Tambahan

Puasa Ku? Puasa Kita?

3 jenis puasa:

  • puasa orang awam: menahan lapar dan dahaga sahaja.
  • puasa khusus: menjaga penglihatan pendengaran percakapan dan perbuatannya daripada maksiat serta menahan daripada perkara2 membatalkan puasanya.
  • puasa khususul khusus: menjaga hatinya, yakni menjaga keinginan dan kemahuannya yang tak sepatutnya semasa berpuasa.
Macam mana jaga ati? ati2 dengan syaitan yg dibelenggu... mereka masih dapat membisikkan kamu!?! (hmn aku paham macam tu la kat masjd tadi)

10 cara geng2 syaitan ni masuk:

  • Was2, alah di bt kta was dgn amalan kta ni
  • Dendam, diorg kasih tambah panas la gtu hehe
  • Sombong, mengalihkan pipi?
  • Angkuh, cara jalan kta jgk bleh jd mcm gtu? tapi jgn terlalu tunduk nt jatuh isk2
  • Riak, alah mcm biasa... suke kene puji... sticker pun nak dpuji hehe adeii
Selebihnya macam ustaz tu tak citer pun hee... taktahu la mungkin aku silap paham kut hee

hmn... tu apa yg sy pahm huhu.. tak taktahu la.. tapi apa yang penting kita cuba yg sebaiknya, walaupun bukan yg terbaik tapi sekurang2nya ada usaha kearah itu.. kan?

hee baru 1 hari kita berpuasa... tahu pasal 21 ogos? hee aku pun baru sedar gak.. sbb ada perhimpunan di dataran mahasiswa UMP hee

hmn tak pa.. la spnjng ramadhan ni.. mgkn kurng2 skit nak berintenet.. hee study lebh.. mgkn boikot bazaar hehe.. sbb ada makn free d masjd hehe.. pastu kurg2 berckp lagho isk2.. pergaulan yg tak patut.. ptt dikurg kn..

stu lg nasihat... kta tgk la.. prioriti kita ya.. bagi yg ada exam.. kene tgk mana lebh penting.. lebh aula..(erk ni kata2 abg azmi ka? hoho) hee teringat plak zaman spm dlu.. kwan kata.. belajar lg pentng hehe.. so ada yg tak nak pergi tarawih... ni mesti sbb pengaruh tv hehe.. alah kan forum kat tv tu.. berstesen di semenanjng.. mmg la lewat klu g tarawih... d tambh dgn tadarus lg, pastu usrah2 pe lg isk2.. tpi klu di sabah... standard abis kul 9 gtu.. bleh lg study hehe tu pun klu study isk2 hehe

alah sama ja.. yg penting pengurusan masa taw... kta bt yg sebaiknya di bulan ramadhan ni walaupun tak sebaiknya.

k la.. sedikit pengisian berguna hari ni..

Antara Amalan2 Sunat d Bulan Ramadhan Al Mubarak
  1. Solat berjemaah
  2. Solat Taraweh
  3. Tadarus, Membaca, atau Menghafal Al-Quran
  4. Ikut Majlis Ilmu/Tazkirah
  5. Istighfar
  6. Muhasabah
  7. Solat Sunat Tahajud
  8. Solat Sunat Witir
  9. Bersahur, Makan lewat2 bkn 12 tgh malam isk2
  10. Zikir dan Doa hingga Subuh
  11. Qiamulai
  12. Berdoa sebelum berbuka
  13. Berbuka dengan kurma
  14. Iktikaf
hmn ada lagi.. tapi sy lupa hukumnya hee.. adeii sebab dengar2 mcm tu je..

bak kata kawan ku, klu tak bleh semua jgn tinggalkan semua hehe.. kta cuba yg terbaik hehe :)

Ramadhan Dah Hampir

Sila baca, dan gelak hehe...

A: alah taknak la, sibuk, tak ada masa,
test dah dekat ni,
B: alah tu pun kejap ja pun, bukan lama pun,
setakat kul 8 hingga 10 tu, apa la berat sangat pun...

ini citer aku dulu2, aku ajak kawan, tapi mungkin agak susah kan, yalah kalau kita ni kuat, mungkin tak susah, tapi tak umat di kala ini, tidak begitu,

susah sangat kah nak faham derita umat?

aku agak takut di kala ini, yang paham dan arif, seringkali menghukum mereka yang jahil lagi alpha, dikira, sehinggakan seluruh kehidupan mereka seolah-olah kesilapan dari dulu hingga kini.

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

jangan hukum kami kerana kejahilan kami, jangan hukum kami kerana kealphaan kami, kami perlu bimbingan, kami perlukan penunjuk arah.

hee...

aku pernah hidup bersama mereka, dulu kini dan sekarang, mungkin aku juga seperti mereka, dan mungkin juga kita seperti mereka? anehnya, kita menolak mereka, kenapa?

kasihanilah umat ini.

apa dah aku merepek ni, mungkin sebab aku kurang tidur kut hehe, hidup ni macam best sajakan, hidup ini hanya sekali, tapi sayangkan, ada benda yang kita tak boleh capai dalam kehidupan ini, tapi.. bukanlah matlamat utama kita akan dunia... benar bukan?

sudahlah, falsafah hidup yang tidak kesudahan...

hari tu aku terbaca blog(ter? mcm mmg nak baca ja haha)
lawat sini... aku pun keliru gak selepas tu hehe adeii
so doctor-to-be be alert hehe :)

satu lagi hehe dah lama tak update ni, aku ketiadaan bekalan internet yang stabil hehe..

ramadhan dah dekat hehe.. alah yg cter atas tu pasal ramadhan la hehe.. fikir2kan :)
agaknya, masih tak terlewat untuk kita buka balik buku2 pasal ramadhan,
mana yang halal? mana yang membatalkan? mana yang was2? mana yang sunat?
semoga kita dapat buat yang terbaik untuk ramadhan ni, insyaAllah

UMP Zon h1n1

huhu


mcm berita tak baik kut isk2 hee
semalam ade taklimat sikit dgn sape ye? prof sab (kut)

kitaorg cite pasal h1n1, apa yang saya paham dan saya assumekan hehe

1.Cara penyebaran h1n1, daripada mulut, mungkin dari liur atau batuk, ataupun bersin.
kalau macam tu, di galakkan kita mengasingkan diri, term yang digunakan prof, sosial distint hehe.. kire mcm org yg anti-sosial la hehe.. bgus.. ada jgk kebaikan jd org yg anti-sosial ni hehe :p

2.orang yg berpotensi terjangkit, yg ada sakit2, yg mengandung, yg lemah2, yg kecik2 bdk kecik2 hehe, dan org yg dah tua2 huhu..

3.virus/ kuman ke/ atau ape2 hee.. tu bleh hidup di luar dlm masa 7 ke 8 jam, kuman/virus ni tak merebak melalui udara, sbb kuman/virus ni akan terjatuh ke bumi, jadi mcm mana bleh merebak? dri tangan korg, ataupun projectile motion dri mulut hehe adeii..
sebab tu digalakkan membasuh tangan, muka, mulut dan hidung kut.

4.baliklah rumah, kerana U ni merupakan tempat yg agak padat penduduk hehe, adeii sbb kat rumah ada tempat yg lagi besar untuk diduduki, huhu jadi kurang sikit kadar untuk mejangkiti orang.

baru tadi aku cek anouncement, pelajar semenanjung yg masih menetap di kolej diwajibkan balik hehe adeii.. bdk2 sabah dn srawak plak dgalakkan mcari tempat perlindung sementara di luar hahahaha adeii...

adeii mane aku nak lari ni hee.. rimas la mcm ni..

takkan nak pergi rumah kawan pula? hee taktaw malu ke? segan la heeee..
abg aku pula kat terengganu skrg ni, outstation, klu tak mgkn dapt tggl kat putrajaya kut huhu
sedare2 yg len plak aku tak bese hee...
takkan aku nak duk umah kluarga abg ipar aku plak hee lg la tak biasak hee adeii
balik sabah? hahaha rm541++ terbang bersama kapal terbang hehehe
diorg kata duit atau kesihatan yang penting, tpi susah jg untuk mereka menghulurkan duit pada kami kan hehe

hehe satu lg, aku bt lawak kat kawan aku yg berkapel.. "kan senang kalau ko kawen dia, tak perlu susah2 cari rumah pakcik ko, balik ja p rumah dia tu hehe", hampir2 la tu hehe

aiks susah2... skrg ni nak ke mana? hoho satu lagi, demo kl 1 ogos ari tu mgkn tak akan jdi huruhara kalau tiada pihak yang menghuruharakan keadaan tersebut huhu.. sama2 kta nilai.. jgn caya sgt media arus perdana skrg ni huhu

Bawah ni sedikit perkongsian huhu

Influenza A(H1N1) :
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Berikutan peningkatan mendadak kes-kes yang mempunyai simpton dan tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan jangkitan virus influenza A (H1N1) dikalangan pelajar-pelajar UMP sejak 27 Julai 2009, maka setiap staf perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan.

Oleh itu, semua staf UMP diminta mengisi Borang Pengishtiharan Kesihatan yang akan diedarkan melalui e-community. Tuan/puan diminta mencetak dan mengisi borang tersebut. Borang yang telah diisi hendakalah diserahkan kepada Ketua PTJ masing-masing dan seterusnya dihantar ke Jabatan Pendaftar pada 03/08/2009 sebelum jam 4.30 petang

Sekiranya tuan/puan berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), tuan/puan dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, tuan/puan dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol.
Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :

o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.

o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.

o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.

o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.

o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.

o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah

3. Sakit dada berterusan

4. Cirit-birit atau muntah yang kerap

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih

6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan

7. Rasa pening apabila berdiri

8. Kurang kencing

UMP tutup!!!

Pelajar dah siap2 di"hantar" ataupun "pulang", saya pun tak tahu, pada khamis lalu, 30 jul 2009, kami budak2 mekanikal dan elektrik berada di kampus Pekan(alah tempat najib tu), masa tu pula, kampus Gambang(kampus lama), dah huru hara, dengar cite 3 orang positif h1n1, so semua kelas di cancelkn, semua pelajar dikehendaki untuk membuat pemeriksaan.


Kami di kampus Pekan, tak tahu apa2 lagi, waktu petang2 gtu, pas klas pertama pas zohor cmtu, baru ade dgr cite, adui.. ntahla..

dlm bnyk2 tu... yg sakit pula buat2 sihat.. takut kene quarentin la.. pastu pula, bilik quarentin tu sebelah(jauh sikit) hostel aku pula isk2..

tapi tak pe la.. suasana sini rasanya agak aman juga.. ntahlah.. ramai juga yg kurang sedar diri, tetap dengan aktiviti sosial diorang, ntahlah ump2.. ntah bala yg macam mana baru kta boleh insaf kan?

ooh dn satu lg.. maafla sbb lame tak on9 huhu.. sbb hostel baru tu.. takde kemudahan intenet.. tu yg cite2 luar susah nak dpt.. hoho(alasan.. newspaper kn ade), tpi tahu GMI kl smlm.. sy tahu gak hehe ngam2 UMP cuti seolah2 memberi peluang utk pelajar2 UMP menyertai GMI, ini bukan demo tapi gerakan rakyat menentang kezaliman..

dah la.. tapi teruskan membaca.. baca sini cite Ainul dn Syazwana

dari melaka pula...huhu.. sabtu ahad isnin lepas sy kat melaka.. huhu.. adik sy, sy dn bpa sy sakit pas dri tu huhu... ntahla.. skrg ni normal cek unit kesihatan pelajar huhu taktaw la.. mcmne adik dn bapa sy tu

Copyright © 2009 - tear of fate - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template