Maaf... maaf... maaf...
kalau sekirannya mereka tahu apa yang berlaku disebalik pintu ini, tentu sekali mereka tidak akan menghormatinya. Alhamdulillah, kerana segala aib cela kita dilindungi Allah.
Dulu, aku ingat aku sudah cukup baik, seorang pun boleh hidup, rupanya aku silap!
Aku geram sangat sekarang ni! Kenapa?
Mempersoalkannya mungkin menolak takdir, tapi perkara ni mungkin berlaku pada orang lain juga. Aku tak tahu lah.
Kenapa ya?
Dengan konsep yang dipegang mereka, aku jahil hanya mengikut, bahkan SAHABATKU tidak menegurku.
Allah SWT befirman : “Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” ( Al-Kahfi : 103-105)
Aku lupa banyak, aku alpa, aku lalai.
Prinsip pertama yang aku pelajari, ketika "itu", sewaktu di matrik.
"ALLAH satu-satunya tempat kita bergantung!" maka bukan sekali-kali meletakkan makhluk pada pergantungan.
Life is none but serious business!
Percayalah Sahabatku, langkah pertama itu penting, maka perhatikanlah setiap keputusan yang dibuat, hidup kita hanya sekali, dan hanya satu untuk kita, mengapa perlu diberikan pada yang lain?
Aku tak tahulah, aku tak faham!
JANGAN PAKSA FIKRAH KAMU TERHADAP AKU!
aku mungkin sesat atau silap dipersimpangan jalan ini tapi siapakah yang lebih layak memegang KUNCI KEBENARAN yang akan membawa manusia bertemu ALLAH dengan penuh redha?
Kalau anda bernyawa bernafas dengan nikmat ini, sudah tentu anda tahu jawapannya, semoga Allah menunjukkan jalanNya.
Mungkin pada kita rasa sesuatu itu satu kebenaran! tapi percayalah Sahabatku, ISLAM bukan terbina atas fikrah manusia, tapi HUJJAH YANG JELAS daripada AL-QURAN dan AS-SUNNAH, yang persaksikan oleh SALAFusSOLEH.
Di hadapan khalayak ramai di dalam masjid tersebut, dia berdiri di atas tangga mimbar dan membuang jubahnya sambil berteriak dengan lantang, "Seperti saya membuang jubah ini, begitu jugalah saya buang semua pegangan saya dahulu". Al-Ash'ari pada ramadhan 299/912.
Ingat senang nak jadi Ghuroba'? Fikir-fikirkanlah, keadaan Iman Abu Musa Al-Ash'ari ketika itu.
Semoga sedikit catatan ini, dapat dijadikan manfaat yang berkekalan.
ps sudah lama tak menulis, maaf, banyak perkara berlaku, ditambah kesibukkan dunia. macam2lah. mungkin aku perlu masa untuk mendiamkan diri ini tatkala hati masih bermasalah.
aku meminta pembaca menerima, tapi tuntutlah ilmu.
Terima Kasih kerana memahami.
Tambahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment