Tambahan

UMP Zon h1n1

huhu


mcm berita tak baik kut isk2 hee
semalam ade taklimat sikit dgn sape ye? prof sab (kut)

kitaorg cite pasal h1n1, apa yang saya paham dan saya assumekan hehe

1.Cara penyebaran h1n1, daripada mulut, mungkin dari liur atau batuk, ataupun bersin.
kalau macam tu, di galakkan kita mengasingkan diri, term yang digunakan prof, sosial distint hehe.. kire mcm org yg anti-sosial la hehe.. bgus.. ada jgk kebaikan jd org yg anti-sosial ni hehe :p

2.orang yg berpotensi terjangkit, yg ada sakit2, yg mengandung, yg lemah2, yg kecik2 bdk kecik2 hehe, dan org yg dah tua2 huhu..

3.virus/ kuman ke/ atau ape2 hee.. tu bleh hidup di luar dlm masa 7 ke 8 jam, kuman/virus ni tak merebak melalui udara, sbb kuman/virus ni akan terjatuh ke bumi, jadi mcm mana bleh merebak? dri tangan korg, ataupun projectile motion dri mulut hehe adeii..
sebab tu digalakkan membasuh tangan, muka, mulut dan hidung kut.

4.baliklah rumah, kerana U ni merupakan tempat yg agak padat penduduk hehe, adeii sbb kat rumah ada tempat yg lagi besar untuk diduduki, huhu jadi kurang sikit kadar untuk mejangkiti orang.

baru tadi aku cek anouncement, pelajar semenanjung yg masih menetap di kolej diwajibkan balik hehe adeii.. bdk2 sabah dn srawak plak dgalakkan mcari tempat perlindung sementara di luar hahahaha adeii...

adeii mane aku nak lari ni hee.. rimas la mcm ni..

takkan nak pergi rumah kawan pula? hee taktaw malu ke? segan la heeee..
abg aku pula kat terengganu skrg ni, outstation, klu tak mgkn dapt tggl kat putrajaya kut huhu
sedare2 yg len plak aku tak bese hee...
takkan aku nak duk umah kluarga abg ipar aku plak hee lg la tak biasak hee adeii
balik sabah? hahaha rm541++ terbang bersama kapal terbang hehehe
diorg kata duit atau kesihatan yang penting, tpi susah jg untuk mereka menghulurkan duit pada kami kan hehe

hehe satu lg, aku bt lawak kat kawan aku yg berkapel.. "kan senang kalau ko kawen dia, tak perlu susah2 cari rumah pakcik ko, balik ja p rumah dia tu hehe", hampir2 la tu hehe

aiks susah2... skrg ni nak ke mana? hoho satu lagi, demo kl 1 ogos ari tu mgkn tak akan jdi huruhara kalau tiada pihak yang menghuruharakan keadaan tersebut huhu.. sama2 kta nilai.. jgn caya sgt media arus perdana skrg ni huhu

Bawah ni sedikit perkongsian huhu

Influenza A(H1N1) :
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Berikutan peningkatan mendadak kes-kes yang mempunyai simpton dan tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan jangkitan virus influenza A (H1N1) dikalangan pelajar-pelajar UMP sejak 27 Julai 2009, maka setiap staf perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan.

Oleh itu, semua staf UMP diminta mengisi Borang Pengishtiharan Kesihatan yang akan diedarkan melalui e-community. Tuan/puan diminta mencetak dan mengisi borang tersebut. Borang yang telah diisi hendakalah diserahkan kepada Ketua PTJ masing-masing dan seterusnya dihantar ke Jabatan Pendaftar pada 03/08/2009 sebelum jam 4.30 petang

Sekiranya tuan/puan berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), tuan/puan dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, tuan/puan dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol.
Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :

o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.

o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.

o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.

o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.

o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.

o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah

3. Sakit dada berterusan

4. Cirit-birit atau muntah yang kerap

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih

6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan

7. Rasa pening apabila berdiri

8. Kurang kencing

11 comments:

aNdi.Hanin::حنين said...

uma mak metua ko kat mana?

haha XD

(tbe2 tringat kes 'beraya 3 hari di rumah mak metua' aritu ah. wehh sakit perut ak gelak. XD XD)

Iz said...

Uik,
bestnya tutup!
Tapi kena ganti balik kan?
:P

srzal said...

hehehehehe adeii anin.. isk2
mane ye umah mertua aku da? hehe

iz.. hehe tak pasti lg tu.. dlm proses perbincangan hehe.. arap2 tak ganti hehe

Iz said...

Huh?
Mane bole tak ganti!
Saya selaku rakyat di negara demokrasi ini menentang keras penutupan IPT/IPTA tanpa kelas berganti!!!(sekolah dikecualikan.haha)

srzal said...

hee izzzzzz, mcm pelik je ayat iz ni hehe

wlau apapun hee kucen arap tak ganti hehe :p

Iz said...

ehehe.
sekali sekala berlaku kejam.
yelah
(harap2 kena ganti.)

aNdi.Hanin::حنين said...

bweeeeeekkkkk

tak kene ganti punnnnn
(cuma tarik study week je, dimana, saya sering berharap study week dimansuhkan.hahaha)

budak sekolah mmg kene ganti. siap dia. !

wakaka XD

srzal said...

iz tak bleh jd kejam... kak anin kite je bleh kejam2 hehehehe :P

sy arap sem ni dpendkkn lg hee adeii tpi klu cuti pun nak bt pe kn hee isk2

aNdi.Hanin::حنين said...

btol2. iz xleh jadi kejam, tros x comel dah.

kakak anin xpe, dia tetap comel dlu kini slamenye (ok, sekarang pegi muntah ramai2. hahaha)

XD

cuti 1 sem kan best. :P

srzal said...

aninnnnn hehe :P

Iz said...

ehe~
ade plak
sekola kami tak tutup pun
(berkata2 penuh kemegahan.:P)
Yeah..
Ala..
jangankan nak ganti sekolah,
Nak tambah hari sekola pun bole!
(^^,)
P/s: kita semua cute (in our own way) huhuh

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template