Tambahan

Jangan Mudah Percaya

kadang2 mungkin kelemahan orang lain lebih jelas daripada kelemahan kita.


aiks.. susah manusia ni kan.

aku teringat semalam, akan makanan hati. Ingat itu makanan hati. Ingat apa pula? Zikrullah. Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat Nikmat.

mungkin aku selalu lupa...

kawen tak selesai lagi ni hehehe adeii
ayah aku tanya, bila maw balik ni? 28 ke 21? 26 tu maulid kan ke silap, tapi cuti start dari 13 hingga 21, dan 26 tu insyaAllah abg aku kawen hehe, ntahlah diorg, aku taktaw sgt hehe adeii.

aku tak kesah pun ponteng haha, tapi klu ade test mcmne? klu ade quiz? ade project? aiks tambah lagi dgn aktiviti underground kami hehehe adeiii

start januari, dah sibuk, mgkn sibuk PRK hehehe, pastu sibuk dgn hmn....
adeii aku syllabus usrah dan buku2 tak baca lagi ni adeii... 24 ni insyaAllah terbang dah... hee

mcmne fiqh haraki boleh jana muslim yang mantap?
adeii

aku nak kongsi sikit msj yg aku dpt smlm huhu
kenape antar kat aku plak? adeii aku bkn ustaz hehe

"salam shahrizal, aku ade terbace pasal dentuman kuat yg berkaitan dgn ngauman dajjal baru2 ni, ulama kiaskn betul ke cite ni?"

erkk? cite pe ni? aku tak pernah jumpa pun hoho.
first things first, seperti biasa aku buka pakcik google hehe klu nak guna imhalal.com pun bleh promote sikit hehe

search lah, dentuman kuat dajjal, keluar cite gempa bumi huhu
ooh ini plak citenya, ada jgk kaitan dgn surat berantai, pastu cite2 yg berkaitan.

daripada pahaman aku, sungguhpun aku bukan ustaz, aku balas jg lah msj tu,

"Wassalam, secara jujur aku tak pasti, tapi, klu dikata ulama, ulama mna pula yg kiaskan benda ni, lepas tu, beliau kiaskan dgn apa pula, sahih ka, pndpt aku, slalunya hal ini sering dkaitkan dgn kejadian yg benar brlaku, d situ kita kdng2 trtipu, kena rujuk hadis tntg dajjal blk."

entahlah weh, dari dulu sampai sekarang, banyak saja penipuan berlaku, pasal benda ni aku tak pasti, aku tak jumpa lagi cerita yang sebenar dan hadis yang mana yg dikiaskan oleh ulama tersebut.

apa yang aku kesal, selalunya hal2 ini sering kali dijadikan modal oleh kelompok2 yg bertopengkan agama, mereka mengunakan nama2, kejadian2 tertentu ataupun ayat2 tertentu untuk tujuan mereka.

benda ini bukanlah perkara baru, penipuan atas agama sudah pun berlaku sejak.. sejak bile ye? hehe, isk2 seyes2. Apa yang paling obvious ialah penipuan terhadap Allah dan Rasulullah, kalau mereka guna nama Allah dengan mudah saja kita mencari bukti daripada Al-Quran. tapi dalam permasalahan mengunakan nama Rasulullah, aku sukar sikit, sebab bukan semua orang khatam hadis, dan jumlah hadis amat lah banyak. Alhamdulillah ramai ulama telah membongkar penyelewengan yang berlaku serta dibukukan.

kadang2 kita boleh guna Al-Quran untuk detect penyelewengan hadis. sebab Al-Quran dan hadis yang Sahih tidak mungkin bercanggahan. tapi klu rujuk Al-Quran, bukan hanya terjemahan, malahan syarahan oleh para ulama muktabar, bukan syarahan kita sendiri, boleh jadi syarahan kita itu nafsu je lebih, kenapa nafsu je lebih? mudah je sbb kita bukanlah ahli, bayangkan berapa banyak disiplin ilmu yang ulama perlu kuasai untuk menjadi ahli fiqh? ingat senang ke? sampai kene belajar kesusasteraan Arab(klu aku tak silap), kita plak tengok terjemaah Quran, ooh dah paham dah, ni salah tu pun salah, blah, itu lah nafsu, pada pendapat aku.

Tapi sekarang agak sukar sedikit, ada orang nak berugama tapi jahil, apabila orang (dengan kepentingan) yang memberitakan sesuatu semacam ancaman dan kebaikan, golongan yang nak berugama ini terasa hati lalu tersungkur kepada orang2 yg berkepentingan ini.

kebanyakkan orang2 yg berkepenting ini kemungkinan jahil atau berkepentingan.

Jahil? ini disebabkan mereka mengikut orang2 tertentu secara membuta tuli tanpa menyelidik, mengkaji kebenarannya.

Berkepentingan? cara selalu merahsiakan kebenaran yang menafikan mereka, selalunya menutup yang bathil dgn yang haq. sebab tu kadang2 orang tak perasan penyelewengan yang berlaku.

contohnya: kebanyakkan surat berantai, ceramah dan mcm2 lg yang aku temui/sedari, terdapatnya 2 benda ni jahil atau berkepentingan ataupun keduanya sekali. atau lagi teruk aku yang jahil dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya.

apa2pun kita balik semula mencari kebenaran dari Al-Quran dan Hadis.

aku sedari bukan setakat itu, malah lebih licik lg kalau hal ini dilakukan secara brainwash atau mind control, ini ada hypothesis aku saja, aku tak pasti, tapi benda ni mungkin benar berlaku dan mungkin juga pernah dialami anda semua, mungkin kita berbeza pendapat, inilah pendapat saya.

Nak tahu macam mana?
brainwash, kalau kita dalam suatu perbincangan, orang yang ingin mem"brainwash"kan kita akan menyoalkan sesuatu dan meminta diberi pendapat, setelah pendapat itu diberi, mereka aku cuba mengunakan ayat2 mereka, seolah2 pendapat mereka lagi betul dalam keadaan ini mahu tak mahu kita aku terima pendapat mereka. hal ini bertambah teruk kalau dilakukan dalam keadaan ekstrim dimana kita keliru dan buntu, tak mampu berfikir dengan betul.

mind control pula, berlaku dalam banyak keadaan.
1. dalam keadaan mana kita adalah minoriti, kita terpaksa memilih untuk mengikut majoriti. adanya kriteria2 tertentu yang membuat kita begitu sunguhpun fikrah kita kukuh sebelum ini. aku teringat drama jepun liar game, tgk citer tu best, penuh informasi hehe (mcm) tapi seyes memang baru aku sedar rupa2 benda2 ni sudah ni kaji oleh orang lain kita saja yang tertipu.

2. dalam kes surat berantai, macam contoh dikatakan situ si fulan bin fulan tidak mengantar surat ini, keesokan harinya semua ahli keluarga si fulan bin fulan telah terlibat dengan kemalangan ngeri, dan kemalangan ini dilaporkan dikhabar tempatan, maka kita dalam mindset kita terasa seakan-akan takut dan mempercayai benda ni, padahal si fulan bin fulan mungkin tidak pernah menerima surat ini, si pengirim dengan licik mengunakan kejadiaan yang benar untuk menutup penyelewengan surat tersebut. hal ini ada kaitannya dengan akidah kita, hati2.

3. pengunaan nama Allah, Rasulullah, pangkat kedudukan keturunan dan orang2 kenamaan(boleh jd jg ulama dan sbg), kita pun dengan kejahilan percaya 100% tanpa berbelah bahagi. Boleh jadi disebabkan ketaksuban kita terhadap mana2 tokoh. Kalau kes Abu bakar dan Rasulullah boleh. Dalam ke manusia berbeza, mereka ulama sekalipun, mereka bukan maksum. Ataupun jg semua tu fitnah yang dikaitkan pada penama2 tersebut untuk meraih sekongan.

saya pernah terbaca cerita pasal imam syafie dan muridnya, muridnya membaca kitab karangan imam syafie dan menemui banyak kesilapan didalamnya, tiada kitab yang sempurna dari cacat cela melain Al-Quran, cerita ni saya terbaca kat ust zaharuddin.com kalau tak silap. ada lagi satu cerita seorang ulama yang ditegur kerana berlebih-lebihan dalam berugama, cerita ni saya terbaca dlm artikel dr asri kalau saya tak silap ingat.if i were mistaken, forgive me.

ps semua itu contoh, kita dah faham akan larangan taksub, dan semua manusia berbuat silap kecuali Rasulullah yang maksum. Saya tak pasti sangat cerita tersebut.

Maka perlulah kita selidik dulu apa yang dibicara seseorang itu, sekalipun kita kenal hati budinya, boleh jadi dia betul kita silap ataupun sebaliknya, tapi bukanlah kita orang2 yang mengikut membuta tuli biarlah BERHUJAH!

Sekali lagi saya ingin tegaskan, carilah ilmu akan benda yang tak pasti, dan jangan taksub.
Jangan mudah percaya akan kata2 orang sehingga sampai bukti dan hujah yang jelas.

maka golongan2 sufaha(aku paham, pengertiannya belum sempurna akal, bukan pada golongan2 tertentu tapi atas dasar keadaan mereka) sepatutnya lebih berhati2, mereka ini menjadi target kebanyakkan orang2 berkepentingan, sebab mudah dibentuk seterusnya lahirlah golongan taksub membuta tuli naudzubillahiminzalik.

insyaAllah kita boleh mengubahnya. harap maaf sebarang kesilapan yang aku tidak sedari atas kejahilan aku sendiri.

wala' membuta tuli, Im not alone :)

0 comments:

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template