Terima kasih semua yg sudi dtg dn menjenguk blog sy yg daif ni.
Klu ada kesilapan maafkn sy.. sy sedng cuba melakukn yg terbaik.
Buat ms terdekat ni... sesungguhnya idup ni pendek dn singkat,
sy tak mampu merubah keadaan, semoga Allah memberi kemudahan kepada kita.
sebenar nak renovate blog ni.. tapi tak ada masa plak.. tu yg mcm bnyk yg tak complete rasa nya adei
kla.. tlg sy menjaga ati ini ye.. sejak kebelakangan ni.. sy sering terlena.. pastu ati pun mcm bermasalah ja.. takut plak sy terlalai dgn dunia..
Tambahan
Assalammualaikum and salam kesejahteraan sejagat.
Macam nak tulis sesuatu, entahlah.. sejak balik kl ni aku rasa tensen ntah kenapa. (ayat pun tak betul isk2)
aku rasa mcm nak tulis sesuatu lg, entahlah.. td baru seharian.. aku dah rasa mmg bnyk keja ku.(aih bese ar bdk U kn)
aku rasa sgt tak tertulis, entahlah.. aku baru perasan ati ku berubah, takut aku termakan ati.(iskkk susah btul nak jaga ati)
inikah yg ku tulis, entahlah.. dah hampir pagi ni, aku tetap maw meluahkan sesuatu.(hee nape nak bgtau seluruh dunia plak)
Bolehkah aku kembali kepada fitrah..(tlg doakan aku ya)
sama2 kita menjaga ati...
aih asaimen macm bnyk, tapi keje2 persatuan dan itu ini pun bnyk gak aih~~
mgknkah kita tensen sbb kita kesah tentang sesuatu? hee klu mcm ni aku nak kawen la hahaha adeii
ari tu aku gi kl sbb mak ayah aku dtg hee.. diorg beli2 barg utk kawen aku akak aku hehehe.. bnyk kitaorg beli.. cadar la.. baju isk2 (baju aku satu family, seragam taw), pastu cenderamata hee dn len2 .. smua bleh di dapati d jln TAR tu hee ada tu satu kedai murah2 je hehe
ps aku takde mood la nak upload gmbr tpi klu aku ada mood mmg aku dah plan nak upload gmbr hehe
pastu aih ntahlah.. tibanya aku nak balik phng smula hee.. berpisahla aku dgn makayah ku hee
pastu on way p phng.. nak lepas maran dah.. ada kete accident.. avanza terkopak.. serious aku bdk engineering pun tak paham mcmmana kete tu bleh terkopak.. tensile strength dia brapa.. mana fatigue occur.. factor of safety before failed smua aku pikirkn.. mmgkn takpaham la.. sbb aku tgk bahgian kat sebelah dia tu ok je.. taktau la yg kat sebelah sbb aku tak nmpk adeii
tapi tu klu aku tgk dri sgi engineering.. tapi yg bt aku sedey nya walaupun aku tak pasan darah kat kete tu..
ada org kata moto... mayat.. innalillahi wa illaihirojiun.. trus bulu roma aku naik ntahla mgknkah kematian tu suatu yg menakutkan aku .. sedangkan kematian itu boleh jdi hadiah kepd sorg mukmin... setakat mana iman aku ni bleh mengambil pengajaran dripd kematiaan org len,, ntahlah aku berharap ketemukan husnul khatimah.. dan begtu jgak org2 dsekeliling aku.. risau umat ini ramai yg tak taw idupnya akan kekal lama sedangkan idup ini bukanla milik kita..
jgn terpedaya dgn janji manis syaitan, semuanya dusta.. perna dgr janji manis syaitan? "muda lg, sok tua smpat lg taubat", "alah sikit je ni, bukan apa pun", "rilek ar, lama lg tu, nt bleh ar solat", "kita enjoy dlu sblm tua".. aik mcm plak aku perna dgr janji2 manis diorg ni isk2(aku bt2 je tu, taktaw la diorg ckp mcm tu hehe adeii.)
k la aku nak masuk tido.. mcm best je kn bab tido ni.. aih aku msh muda, tapi usaha ku seolah2 org tua yg lemah...
ingat ketika muda kita lah ketika kita dituntut untuk beribadah, kalau mungkin tua kita kelak sudah sukar untuk beribadah, ibadah ketika mudah inilah diambil kembali sebagai penanda aras amalan kita yang akan kekal sampai kita mati insyaAllah(aku dengar org ckp mcm tu, maaf klu silap) mean amalan pahala yang kita bt ketika sehat dlu, akan kekal dpt ketika kita sakit kelak taw..
banyak gak aku tulis tapi aku sebenarnya nak tido ni hee.. sudahlah.. bdk2 yg nak ambik result spm sok.. gudluck ye semoga Allah memberkati ilmu2 kita... bkn sijil yg dilihat dpt ilmu yg dimamfaatkan.. bkn dekan yg dilihat.. tapi ilmu yg diredhai.. bkn gelaran yg dikejr tapi keikhlasan yg dikecapi..
sukarkn kita mncapai ikhlas.. nak study kadng2.. teringat plak ngan exam, sdng kita study pattnya pada Allah.. aih inilah ujian Allah..
senantiasa la ingat Allah, senantiasala berzikir tak kira masa.... sehinggakan org tak sedar pun kita tgh berzikir..
ingat Allah dlm solat, rasai keajaiban solat... ikhlaskan diri sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara hambaNya.
k panjang plak aku tulis.. takut plak org skip je tulisan aku ni hehe.. alah besa la tu.. aku nampk tulisan kecik2 .. pastu bnyk lg tu.. mmg aku bt topic review saja la hehe adeii.. tapi kalau intro dia best mesti ada rasa terdorong utk baca dgn teliti.. bkn intro yg berunsur fitnah taw isk2..
kla.. doakan aku ya.. semoga diberi ketenangan.. ...jgn ingat pada aku ya hehe hee.. sama2 kita jg ati kita insyaAllah
Prinsip-prinsip bloggingku
Posted by srzal Labels: Fahaman, Ideology, Islam, Life, Pemikiran, PengenalanSudah lama saya tak menulis dengan skemanya hehe, terutama sekali saya ingin meminta maaf atas apa2 yang telah saya lakukan yang menyebab semua orang rasa tidak berpuas hati dengan penulisan, tingkah laku, akhlak, pergaulan, perhubungan yang diantarakan oleh saya kepada orang perorangan dan masyarakat umum.
Atas kesedaraan yang dinikmati ini, saya telah mengorak langkah sehaluan, demi untuk mencapai cita2 murni ini. Dengan nikmat kefahaman dan kesedaran yang dimiliki, saya sesekali tidak ingin menjadikan hidup ini musnah tanpa sebarang pengorbanan.
Apakah? Okay to be direct, I would like to state the principle of my blog. Its an occordance which bestow upon me, thus implimented the rightful direction in an appropiate assurance that would gurentee all my writing are in right direction far from the astray.
Pengenalan Kawaid Fiqh.
Setelah mengikuti kelas fardhu ain pada hari rabu, saya telah diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang, cara-cara untuk berhukum. Pada dapatan saya, kita boleh berhukum dalam perkara-perkara furuk(cabang/ranting), dalam keadaan dimana tiada orang yang lebih arif ketika itu selain kita, tiadanya sumber rujukan terbaik atau teks-teks ulama yang boleh dicapai ketika itu, ataupun keadaan yang amat2 terdesak. Tetapi setelah terdapat sesuatu yang lebih syumul dan tepat tentang sesuatu maka hendaklah kita bertaubat dengan nasuha, kalau mungkin kita sudah berbuat kesilapan besar. Hukum ni hanya pada diri sendiri, maka terserahlah jika ada orang lain hendak mengikutinya.
ps saya bukanlah orang yang mahir dalam hal fiqh ni, tapi bukankah kita semua patut tahu hal-hal asas dalam Islam? fikir2kan.
Prinsip-prinsip Kawaid Fiqh dalam berblog pada pemahaman saya
1.Setiap Perkara datang dengan Niat.
Saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam penulisan ini, sungguhpun begitu, ikhlas itu bukanlah dari mulut tapi daripada hati tiap2 yang bernyawa, maka tidaklah layak para manusia menghukum keikhlasan seseorang atas dasar perbuatan dan percakapanya, kerana ikhlas ini adalah rahsia antara hambaNya dengan Allah.
2.Tiada Kemudhratan, tidak dibalas dengan kemudharatan.
Kemudhratan ini, bermaksud sesuatu yang dapat mengancam diri ku dan orang lain, atas prinsip ini jika sesuatu itu tidak mendatangkan kemudhratan, maka seharusnya dibiarkan. Tersebut juga disitu, tidak dibalas dengan kemudharatan, jika sesuatu yang mudharat telah ditujukan kepada sesuatu pihak, maka tidak seharusnya dibalas dengan kemudharatan, hal ini menggambarkan kerosakkan kita sendiri, seharusnya cara berhikmah perlu diambil disamping menyalurkannya ke saluran-saluran yang sepatutnya
3.Yakin tidak dapat dihapus dengan syak.
Keyakinan kita terhadap sesuatu seharusnya tidak berbela bahagi, biarlah bertambah utuh apabila dicabar.
4.Adat boleh menjadi hukum.
Adat dalam blogging pada dapatan saya adalah bebas tetapi biarlah bersyariat kerana walau siapa kita di dunia ini, kita hanyalah hamba, tetap dengan watak seorang hamba.
5.Kesusahan boleh membawa kelonggaran.
Apa-apa yang membawa kesusahan, seharusnya boleh diberi kelonggaran, kerana Islam bukanlah agama yang rigid sehinggakan menyusahkan ummatnya beribadah. Akan ada terdapatnya suatu kemudahan dimana memudahkan kita beribadah. Dalam hal blogging mungkin dalam hal, informasi yang terhad, atau mungkin apa2 yang bakal menganggu yang tidak bisa dikawal dengan cepat perlukan masa dan kefaham yang terdahulu.
ps mungkin berlaku kesilapan disini, semua diskripsi tu saya yang buat atas pemahaman saya sendiri, harap ada yang boleh mengkomenkan saya insyaAllah.
Prinsip-prinsip lain daripada pemahaman pembacaan lalu
1.Islam bukanlah agama yang suka menghukum, tapi berhikmahlah.
Maafkan saya terhadap pos-pos terdahulu, ketelanjuran saya menulis sesuatu diluar fahaman saya yang jitu, akibatnya saya lebih cenderung menghukum, ini hanya akan menimbulkan ketidakpuasan dalam hati ramai pihak, seharusnya saya patutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhikmah dalam penulisan, serta menghakis sikap ego dan takabbur(meninggi diri, sombong, dan yang lain berkaitan, sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t). Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ni.
2.Pendekatan berlembut.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam, seharusnya cuba menyelamat umat ini daripada bahaya api neraka, bukankah berhikmah itu lebih baik? Mungkin ni sajalah dapat membimbing kita yang kurang fakih akan ugama ini ke jalan yang di RidhoiNya.
3.Memahami situasi semasa.
Fahamkan dulu diri kan situasi semasa, melihat pada perubahan ini kita seharusnya lebih fasih dalam menilai keadaan, elakkan daripada terjerat dalam situasi-situasi ini. Kita mungkin akan lebih sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri kita, maruah umat Islam, dilema umat Islam, isu-isu hak-hak umat Islam dan sejagat, tetapi AWAS, jangan dilihat pada dasarnya, tapi lihatlah dengan teliti apa yang disampaikan, jangan sampai kita terjerat dalamnya, akhirnya menjadi medium penyebar fitnah dan dakyah-dakyah golongan-golongan tertentu.
4.Niat yang baik tidak akan menghalalkan cara.
Ini prinsip umum, semua orang Islam seharusnya lebih fasih dengan hal ini, tapi mungkin juga dalam keadaan darurat ada sesuatu hal boleh melonggarkan sesuatu untuk memudahkan dan menyelamatkan kita jadi, bergembiralah.
5.Peka terhadap perasaan dan komen orang.
Kalau ada yang berkomen, bermakna ada isi hati yang hendak disampaikan, kalau tiada, makanya sukar baginya untuk menterjemah isi hatinya hehe.
OKla itu sajalah daripada saya, InsyaAllah akan ada update seterusnya jika terdapat sebarang perubahan. Mengapa perlukan perubahan? Bukankah mereka tidak sedarkan tindakkan mereka itu menyeleweng(yang dianggap baik oleh mereka)? Tapi mereka tetap juga lakukan, pada dapatan mereka, merekalah yang lebih hak. Sesekali tidak, kerana kedegilan mereka itulah, mereka sesekali tidak dalam landasan yang benar sesudah dirinya ditegur dan diperbetulkan. Maka itulah prinsip yang keenam.
Oleh itu berubahlah sahabat-sahabatku :), sesungguhnya yang berhak itu hanyalah pada Allah.
ps siap juga pos aku untuk ari ni, semoga diberkati Allah dan dapat dijadikan barakah yang berkekalan. Amin.
