatkan,

Jika datang kepada kalian seorang laki-laki yang kalian ridha terhadap din dan akhlaqnya, maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kalian tidak melakukan yang demikian, maka akan terjadi fitnah diatas muka bumi dan kerusakan yang besar. (status hadis:tak pasti)


adeii tak da ar ni skdr perkongsian ilmu yg entah dr mana sy pelajari adeii..

ok abis bab kawen skrg... bab kiamat

tensen gilak aku ni.. adalah aku dgr2 dri bdk2 yg expert agama ni.. yelar
diorg ni mmg expert gilak la.. bleh gak main agak2 bila nak tawbuat, adakn entah apa tu artikel kiamat menantang ntah bnyk sgt diorg sebar2 diserata tanah air, ntahlah perkara bgni klu tak dibndung ... hncur umat kita... tgk sjla...

wujud golongan yg yakin kiamat tu tahun sekian2 padahal... bila2 masa sj boleh kiamat, yg sudah cukup pasti bagi kita umat ISLAM ialah "kiamat itu sudah hampir" dn ayat2 alquran dn hadis sahih yg telah menerangkn akan kejadiaan di ari kiamat kelak, cukup smpai sana, tak perlu kita ckp oooh tu meteriot maw landing sudah baru maw taubat,,, kesian taw artikel ni telah menyesatkn lgi golongan ini yg tidak punya kepandaian agama... jd klu nmpak artikel ni, jgn sebarkn, jgn percaya pun,, tekan ja butang delete atau close, sekian

ok2 skrg kita msk bab ujian..

bknlah ujian yg besa korg bt di dewan peperikssaan tu, tapi ni ujian yg lagi satu

terdpt dua golongan, satu golongan yg sedar.. satu lg golongan yg lalai.. dua2 golongan ni mendapat ujian yg hebat dripd Allah..

golongan yg sedar diuji utk menunaikn tanggungjawabnya dn mengekalkn.. manakala glgn yg lalai ni uji utk keluar dri kelompok lalai ni

kita perlu paham, mereka yg lalai ni mgkn di uji oleh Allah, dgn lahirnya mereka dlm suasana keluarga dn persektrn yg tidak paham pntngnya idup beragama, mgkn jgk suatu detik dlm idup yg mana mereka gagal memilih utk keIslaman akhirnya hanyut bgtu sj.. bg yg sedar shrusnya.. mjlnkn tanggungjawab msng, walaupun sy ni glngn diantara keduannya, terselit dlm ati utk membntu tapi sering kali mengalah ntahlah..

mgknkah iman yg terbina selama ini palsu???

"Ya Allah tolonglah hambaMu ni dalam menghadapi ujian hidup yg tidak berkesudahan."

kita masuk bab boikot skrg ni, sbnrnya msh lg msk bab peduli palestin

sy phm sy tak lah sekuat mereka, biarpun berpuluhan thn berada bumi yg tidak perna reda dgn keganas, sy bukan hambaNya yg soleh, lg pantas berjihad tapi sekurng2nya sy berusaha utk mencari keredhannya setelah hanyut...

sy ada bt sedikit penyelidikn tentng hakikat boikot ni, kdng2 sy rasa sdey jgak dgn bdk2 akak2 abg2 pkck2 mckck2 kita yg bkrja di bawah jenama2 boikot ni, mcm manala idup diorg dikala gawat skrg ni, bolehkh?

persoalannya disini sbnrnya terltk, pd akidah kita, yakin kah kita bahawa rezki tu dtgnya drpd Allah? yakinka kita bhwa idup mti kita semuanya dlm tangan Allah? klu kita yakin.. kenapa kita takut berjihad? sedangkn yg mematikn kita itu hanyala dlm ketentuan Allah dn bukan peluru zionis yg mematikn kita; dn yg memberi rezeki itu bukan la company2 proksi2 zionis tapi semuanya dripd Allah jg.

walaupun sy berkata bgtu, tdk jgk sy berani kemedan perang, tidk jgk sy berani berbuat apa2... mgkn iman ini msh perlu diasa bkn bgtu?

apa yg sy tmbh khuatir adalah umat skrg ni, bru td sy lawat satu forum , yg rata2 mgkn golognnya berpendidikn, mgkn ilmu agama tu ada, tapi cara mereka menulis pada forum tu, bolehlah kita tafsirkn akhlak dn mentaliti mereka, cara penulisan yg kurg beradab la katakn, pnuh dgn kekotorn, walaupun bkn semua dlm forum tu bgtu tapi ini smua bleh mencemarkn Islam .. aih entahlah..

mmg kita patut menunjukkn kemarahan tapi biarla kena dgn akhlak Islamiah, sahabat yg yg tidak pernah dlm hatinya berjihad dgn sebab marah dgn dendam tapi kerana teguhnya keimanan kepda Allah.

rasanya tu jer kut,, aku taktaw la nak tulis pe...

"khoibar khoibar ya yahud, jaisy Muhammad saufa ya'ud"!
"khaibar khaibar ya yahudi, tentera Muhammad s.a.w akan kembali"!

ps ambik la peduli tntang nasib saudara kita, kerana peduli tu jgak tanda keimanan.

"Ya Allah tolonglah hambaMu ini mengharungi cabaran dugaan hidupnya"

Mana Silapnya

Mari kita pelajari sejarah untuk perbetulkan kesilapan lampau dan akan datang.


Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah

Kalau gagal memain video tersebut, rujuk sini Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah

Video tersebut banyak membuatkan Saya terfikir, entahlah mana silapnya, apa mungkin semangat kebangsaan, semangat perkauman, semangat nasionalism atau mungkin kekayaan dunia?

Banyak persoalan timbul, kesan-kesannya jelas, bentuk-bentuk kezaliman juga jelas. Sudah pasti, semua kita tidak ingin semua ini berulang. Tapi melihat kepada usaha kita pada hari, seolah-olah membenarkannya.

Zikir - Fikir - Amal

Mungkin benar perubahan perlukan pengorbanan, tapi bentuk perubahan yang macam mana perlu untuk pengorbanan? Sama2 kita pikir2kan.

Wallahu'alam

Cahaya Harapan?

Dimanakah kita ketika ini disaat saudara kita dalam ketakutan? Sedapkah nasi yang kita makan di saat saudara kita kelaparan kedahagaan meniti hari malam dengan bedilan yang tak henti-henti.

Apa ada lagi harapan, disaat umat berpecah belah? Yang kaya buat tak tahu, mereka lebih gemar membuat bangunan tinggi mencecah langit, atau mungkin tasik di tengah padang pasir yang kering kontang.

Beginikah saudaraku? Napa gerak kaki ini begitu sukar melangkah keseberang, tatkala pintu masuk di hadapan. Apa mungkin kecintaan kita akan hidup lebih dari syurgaNya.

Inikah umat akhir zaman.

Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan , Iraq , Chechnya, selatan Thailand, selatan Philipine, barat China serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah kami, lindungilah kami.


Maklumat lanjut disini:
Aman Palestin
Palestin Kini
Palestine Info

Sedih gak, kenapa lah, muka2 ini punya cita2 esok ari yg penuh bermakna, tapi hayat mereka tak lama utk kecapi sesuatu, Allah berkehendak sesuatu untuk mereka, ini adalah yang terbaik, mungkin baru sekrng kita sedar, itulah nikmat keamanan, walpun kta prnah alpha seketika dn mgkn akan alpha kelak, ingat2la tntng nikmat ni, peringatan ini utk diri sndiri jgak.

Eid al-Adha

Assalammualaikum :)

Raya aidil adha dah isk2 hehe nak jugak tulis2 sesuatu kat sini hehe

ada tiga pengorbanan:

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s mentaati perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s dan kemudiannya ditebuskan kepada Kibas, sebagai anugerah mentaati perintah Allah.

Pengorbanan Nabi Ismail a.s mentaati perintah Allah untuk disembelih, Sesungguhnya Nabi Ismail adalah daripada kalangan orang-orang yang bersabar dan berserah kepada Allah.

Pengorbanan Siti Hajar (Isteri Nabi Ibrahim a.s) sebagai isteri yang taat pada perintah Allah, walaupun ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir bersama Nabi Ismail a.s yang masih lagi kecil ketika itu, beliau tetap taat akan perintah Allah dan suaminya Nabi Ibrahim a.s.. Selain itu beliau juga diuji apabila kehabisan bekalan makanan.

Begitulah ujian dan dugaan Allah kepada hamba-hamba yang beriman. Semoga kita dapat mengambil mengajaran daripada kisah-kisah tersebut, insyaAllah.

p/s: Mungkin saya tertinggal sesuatu atau terlebih sesuatu, maafkan saya atas kesilapan itu.

Salam Aidil Adha kepada mengunjung2 blog ku ni hee, bkn aku yg kawen tu hehe

Keutamaan Niat

Niat kita.

Tetapkan niat kita, betulkah niat kita dikala ini, adakah betul niat kita kepada Allah semata-mata. Kerana niat ini menentukan penerimaan Allah terhadap segala Amalan kita.

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template