dalam riang ria hari raya, sibuk pula, mak aku carikan jodoh ni hehe...
Tambahan
3 jenis puasa:
- puasa orang awam: menahan lapar dan dahaga sahaja.
- puasa khusus: menjaga penglihatan pendengaran percakapan dan perbuatannya daripada maksiat serta menahan daripada perkara2 membatalkan puasanya.
- puasa khususul khusus: menjaga hatinya, yakni menjaga keinginan dan kemahuannya yang tak sepatutnya semasa berpuasa.
- Was2, alah di bt kta was dgn amalan kta ni
- Dendam, diorg kasih tambah panas la gtu hehe
- Sombong, mengalihkan pipi?
- Angkuh, cara jalan kta jgk bleh jd mcm gtu? tapi jgn terlalu tunduk nt jatuh isk2
- Riak, alah mcm biasa... suke kene puji... sticker pun nak dpuji hehe adeii
- Solat berjemaah
- Solat Taraweh
- Tadarus, Membaca, atau Menghafal Al-Quran
- Ikut Majlis Ilmu/Tazkirah
- Istighfar
- Muhasabah
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Witir
- Bersahur, Makan lewat2 bkn 12 tgh malam isk2
- Zikir dan Doa hingga Subuh
- Qiamulai
- Berdoa sebelum berbuka
- Berbuka dengan kurma
- Iktikaf
Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana
kecek arab sikit ari ni wee :)
Posted by srzal Labels: Hidupku, Pemikiran, Pengalaman, Realiti, Sayahmn ni hj.. ni yg bnyk bini tu kn hehehehe adeiii
mari warnai kehidupan kita
Posted by srzal Labels: Pemikiran, Pengalaman, Realiti, Tarbiya, Tazkirahweeeeeee aiks... aku pening!!!
hehe
Hidup ini perlukan perubahan. Komunikasi merupakan aktiviti wajib setiap yang hidup dalam masyarakat. Masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang boleh memahami antara satu sama lain dan boleh bertolak ansur antara satu sama yang lain. Inilah jenis masyarakat yang kita harap dalam masyarakat kita hari ini.
Komunikasi sosial inilah satu cara dimana kita boleh memupuk suatu masyarakat yang umumnya boleh memahami antara satu sama lain. Kalau kita sudah dapat memahami antara satu sama lain, maka khilaf boleh dikurangkan, kita akan dapat lebih peka terhadap satu sama lain, selain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Namun perlu difahami, adanya faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan dan interaksi ini. Kami melihat ini semua dari segi psikologi. Psikologi merujuk kepada perilaku manusia itu tersendiri. Maka apabila kita boleh membimbing psikologi yang membina dalam masyarakat. Masyarakat itu akan lebih terbuka dan membina dalam komunikasi sosial ini.
Justeru, manusia seharusnya mengelak daripada menimbulkan provokasi, pertelingkahan, bertikam lidah, dan cari perbezaan antara kita. Sesungguhnya manusia itu berbeza, memang perbezaan ini membezakan kita supaya kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain. Komunikasi sosial ini memberi ruang antara kita supaya lebih mengenali antara satu sama lain sungguhpun berbeza dari segi adat, budaya, agama dan sebagainya. Faktor-faktor psikologi yang negatif seharusnya dihakis daripada diri agar komunikasi sosial ini akan lebih efektif dalam membina sebuah masyarakat mahupun tamadun yang lebih sejahtera dan bahagia.
Sambung daripada Komunikasi Sosial.
Perkaitan komunikasi sosial dengan isu-isu semasa dan perkaitannya dengan psikologi. Bila mana kita memperkatakan akan komunikasi mestilah merujuk kepada interaksi, manakala sosial berkaitan akan kemasyarakatan dan psikologi pula berkaitan tingkah laku, pemikiran, emosi dan apa-apa yang tertumpu kepada kemanusiaan dalam aspek ini.
Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa kepentingan komunikasi sosial akan lebih berkait rapat terhadap perkembangan psikologi manusia itu sendiri. Melihat kepada perkembangan isu-isu mutakhir, isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, keberkesanan sistem ini perlu dilihat daripada aspek komunikasi sosial, sebagai contoh psikologi yang tertumpu kepada individu-individu yang terlibat dalam sistem.
Manusia akan lebih terkesan dalam sesuatu perkara jika mereka lebih faham akan sesuatu, tetapi jika mereka kurang faham akan sesuatu, psikologi pemikiran mereka akan terbantut akibatnya mereka lebih cenderung untuk tidak memahami dan mengambil minat yang mendalam terhadap sesuatu. Begitulah kesan daripada pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, ramai pelajar-pelajar yang kurang mahir dalam bahasa inggeris tercundang, akibatnya, asas kepada ilmu sains dan matematik tidak dapat disampaikan dengan baik kerana psikologi mereka telah terganggu untuk menimbulkan minat serta usaha untuk memahaminya.
Selain itu, aspek komunikasi sosial juga penting dalam merapat hubungan antara kaum, penganut berlainan agama dan jurang politk dan sosial. Kebolehan komunikasi sosial boleh memain peranan sebagai dialog yang menerangkan perbezaan ini, seterusnya memain peranan dalam mengukuhkan aspek psikologi dalam masyarakat tersebut.
Sebagai contoh Malaysia, penggunaa satu bahasa, iaitu bahasa melayu dapat merapat hubungan antara kaum yang pelbagai dalam negara ini. Ini kerana komunikasi sosial yang berkesan adalah komunikasi yang boleh difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Jika komunikasi terjejas, semesti masyarakat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Hal ini, boleh menyebabkan psikologi yang buruk terhadap individu-individu tertentu apabila berhadapan dengan orang-orang di"luar" kefahaman dan kelompok mereka.
Jika hal ini terus berleluasa mereka akan cepat iri hati dan syak terhadap kolompok-kolompok yang berlainan ini sungguhpun mereka ini hidup dalam masyarakat. Namun ada juga perkara yang sukar difahami sungguhpun mereka berbahasa yang sama. Ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa yang seringkali di salah faham. Oleh itu, peranan komunikasi sosial ini penting dan seharusnya sesebuah masyarat lebih berperanan untuk menggunakan satu bahasa bagi mengurangkan salah sangka dalam masyarakat.
Namun keadaan dalam negara ini sejak kebelakangan ini lebih terjurus untuk berubah kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ibunda. Akibat bahasa melayu akan lenyap atau mungkin hanya sekadar subjek pelajaran bukan untuk tujuan praktikal, segolongan masyarakat dalam negara ini akan terpinggir dan normalisasi norma-norma sosial dalam masyarakat akan tergugat berikut akan terjadi pecahan dalam masyarakat yang membatasi kesepaduan pemikiran dan saling memahami. Seharusnya, punca-punca dibenteras bagi melindungi kesejahteraan sosial dalam negara ini.
seriously i had no idea things that i wrote T_T, seem as if i understood well, but the sentences ... seem in order but ahhh no its not T_T oh well.. nevermind.. thats what just who i am..
Komunikasi sosial adalah interaksi yang berlaku antara kita dan manusia. Sememangnya kita adalah manusia, seringkali melakukan kesilapan tatkala berhubungan antara satu sama lain. Interaksi ini mungkin saja terjadi dengan sengaja tanpa disedari atau pun disegajakan. Tapi yang pasti interaksi mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. Justeru, kemahiran komunikasi sosial ini penting bagi menjaga perhubungan dan interaksi kita sesama insan agar dapat mencapai kebahagian yang azali dunia akhirat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, komunikasi yang efektif perlu kepada 4 faktor, iaitu:
1.Penyampai.
-Verbal.
-Tak verbal.
-Penulisan.
2.Penerima.
3.Bahan yang disampaikan.
4.Medium perantara.
Jelas sekali, faktor-faktor ini lebih tertumpu kepada manusia. Manusia adalah faktor yang boleh merubah keadaan dalam komunikasi. Kita pahami bahawa manusia ini sering kali dipengaruhi dengan faktor emosi, ilmu, persekitaran, dan sebagainya. Maka jelas sekali, ini semua adalah faktor-faktor psikologi pemikiran manusia terhadap persepsi mereka ketika berkomunikasi.
Jam sekarang 1.44 pagi(setakat penulisan ini); ulasan topik: Komunikasi sosial; judul buku: Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial, tingkatkan diri anda dalam kerjaya, Tatacara diri & Etiket sosial, oleh Amin Hazya.
Ciri Psikologi 1: Memahami Manusia
Dalam interaksi harian, kita seharusnya lebih peka terhadap persekitaran di sekeliling kita. Tapi persekitaran yang lebih dinamik dalam kehidupan kita adalah manusia. Tidak mungkin manusia itu tidak berubah kecualilah dia ada seorang yang tinggal seorangan tanpa sebarang interaksi. Maka dalam keadaan kita berinteraksi dan bersosial dengan sekeliling, seharusnya kita memahami mereka sebelum memulakan interaksi yang efektif.
Kita seharusnya mengikut rentak dan kaedah yang selarian dengan mentaliti mereka. Mungkin mereka ini lebih cenderung akan sesuatu hal tapi terdapat juga perkara-perkara kontra yang semestinya dielak bagi mengelak daripada kita terlanjur bicara dan mengeruhkan keadaan.
Lebih baik diam daripada berkata. Diam itu lebih baik dalam situasi di mana kita tidak dapat mengikut rentak orang-orang yang kita berinteraksi. Dalam interaksi verbal yang bersemuka, seeloknya kita bersenyum dalam kalangan yang sama jantina bagi mengeratkan kemesraan, dan mendengar dengan penuh ketelitian, seolah-olah mengambil berat akan setiap tutur yang diperkatakan.
Manakala, yang menyampaikan maklumat itu seharusnya bersederhanalah dalam berbicara, kerana melampau dalam semua hal adalah dilarang kerana melanggar fitrah. Manusia lebih selesa dengan kesederhanaan, elakkan berlebihan.
Berakhlah dengan berbicara. Akhlak yang baik akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan orang lain. Akhlak yang baik ketika berbicara boleh merapatkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Emosi manusia boleh berubah ketika bersama dengan orang-orang tertentu, mereka mungkin lebih rimas ketika berada dengan orang yang melampau dan tidak tahu berakhlak dalam interaksi. Walaupun kita mampu untuk meneruskan perbicaraan dan interaksi itu, tapi interaksi sedemikiaan tidak akan kekal, kelak kita akan bersendiri dalam dunia sendiri.
Konklusinya, pilihlah topik perbualan yang sederhana, dan diketahui oleh semua orang. Agar mereka berasa selesa dalam emosi yang seronok bersama dengan kita. Jangan melampau dalan perbicaraan dan interaksi tersebut.
Ciri Psikologi 2: Kebebasan Manusia
Dalam buku ni, penulis membentangkan akan kelonggaran yang diberi untuk manusia supaya boleh memilih. Contohnya untuk memilih untuk menghadiri atau tidak ke majlis perkahwinan. Manusia yang diberi kebebasan ini dapat membebaskan emosinya daripada terdesak untuk melakukan sesuatu.
Cengkaman merupakan suatu ganggu psikologi, dimana manusia akan terasa terdesak jika mereka kesah dan juga jika sesuatu perkara tersebut mempunyai kepentingan terhadap diri mereka. Jika kepentingan ini semua dilanggar dan menyebabkan suatu yang tidak diingin dan tidak sukai, tekanan emosi akan berlaku seterusnya menganggu psikologi mereka.
Ganggu ini akan menyebabkan manusia lebih terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, maka akan menganggu rentak berinteraksi dan bersosial yang sepatutnya diutarakan ketika berada dalam satu perhubungan. Tambahan pula, jika perhubungan ini agak lama, ganggu emosi ini akan menganggu pemikiran seseorang untuk membebaskan diri daripada terus terseksa akan emosi tersebut.
Sebagai contoh Pak Abu terpaksa menambah makanan yang hampir habis dalam majlis tersebut, mahu tak mahu, Pak Abu terpaksa menambah jumlah makanan kerana bagi melaksanakan kepentingannya terhadap keperluan tetamu. Disini berlaku ganggu emosi, apabila dilihat makanan yang banyak telah dibazirkan oleh tetamu yang datang sedangkan makanan itu seeloknya diberikan kepada yang memerlukan, Pak Abu kecewa, inilah emosi yang timbul ketika itu.
Keterpaksaan menganggu emosi, tapi kalau mungkin makanan yang dibazirkan itu tiada, mungkin sekali Pak Abu akan berasa selesa untuk menambah makanan lagi. Lebih selamat dunia akhirat.
Ciri Psikologi 3: Fizikal Manusia
Dalam buku ini, membincangkan akan kelaparan, manusia yang lapar akan lebih agresif dalam tindakan. Permasalahan ini bukanlah masalah tidak cukup makanan, tapi mereka sebenarnya dicekam daripada makan makanan yang memang ada untuk mereka.
Cara bersosial yang baik ada dalam kesederhanaan. Jangan biarkan perut terlalu lapar biarpun makanan percuma akan terhidang untuk anda. Mungkin jika kita telah dipaksa untuk menunggu makanan percuma dalam perut yang lapar, akan menyebabkan kita merota-rota mengidamkan makanan tersebut. Manusia dalam keadaan ini terganggu emosi dan psikologinya. Seterusnya bertindak tanpa kewarasan yang sewajarnya.
Kewajaran manusia ini berbeza mengikut keadaan, mungkin pada pandangannya sesuatu itu wajar pada tika itu dan keadaan dirinya ketika itu, tapi orang lain akan berasa pelik akan keadaan ini. Tatkala itu, jika diberi peluang untuk berfikir kemudiaan dalam keadaan yang berbeza, kewajaran itu seolah-olah bertentangan dengan kewarasan dominan sejagat.
Oleh kerana itu, fizikal seseorang itu boleh mempengaruhi keputusan, emosi dan psikologi seseorang. Hanya orang yang tahu apa itu akhlak dalam kesabaran saja dapat mengharunginya.
Bersambungan ari sudah malam.. malam sudh tiba.. mata perlu tidur.. kerna esok ibadah lebh mulia.. doakan ku berjemaah.. klu baik .. tlg kejutkn dlm doa mu insyaAllah...
pastu balik bilik hee terkunci.. adeii.. dah nasib badan.. selalunya saya gi mandi jap sblum solat isya'.. aik pastu balik bilik lg takde org lagi hee.. then tggu2.. pastu aik.. baik rehat2 kat masjd hee.. then jumpa bdk2 ni.. citer ar sikit pastu ada sorg sahabat ni ajak g makan hee.. terbaek hehe mkn benda yg sama gak isk2
pastu mkn2 di tepi tu.. citer2 sikit.. aik.. ramai plak org bt aktiviti kat sini mlm2 ni isk2.. ok la.. saya pun balik wee.. tgk2 alhamdulillah mereka dah balik.. masuk bilik cek msj.. isk2 call.. ni mesti kes titas ni hehe
kami akn membentangkn tajuk clash.. tapi bukan sebarang clash(tdk terkecuali clash kapel2 hehe) tak tu clash merepek isk2.. tak kawen lg dah clash2 isk2 dah kawen kelak mcmne la idup ye.. hee naudzubillahiminzalik
clash yg kami nak ceritakn ialah.. Pertembungan Ketamadunan.. ini lah clash antara tamadun.. persoalannya.. adakah clash ini suatu yg positive.. bila mana g#^%#$#(saya lupa nama dia) yg bt video "Fitnah" tu, dia menggambarkan seolah-olah Islam ini merupakan suatu halangan.. mungkin dasar dan intipati dalam Islam ini menghalang mereka dalam acuan2 mereka..
tapi pada hakikatnya.. Islam bukanlah halangan.. apa yg cuba dibawak oleh Islam adalah fitrah.. klu kita lihat sebenarnya fitrah ini adalah sifat, tingkahlaku, akhlak dan sebagainya akan kemanusiaan.. manusia itu wujud dlm fitrah tapi dicemari atas acuan yg dikenekn... bukankah.. bayi yg lahir itu suci seperti sehelai kain putih.. tapi ibubapa atau org disekitarnya la yg mecorakkannya..
jd Islam sebenarnya bukn la halangan kepada kemajuan.. halangan kepada agama lain, tamadun lain.. hubungan ini adalah interaksi yg positif kearah melahirkan manusia yg berjiwa murni dn bahagia dunia akhirat..
kenapa perlu Islam? kenapa tidak? agama2 lain.. Islam adala agama yg boleh bertolak ansur terhadap agama2 lain selagi mana mereka ini tidak melanggar fitrah, fitrah juga merupakan ajaran nabi2 yg terdahulu... perlu ditekankan bahawa setiap agama ini tidak sama.. sebb tu IFD (interfaith dialog, sabtu ni di UMP jgn lupa dtg.. tpi yuran mahal la hehe kedekut btl) di anjurkan bagi menjelaskan agama2 ini, kerana tidak mungkin agama2 ini sama.
aik aku ni dah lebih, sebenarnya aku nak tulis pasal "kewujudan" tapi lain kali la kan hehe
sebenarnya dah pukul 4.50 pagi(setakat penulis ketika ini) ni isk2.. aku rasa sgt rugi sejak kebelakangan ni.. aku tak nak rugi lg.. biarla aku rugi dunia.. jgn la aku rugi akhirat.. sungguhpun begitu bukanla dunia ini dbuang begitu sedangkan dunia ini jugakla mgkn jln aku ke akhirat.. bkn bgtu sahabat2 ku?
but why do I struggle fighting a lossing battle? its useless.. what a sad end for those who strive for world which would end by his own dead..
Assalammualaikum and salam kesejahteraan sejagat.
Macam nak tulis sesuatu, entahlah.. sejak balik kl ni aku rasa tensen ntah kenapa. (ayat pun tak betul isk2)
aku rasa mcm nak tulis sesuatu lg, entahlah.. td baru seharian.. aku dah rasa mmg bnyk keja ku.(aih bese ar bdk U kn)
aku rasa sgt tak tertulis, entahlah.. aku baru perasan ati ku berubah, takut aku termakan ati.(iskkk susah btul nak jaga ati)
inikah yg ku tulis, entahlah.. dah hampir pagi ni, aku tetap maw meluahkan sesuatu.(hee nape nak bgtau seluruh dunia plak)
Bolehkah aku kembali kepada fitrah..(tlg doakan aku ya)
sama2 kita menjaga ati...
aih asaimen macm bnyk, tapi keje2 persatuan dan itu ini pun bnyk gak aih~~
mgknkah kita tensen sbb kita kesah tentang sesuatu? hee klu mcm ni aku nak kawen la hahaha adeii
ari tu aku gi kl sbb mak ayah aku dtg hee.. diorg beli2 barg utk kawen aku akak aku hehehe.. bnyk kitaorg beli.. cadar la.. baju isk2 (baju aku satu family, seragam taw), pastu cenderamata hee dn len2 .. smua bleh di dapati d jln TAR tu hee ada tu satu kedai murah2 je hehe
ps aku takde mood la nak upload gmbr tpi klu aku ada mood mmg aku dah plan nak upload gmbr hehe
pastu aih ntahlah.. tibanya aku nak balik phng smula hee.. berpisahla aku dgn makayah ku hee
pastu on way p phng.. nak lepas maran dah.. ada kete accident.. avanza terkopak.. serious aku bdk engineering pun tak paham mcmmana kete tu bleh terkopak.. tensile strength dia brapa.. mana fatigue occur.. factor of safety before failed smua aku pikirkn.. mmgkn takpaham la.. sbb aku tgk bahgian kat sebelah dia tu ok je.. taktau la yg kat sebelah sbb aku tak nmpk adeii
tapi tu klu aku tgk dri sgi engineering.. tapi yg bt aku sedey nya walaupun aku tak pasan darah kat kete tu..
ada org kata moto... mayat.. innalillahi wa illaihirojiun.. trus bulu roma aku naik ntahla mgknkah kematian tu suatu yg menakutkan aku .. sedangkan kematian itu boleh jdi hadiah kepd sorg mukmin... setakat mana iman aku ni bleh mengambil pengajaran dripd kematiaan org len,, ntahlah aku berharap ketemukan husnul khatimah.. dan begtu jgak org2 dsekeliling aku.. risau umat ini ramai yg tak taw idupnya akan kekal lama sedangkan idup ini bukanla milik kita..
jgn terpedaya dgn janji manis syaitan, semuanya dusta.. perna dgr janji manis syaitan? "muda lg, sok tua smpat lg taubat", "alah sikit je ni, bukan apa pun", "rilek ar, lama lg tu, nt bleh ar solat", "kita enjoy dlu sblm tua".. aik mcm plak aku perna dgr janji2 manis diorg ni isk2(aku bt2 je tu, taktaw la diorg ckp mcm tu hehe adeii.)
k la aku nak masuk tido.. mcm best je kn bab tido ni.. aih aku msh muda, tapi usaha ku seolah2 org tua yg lemah...
ingat ketika muda kita lah ketika kita dituntut untuk beribadah, kalau mungkin tua kita kelak sudah sukar untuk beribadah, ibadah ketika mudah inilah diambil kembali sebagai penanda aras amalan kita yang akan kekal sampai kita mati insyaAllah(aku dengar org ckp mcm tu, maaf klu silap) mean amalan pahala yang kita bt ketika sehat dlu, akan kekal dpt ketika kita sakit kelak taw..
banyak gak aku tulis tapi aku sebenarnya nak tido ni hee.. sudahlah.. bdk2 yg nak ambik result spm sok.. gudluck ye semoga Allah memberkati ilmu2 kita... bkn sijil yg dilihat dpt ilmu yg dimamfaatkan.. bkn dekan yg dilihat.. tapi ilmu yg diredhai.. bkn gelaran yg dikejr tapi keikhlasan yg dikecapi..
sukarkn kita mncapai ikhlas.. nak study kadng2.. teringat plak ngan exam, sdng kita study pattnya pada Allah.. aih inilah ujian Allah..
senantiasa la ingat Allah, senantiasala berzikir tak kira masa.... sehinggakan org tak sedar pun kita tgh berzikir..
ingat Allah dlm solat, rasai keajaiban solat... ikhlaskan diri sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara hambaNya.
k panjang plak aku tulis.. takut plak org skip je tulisan aku ni hehe.. alah besa la tu.. aku nampk tulisan kecik2 .. pastu bnyk lg tu.. mmg aku bt topic review saja la hehe adeii.. tapi kalau intro dia best mesti ada rasa terdorong utk baca dgn teliti.. bkn intro yg berunsur fitnah taw isk2..
kla.. doakan aku ya.. semoga diberi ketenangan.. ...jgn ingat pada aku ya hehe hee.. sama2 kita jg ati kita insyaAllah
Prinsip-prinsip bloggingku
Posted by srzal Labels: Fahaman, Ideology, Islam, Life, Pemikiran, PengenalanSudah lama saya tak menulis dengan skemanya hehe, terutama sekali saya ingin meminta maaf atas apa2 yang telah saya lakukan yang menyebab semua orang rasa tidak berpuas hati dengan penulisan, tingkah laku, akhlak, pergaulan, perhubungan yang diantarakan oleh saya kepada orang perorangan dan masyarakat umum.
Atas kesedaraan yang dinikmati ini, saya telah mengorak langkah sehaluan, demi untuk mencapai cita2 murni ini. Dengan nikmat kefahaman dan kesedaran yang dimiliki, saya sesekali tidak ingin menjadikan hidup ini musnah tanpa sebarang pengorbanan.
Apakah? Okay to be direct, I would like to state the principle of my blog. Its an occordance which bestow upon me, thus implimented the rightful direction in an appropiate assurance that would gurentee all my writing are in right direction far from the astray.
Pengenalan Kawaid Fiqh.
Setelah mengikuti kelas fardhu ain pada hari rabu, saya telah diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang, cara-cara untuk berhukum. Pada dapatan saya, kita boleh berhukum dalam perkara-perkara furuk(cabang/ranting), dalam keadaan dimana tiada orang yang lebih arif ketika itu selain kita, tiadanya sumber rujukan terbaik atau teks-teks ulama yang boleh dicapai ketika itu, ataupun keadaan yang amat2 terdesak. Tetapi setelah terdapat sesuatu yang lebih syumul dan tepat tentang sesuatu maka hendaklah kita bertaubat dengan nasuha, kalau mungkin kita sudah berbuat kesilapan besar. Hukum ni hanya pada diri sendiri, maka terserahlah jika ada orang lain hendak mengikutinya.
ps saya bukanlah orang yang mahir dalam hal fiqh ni, tapi bukankah kita semua patut tahu hal-hal asas dalam Islam? fikir2kan.
Prinsip-prinsip Kawaid Fiqh dalam berblog pada pemahaman saya
1.Setiap Perkara datang dengan Niat.
Saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam penulisan ini, sungguhpun begitu, ikhlas itu bukanlah dari mulut tapi daripada hati tiap2 yang bernyawa, maka tidaklah layak para manusia menghukum keikhlasan seseorang atas dasar perbuatan dan percakapanya, kerana ikhlas ini adalah rahsia antara hambaNya dengan Allah.
2.Tiada Kemudhratan, tidak dibalas dengan kemudharatan.
Kemudhratan ini, bermaksud sesuatu yang dapat mengancam diri ku dan orang lain, atas prinsip ini jika sesuatu itu tidak mendatangkan kemudhratan, maka seharusnya dibiarkan. Tersebut juga disitu, tidak dibalas dengan kemudharatan, jika sesuatu yang mudharat telah ditujukan kepada sesuatu pihak, maka tidak seharusnya dibalas dengan kemudharatan, hal ini menggambarkan kerosakkan kita sendiri, seharusnya cara berhikmah perlu diambil disamping menyalurkannya ke saluran-saluran yang sepatutnya
3.Yakin tidak dapat dihapus dengan syak.
Keyakinan kita terhadap sesuatu seharusnya tidak berbela bahagi, biarlah bertambah utuh apabila dicabar.
4.Adat boleh menjadi hukum.
Adat dalam blogging pada dapatan saya adalah bebas tetapi biarlah bersyariat kerana walau siapa kita di dunia ini, kita hanyalah hamba, tetap dengan watak seorang hamba.
5.Kesusahan boleh membawa kelonggaran.
Apa-apa yang membawa kesusahan, seharusnya boleh diberi kelonggaran, kerana Islam bukanlah agama yang rigid sehinggakan menyusahkan ummatnya beribadah. Akan ada terdapatnya suatu kemudahan dimana memudahkan kita beribadah. Dalam hal blogging mungkin dalam hal, informasi yang terhad, atau mungkin apa2 yang bakal menganggu yang tidak bisa dikawal dengan cepat perlukan masa dan kefaham yang terdahulu.
ps mungkin berlaku kesilapan disini, semua diskripsi tu saya yang buat atas pemahaman saya sendiri, harap ada yang boleh mengkomenkan saya insyaAllah.
Prinsip-prinsip lain daripada pemahaman pembacaan lalu
1.Islam bukanlah agama yang suka menghukum, tapi berhikmahlah.
Maafkan saya terhadap pos-pos terdahulu, ketelanjuran saya menulis sesuatu diluar fahaman saya yang jitu, akibatnya saya lebih cenderung menghukum, ini hanya akan menimbulkan ketidakpuasan dalam hati ramai pihak, seharusnya saya patutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhikmah dalam penulisan, serta menghakis sikap ego dan takabbur(meninggi diri, sombong, dan yang lain berkaitan, sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t). Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ni.
2.Pendekatan berlembut.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam, seharusnya cuba menyelamat umat ini daripada bahaya api neraka, bukankah berhikmah itu lebih baik? Mungkin ni sajalah dapat membimbing kita yang kurang fakih akan ugama ini ke jalan yang di RidhoiNya.
3.Memahami situasi semasa.
Fahamkan dulu diri kan situasi semasa, melihat pada perubahan ini kita seharusnya lebih fasih dalam menilai keadaan, elakkan daripada terjerat dalam situasi-situasi ini. Kita mungkin akan lebih sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri kita, maruah umat Islam, dilema umat Islam, isu-isu hak-hak umat Islam dan sejagat, tetapi AWAS, jangan dilihat pada dasarnya, tapi lihatlah dengan teliti apa yang disampaikan, jangan sampai kita terjerat dalamnya, akhirnya menjadi medium penyebar fitnah dan dakyah-dakyah golongan-golongan tertentu.
4.Niat yang baik tidak akan menghalalkan cara.
Ini prinsip umum, semua orang Islam seharusnya lebih fasih dengan hal ini, tapi mungkin juga dalam keadaan darurat ada sesuatu hal boleh melonggarkan sesuatu untuk memudahkan dan menyelamatkan kita jadi, bergembiralah.
5.Peka terhadap perasaan dan komen orang.
Kalau ada yang berkomen, bermakna ada isi hati yang hendak disampaikan, kalau tiada, makanya sukar baginya untuk menterjemah isi hatinya hehe.
OKla itu sajalah daripada saya, InsyaAllah akan ada update seterusnya jika terdapat sebarang perubahan. Mengapa perlukan perubahan? Bukankah mereka tidak sedarkan tindakkan mereka itu menyeleweng(yang dianggap baik oleh mereka)? Tapi mereka tetap juga lakukan, pada dapatan mereka, merekalah yang lebih hak. Sesekali tidak, kerana kedegilan mereka itulah, mereka sesekali tidak dalam landasan yang benar sesudah dirinya ditegur dan diperbetulkan. Maka itulah prinsip yang keenam.
Oleh itu berubahlah sahabat-sahabatku :), sesungguhnya yang berhak itu hanyalah pada Allah.
ps siap juga pos aku untuk ari ni, semoga diberkati Allah dan dapat dijadikan barakah yang berkekalan. Amin.
<UPDATED2.0>
its getting harder for me to think wise as time goes by... ergh..
lala... singing might be nice, but erkh .. oh well
mari kita recap skrg, ya sy taw sy mmg lemah,
"Ya Allah tolonglah hambaMu ni dalam menghadapi ujian hidup yg tidak berkesudahan."
ada sape nak kawen ngan sy tak? hehehehehe arghh
setaw sy la.. klu ada sorg lelaki yg sekufu.. melamar sorg ppuan, maka jika tidak punya halangan, maka seharusnya dipercepatkan perkahwinan itu, jika tidak maka fitnah dn kerosakkan yg besar akan berlaku??? (mcm tu ar yg sy ingt)
so skrg ni kn, zmn fitnah... tgk sjlah bermaksiat tu lg mudah dripd bt benda2 halal... kawen pun susah tapi klu maw berkapel2 hari2 pun bleh tukar2.. mcm tiada maruah sj diorg ni, tapi mmg pun bukanka berkapel tu tak bermaruah sdngkan berkapel tu mendedahkan mereka kepada bahaya zina yg bleh merosakkan masyarakat. sedngkn menetapkn cinta kita kpd sesuatu yg blum tentu dn tidak halal bg kita, kemana seharusnya cinta ini pergi dlu? so fikir2kn sjlah... klu gatal sgt kawen sjlah.. biar la nikah gntung(kawen dlu .. nt ada duit bru bt wali, bkn susah kn??? klu korg serioud ttng si dia ;p)
sebgai tmbhan, sekufu disini, merujuk kpd persamaan2 yg jelas lagi telus, dimana satu titik persamaan antara kedua2 pasangan, dimana sesuatu persamaan yg mengikat kedua2 pasangan dripd tidak sealiran, sefikrah..
persoalan tentang sekufu ni, bnyk sgt dihuraikan oleh ulama, boleh jd dlm hal2 manhaj, mazhab, keturunan, kekayaan, akhlak dan sebgainya.
ataupun ada jgk mengata tentang kafaah, jgk merujuk kepd sesuatu persmaan tertentu dlm segnap aspek2 tertentu agar terjalinnya hubungan yg lebh harmoni... insyaAllah.
walaupun terdpt dalil sekufu ka atau kafaah ka, atau sekurng2nya merujuk kpd dua perkara ni, namun ini bukanlah syarat sah nikah tu, tapi cuma skdr pertimbngan yg wajar..
dtmbh lg, kafaah ni, jgk merupakn hak sorg wanita dn wali, sama hendk atau tdk dinikahkn kepd sorg lelaki, yg mgkn tdk sekafaah, iaitu tidak bersesuaian dgnnya.
tapi berbalik pd persoalan diatas, mgapa perlu menolak lamaaran? atau mgkn terdpt agenda2 lain? .. sharusnya lebh awal lbh bgs, tapi seeloknya yg ingin melamar ni pikir2la dlu sblm melamar isk2, bt penyelidikn(chewaah mcm r&d plak hehe) jgn bt benda2 terburu2... nt sperti yg sy fahami.. fitnah dan kerosakkan besar akn berlaku... itu pun sy tak pasti hee sy dah lupa mana sumber benda2 mcm ni..
perlu diingatkan,
Jika datang kepada kalian seorang laki-laki yang kalian ridha terhadap din dan akhlaqnya, maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kalian tidak melakukan yang demikian, maka akan terjadi fitnah diatas muka bumi dan kerusakan yang besar. (status hadis:tak pasti)
adeii tak da ar ni skdr perkongsian ilmu yg entah dr mana sy pelajari adeii..
ok abis bab kawen skrg... bab kiamat
tensen gilak aku ni.. adalah aku dgr2 dri bdk2 yg expert agama ni.. yelar
diorg ni mmg expert gilak la.. bleh gak main agak2 bila nak tawbuat, adakn entah apa tu artikel kiamat menantang ntah bnyk sgt diorg sebar2 diserata tanah air, ntahlah perkara bgni klu tak dibndung ... hncur umat kita... tgk sjla...
wujud golongan yg yakin kiamat tu tahun sekian2 padahal... bila2 masa sj boleh kiamat, yg sudah cukup pasti bagi kita umat ISLAM ialah "kiamat itu sudah hampir" dn ayat2 alquran dn hadis sahih yg telah menerangkn akan kejadiaan di ari kiamat kelak, cukup smpai sana, tak perlu kita ckp oooh tu meteriot maw landing sudah baru maw taubat,,, kesian taw artikel ni telah menyesatkn lgi golongan ini yg tidak punya kepandaian agama... jd klu nmpak artikel ni, jgn sebarkn, jgn percaya pun,, tekan ja butang delete atau close, sekian
ok2 skrg kita msk bab ujian..
bknlah ujian yg besa korg bt di dewan peperikssaan tu, tapi ni ujian yg lagi satu
terdpt dua golongan, satu golongan yg sedar.. satu lg golongan yg lalai.. dua2 golongan ni mendapat ujian yg hebat dripd Allah..
golongan yg sedar diuji utk menunaikn tanggungjawabnya dn mengekalkn.. manakala glgn yg lalai ni uji utk keluar dri kelompok lalai ni
kita perlu paham, mereka yg lalai ni mgkn di uji oleh Allah, dgn lahirnya mereka dlm suasana keluarga dn persektrn yg tidak paham pntngnya idup beragama, mgkn jgk suatu detik dlm idup yg mana mereka gagal memilih utk keIslaman akhirnya hanyut bgtu sj.. bg yg sedar shrusnya.. mjlnkn tanggungjawab msng, walaupun sy ni glngn diantara keduannya, terselit dlm ati utk membntu tapi sering kali mengalah ntahlah..
mgknkah iman yg terbina selama ini palsu???
"Ya Allah tolonglah hambaMu ni dalam menghadapi ujian hidup yg tidak berkesudahan."
kita masuk bab boikot skrg ni, sbnrnya msh lg msk bab peduli palestin
sy phm sy tak lah sekuat mereka, biarpun berpuluhan thn berada bumi yg tidak perna reda dgn keganas, sy bukan hambaNya yg soleh, lg pantas berjihad tapi sekurng2nya sy berusaha utk mencari keredhannya setelah hanyut...
sy ada bt sedikit penyelidikn tentng hakikat boikot ni, kdng2 sy rasa sdey jgak dgn bdk2 akak2 abg2 pkck2 mckck2 kita yg bkrja di bawah jenama2 boikot ni, mcm manala idup diorg dikala gawat skrg ni, bolehkh?
persoalannya disini sbnrnya terltk, pd akidah kita, yakin kah kita bahawa rezki tu dtgnya drpd Allah? yakinka kita bhwa idup mti kita semuanya dlm tangan Allah? klu kita yakin.. kenapa kita takut berjihad? sedangkn yg mematikn kita itu hanyala dlm ketentuan Allah dn bukan peluru zionis yg mematikn kita; dn yg memberi rezeki itu bukan la company2 proksi2 zionis tapi semuanya dripd Allah jg.
walaupun sy berkata bgtu, tdk jgk sy berani kemedan perang, tidk jgk sy berani berbuat apa2... mgkn iman ini msh perlu diasa bkn bgtu?
apa yg sy tmbh khuatir adalah umat skrg ni, bru td sy lawat satu forum , yg rata2 mgkn golognnya berpendidikn, mgkn ilmu agama tu ada, tapi cara mereka menulis pada forum tu, bolehlah kita tafsirkn akhlak dn mentaliti mereka, cara penulisan yg kurg beradab la katakn, pnuh dgn kekotorn, walaupun bkn semua dlm forum tu bgtu tapi ini smua bleh mencemarkn Islam .. aih entahlah..
mmg kita patut menunjukkn kemarahan tapi biarla kena dgn akhlak Islamiah, sahabat yg yg tidak pernah dlm hatinya berjihad dgn sebab marah dgn dendam tapi kerana teguhnya keimanan kepda Allah.
rasanya tu jer kut,, aku taktaw la nak tulis pe...
"khoibar khoibar ya yahud, jaisy Muhammad saufa ya'ud"!
"khaibar khaibar ya yahudi, tentera Muhammad s.a.w akan kembali"!
ps ambik la peduli tntang nasib saudara kita, kerana peduli tu jgak tanda keimanan.
"Ya Allah tolonglah hambaMu ini mengharungi cabaran dugaan hidupnya"
Cis, Aku terbaca lagi benda pelik, kalau tak silap dah banyak kali aku terbaca cerita-cerita isteri curang ni, dahlah aku tengah mahu kahwin ni hehe.
Berbalik pada cerita pada cerita, Isteri2 curang ni kalau dah tak suka ngan suami, minta cerai ja ar, tak perlulah menipu suami, tambah saham dosa ja, pikir2 ja komplikasi yg bakal timbal. Hal ini kalau dipikir lebih luas boleh memusnahkan negara dan masyarakat. Aih entahlah kadang2 kita ni tak pernah bersyukur, Sudah kita dapat tu, tak nak, kita nak yang tak dapat. Ini teguran pada diri saya juga, memang payah hidup, kerana kurang bersyukur dengan apa yang ada.
Pernahkah terpikir akan nikmat2 yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, apa orang yang dpt tidur lena sesuatu yang biasa, org yg dpt berjaln riang, mkn sebutir nasi, bergerak kehilir kehulu itu sesuatu yg biasa, pernah tak kita pikir nasib org lain disaat kita bermewah dgn nikmat yg dianugerahkan oleh Allah? Pikir2kan lah.
Jgnlah kita guna wang rakyat utk kpentingan diri dn kroni2 hehe
Today I watched choas;head on crunchroll, lol it was funny, abit to confuse, they made the internet hillarious, seriously! hehe in episode 3, they introduce their own "wikipedia" which is "we-key pedophiriA(or you can say its pedophilia) cyclopedia of useless knowledge" its really is funny, well you can its abit lame and delude, but its okay it add more taste to the series.
Teringat plak idup ini...
rasanya aku telah gagal.
mungkin aku mewarisi kegagalan dalam diri.
dulu kini dan selamanya.
bukanku berdoa untuk gagal,
inilah yang aku rasa selama ini.
But the whenever failure come to me,
Well I JUST hope for the best.
Its was nothing though, after it's life, right?
DEFINITELY nothing is easy.
Thats totally true, yet I believe its not.
A day of celebration, I taste defeat a day before, I'm a failure.
A day of celebration, I taste the suffering of minor, the are major in the world.
Now I know, life isnt easy.
Why not given up?
Its easy to say, but get it done is hard, right?
LOL philisophical talk wont change the world.
INVAIN in life, nah its just my life.
Why? I failed the test!
I wonder how I would walks my life,
I just cant see a clear path.
Which path should I take?
I had chosen one, but still, I failed.
What are the other options?
Ya Allah jika hidupku ini baik untukku, panjangkanlah umurku,
Ya Allah jika matiku ini baik untukku, matikanlah aku.
Ya Allah matikanlah aku dalam iman, akhirkannya dengan Husnul Khatimah.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Isk2 skema betul, Okay lah kita mulakan.... ini blog... bukan pertama tapi entah keberapa sudah sya buat.. Saya cuba buat yg terbaik untuk blog ini, insyaAllah. Untuk pengetahuan.. dalam blog sia akan tulis sebarangan aja... tak kira bahasa apa.. slang apa... sia campur aja.. klu sia rajin sia tulis bhasa inggeris... tapi kebiasaannya sia malas hehe... bh terlebih sudah tu isk2 hehe.. mcm sia pernah dgr haha
bolog ini untuk semua ndak kira bangsa dan agama dan kepercayaan... atau pun bahsa.. maupun bahsa yang diguna kebanyakkan rosak.. tapi kan entahlah... tetap ugak mau diperbetul.. yang mau guna english boleh aja kemukakan permohonan.. adapun aku ini mencerita kan pasal agama.. agama lain pun bulih baca untuk tau menahu.. bukang bagitu.. aku bukun berjuang demi bangsa ka nagara ka... .tapi bisa sj untuk Allah, insyaAllah...
pemikiran dan pengaruh idup sia...
Saya beragama Islam... dan cuba menjadi muslim yang terbaik dan terbaik-baik, insyaAllah... namun cuba duniawi... memaksa sy jatuh dan jatuh sentiasa jatuh-jatuh entah kedaerah mana, naudzubillahminzalik... tapi aku tetap berpendirian agar mencapai keredhaanNya.
Akidah ku Ibadah ku adalah ahlul sunnah wal jamaah.. tetap menolak penambahan dan penolakan dalam agama... tiadanya bidaah... namun berlembut dalam penerima terhadap pembaharuan... yang dikatakan bidaah hasanah (sebenar pembaharuan ini adalah terdapat dlm agama jika dilihat dengan qias dan ijtihad, insyaAllah)
Pembacaan... penulisan dr mazhab syafie, sheikh yusuf qardawi, moderate, ulama2 yang dikata wahabbi (walaupun ndak wujudnya wahabbi, sebab korang kanalkan kau dicakap wahabbi), tabligh, ikhwan muslimin, science, philosophy... aku pun bukan suka membaca... sekadar sekelip pandang gitu..atau cari yang kuminati aja.. isk2
taqlid? aku ikut aja.... isk2 bukang begitu kawang.. klu ikut perlu berfikir juga.. jgn main ikut mesti berdasarkan syariat bukan berfikir ngan logik akal tentu sekali sesat kita nanti.. itu dalam hal2 agama... tapi tidak salah kita lakukan bidaah dalam hal2 keduniaan... contoh dalam mengejar pencapaian ilmu, mencipta sesuatu yang baru...klu gw ngak silaplah..... yang salahnya bidaah dalam Islam, gi rujuk penulisan sheikh Utsaimin (itu cara tulis nama beliau, sy mcm lupa pulak).
ape agi ah? oh yeah.. sia jarang sekali tonton tv... setelah kuar dari matrik.. mimang boring sy rasa.. sia lebih suka streaming tinguk anime di veoh kah youtube kah.. berita? ngak percaya ngan media semasa.. baca aja harakah daily kah... tapi kadang2 bukak juga thestar itu mau tau juga kadang.. klu ada isu hangat takut nanti jadi katak dibawah tampurung isk2... kecian2.. baca juga surat khabar klu berkesempatan, insyaAllah...
pandangan terhadap politik..? sia ingat itu parti zalim... yg ini baik kunun bah, tapikan mengapa kita ngak perbetulkan parti yg zalim... dan memupuk kesatuan ummah.. kan bulih mengembirakan seluruh ummah?
cita2? mau buat kapal tarbang bah sia.. tapi ngak tau lah.. idup ini ... satu dugaan.. kita minta itu.. hanya Allah aja yang maha Berkuasa.... sia rs baik aja sia idup asal bulih makang dan minum.. tapi susah bh sekarang ini ngak bulih gitu... idup kita pun ngak lama... mungkin sebentar agi esok, lusa atau akan datang insyaAllah.. semua nya sudah ditentukan.. sy perlu ambil bahagian dalam perjalan idup ini.. kerana Allah semata-mata, bukun bangsa, bukun nagara.
pasal idup.... klu gw mampu utk menyara isteri... insyaAllah gw kahwin awal.. tapi ngak mampu... mau meminang urang pun pikir sejuta kali (terlalu hyperbola ya donk), lok ngak mengapa... itu bulih pikir kemudian ya... jangan diusah.. kerna jodoh bisa ketemuan..iyakah? insyaAllah, klu ngak pun itu juga jodoh, bukan kah? ah yelah tu
kawang? kawan lah...
aku mau makang eh.. lapar betul bh..ngapa kamu ini...hairan aku... eh mengapanya asal aja ugi... aku boleh aja terpikat ye.. pelik aku ini suluk/tausug..pure agi dari bapaku mamaku sampai datuk nenek aku semua suluk... namun bukan pilak... pilak itu duit ya(klu ngak silap), datuk ku udah keja sini sebelum merdaka lagi di pejabat pos klu ngak silap di kudat... ko paham maksud ku kami ini memang ori sabah... walaupun asal usul kedatang urang suluk sabah itu dari kepulauan sulu.. kenapa satu silap dlm sekolompok dipersalahkan satu kolompok itu... bukankah itu zalim...
aku mau tidur.. aku cinta kan tanah air.. itu tanah dan air... merejuk kepada manusia.. tanah dan air merepukan element pembentukan manusia.. daging dan darah... ah udah merepek kawu ini haha...
bh akhir kata.. semoga kita sentiasa sukses.. dan mencapai keredhaanNya.. dan Khusnul Khatimah insyaAllah.. Illa liqa
